Dua empat

79 13 4
                                    

Dua tahun berlalu.

"Ayah you call ucu banyak kali, Kinah. Kenapa tak angkat call ayah you?"

Sakinah yang sedang meneguk laju air kosong itu terus tersedak. Dada ditepuk beberapa kali dengan batuk yang tak berhenti.

"Sampai macam tu sekali you tersedak. Terkejut sangat, kenapa? Ada buat salah, eh?" tanya Ucu Ja dengan mata yang mengecil. Sakinah yang sedang berdiri di hadapan pintu sejuk itu diperhati atas dan bawah.

Sakinah telan air liur seraya kepala menggeleng laju.

"Mana ada Kinah buat salah. Kinah terkejut sebab ucu sergah Kinah macam tu! Lain kali bagi salam dulu." Sakinah tidak berpuas hati.

Ucu Ja mencebik kecil. Kalau dia bagi salam belum tentu Sakinah akan jawab. Bukannya dia tak nampak pandangan mata Sakinah yang tak berkelip menembus ke dinding. Nampak sangat tengah termenung!

"Ayah you call ucu cakap you tak angkat call dia. Mengada betul ayah you tu." Ucu Ja labuhkan duduk di kerusi dengan sebelah tangan mencapai cornflakes madu yang dibuat Sakinah.

"Sedap cornflakes madu you buat," ujar Ucu Ja sambil tersengih-sengih.

Dia masih tak dapat move on dengan rasa bangga yang dia rasa saat melihat Sakinah sudah ada pencapaian dalam skill di dapur. Walaupun skill tu tak berkait dengan memasak dan hanya membakar kek atau kuih, dia tetap bangga!

Sakinah turut tersengih menerima pujian Ucu Ja.

"Habis bateri. Kinah terlupa nak cas telefon."

"Terlupa atau you sengaja tak nak cas?"

"Betul-betul terlupa," jawab Sakinah dengan jujur. Dia memang terlupa.

Semalam lepas saja balik dari program di sekolah, dia terus bersihkan tubuh dan tidur. Memang dalam kepala dia nak tidur saja sebab dia 'cuti'. Jadi, tak ada fikirkan perkara lain dah.

"Nantilah dekat sekolah Kinah call balik ayah. Dah lama juga Kinah tak tanya khabar ayah dan mak."

Sakinah mula sedar akan masa yang diluangkan untuk bertanya khabar dan bertukar cerita dengan ayah dan mak semakin berkurang, tidak seperti dahulu.

Sedikit sebanyak Sakinah mula merindukan keadaan di mana dia dapat melihat wajah mak dan ayah pada setiap hari. Setiap kali dia pulang dari sekolah, wajah mak atau ayah yang akan dicari dahulu.

Sekarang, mereka sudah jauh. Dia telah berpindah ke Kuala Lumpur sejak dua tahun yang lepas. Berpindah ke sebuah sekolah menengah berprestasi tinggi dan ditawarkan jawatan yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

Oleh itu, seiring dengan jawatan sudah tentu tanggungjawab dia juga sudah semakin berat. Masa dia di sekolah sudah tidak sama seperti dulu. Terkadang pada hujung minggu pun dia perlu menjadi wakil untuk program yang dianjurkan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar.

"You tak nak balik kampung? Risaukan ucu lagi? Kita boleh balik sama-sama."

"Tunggu cuti sekolah. Dah tak lama dah pun ucu..."

Sekarang setiap kali dia mahu pulang ke Terengganu, dia akan pulang bersama Ucu Ja. Ucu Ja pun sekarang dah kurang sibuk dengan kerja. Boleh dikatakan hampir separuh kegilaan Ucu Ja terhadap kerja itu hilang.

Dan kini seperti sudah berganti dengan Sakinah pula yang sibuk bekerja.

Ucu Ja memeluk tubuh. "Cuti sekolah lagi sebulan. Apa yang dah tak lamanya?"

"Kinah memang nak balik tapi hujung minggu memang tak sempat. Lagipun sekejap sangat masa berlalu kalau balik hujung minggu. Kinah rasa lebih baik kita balik waktu cuti sekolah, lama pun lama. Kan?"

SAKINAHWhere stories live. Discover now