Tujuh belas

73 14 2
                                    

SAKINAH meneruskan hidup seperti biasa. Walaupun sejak beberapa bulan ini, rutin hidupnya sedikit berubah kerana terisi dengan appointment di hospital pakar untuk memeriksa keadaan dirinya.

Dia fokus untuk mengecutkan cyst sebagaimana yang disarankan oleh Doktor Adlina sendiri. Rawatan secara semulajadi. Doktor Adlina berkata bahawa tak mustahil untuk keadaan dia membaik tanpa perlukan sebarang pembedahan. Banyak cara dan penawar yang boleh mereka ikhtiar bersama.

Yang penting dan mustahak sekali, Sakinah perlu jalani hari dengan gaya hidup yang sihat.

Dan pejam celik pejam celik, cuti sekolah tiba lagi. Kali ini tak lama... hanya dua minggu.

Sakinah bersama Encik Ali dan Puan Aisyah bercadang untuk ke Kuala Lumpur. Nak pergi ke rumah Ucu Ja seperti yang dia telah janjikan sebelum Ucu Ja berangkat pulang ke Kuala Lumpur beberapa minggu yang lepas.

Selagi tak lafaz kata janji, selagi tu Ucu Ja tak nak lepaskan pelukan mereka.

Mengingatkan itu, Sakinah tersenyum kecil. Langkah diteruskan menuju ke arah rumah Puan Fatin untuk menghantar ketupat sotong yang dimasak khas oleh Puan Aisyah kepada Puan Fatin dan Nek Jah. Sebulan sekali punya permintaan.

Tadi, dia dah hantar ke rumah Nek Jah. Sempatlah juga dia berbual-bual dengan anak menantu Nek Jah yang merupakan keluarga kepada Lufeeya buat seketika sambil menunggu Lufeeya yang tiba-tiba saja mahu ikut dia ke rumah Puan Fatin.

"Macam ada orang datang aje."

Bicara Lufeeya menghentikan lamunan Sakinah. Dia turut memandang ke rumah Puan Fatin. Kelihatan dua buah kereta yang dia tak pernah lihat terparkir di hadapan rumah.

"Tak apa, lepas kita hantar kita terus balik." Sakinah membuat keputusan. Dia memaut lengan Lufeeya. Nasib baik Lufeeya ada sebagai peneman.

"Macam ramai aje. Malulah..." Lufeeya merengek perlahan. Dia baru ingat nak sembang-sembang dengan Puan Fatin sebab dia memang tahu yang Puan Fatin berseorangan di rumah petang-petang begini.

Tak sangka ada tetamu pula.

"Kau ikut aku. Kita ikut pintu belakang."

Sakinah tak hiraukan Lufeeya. Apa masalah, hantar sajalah melalui pintu belakang. Bukannya mereka tak biasa mengusik Puan Fatin dengan cara masuk melalui pintu belakang iaitu pintu dapur.

Setibanya di pintu belakang yang terbuka luas itu, mereka tak terus melaungkan salam. Malah mereka terdiam di situ saat melihat Puan Fatin sedang galak bergelak ketawa dengan seorang gadis di dapur.

Sakinah dan Lufeeya berpandangan. Lufeeya angkat kening dan Sakinah pula, angkat bahu.

"Assalamualaikum." Lufeeya menjadi wakil.

"Waalaikumussalam. Ha, awak berdua!" Puan Fatin dekati mereka dengan senyuman lebar.

"Masuk dulu!"

Serentak, Sakinah dan Lufeeya menggeleng laju.

"Tak apa, kita orang datang singgah sekejap nak hantar ketupat sotong. Lagipun Mak Tin kan ada tetamu..." Sakinah menjawab seraya mata melirik ke arah gadis yang sudah berdiri di belakang Puan Fatin. Mereka saling bertukar senyum.

"Masuklah dulu." Giliran gadis itu pula yang mempelawa.

"Eh, tak apa. Kami memang nak singgah sekejap aje hantar ketupat sotong yang mak saya kirimkan." Sakinah tersenyum.

"Jiran mama dekat sini ke?"

Sakinah terkedu. Sejak bila pula Iddin ada adik perempuan ni? Bukan ke Iddin tu anak tunggal sama sepertinya?

SAKINAHWhere stories live. Discover now