SAKINAH berjalan masuk ke dalam mini market yang jarang sekali dia kunjung. Satu lagi perkara yang dia suka dengan apartment Ucu Ja ini adalah kerana di tingkat bawah sekali terdapat pelbagai kedai atau restoran. Antaranya mini market inilah. Tak perlu susah-payah untuk ke pasaraya jika ingin membeli barang dapur.
Tapi dia dan Ucu Ja lebih gemar untuk ke pasaraya kerana perbezaan mereka agak ketara. Dah nama pun mini market kan? Mestilah tak semua barangan ada. Harga pun berbeza seringgit dua.
Sakinah menuju ke arah peti yang menempatkan ayam mentah. Berdiri dekat dengan peti itu, langkah Sakinah terhenti. Abang Iddin? Kali terakhir dia nampak Iddin adalah pada empat hari yang lepas. Ketika di hospital.
"Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku." Kedengaran suara Iddin sedang bercakap dengan seseorang di sebalik telefon.
"Aku cuma risau. Kau tu berjalan pun tak betul lagi. Dah macam anak ketam baru nak berjalan," sambung Iddin lagi.
Sakinah tahan tawa. Kelakarnya. Tiba-tiba saja Sakinah boleh terbayang Iddin berjalan seperti anak ketam.
"Ha, iyalah. Apa-apa bagitahu aku. Aku sampai." Iddin habiskan bicara. Selesai, telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Iddin berganjak ke tepi sedikit saat terasa dia sedang menghalang laluan seseorang.
"Sakinah." Iddin menegur insan yang laju melintasi dirinya. Tak pandang kiri dan kanan langsung.
Sakinah pusing tubuh. "Abang Iddin," balas Sakinah dengan senyuman halus.
"Buat-buat tak nampak Abang Iddin ke?"
"Eh, mana ada." Sakinah pamer riak tak bersalah. Dia bukan buat-buat tak nampak dia cuma tak tahu macam mana nak menegur.
Iddin ketawa kecil. "Tak apa kalau Kinah tak nampak Abang Iddin. Abang Iddin tetap akan nampak Kinah."
Sakinah terdiam. Melihat senyuman Iddin, membuatkan dia rasa sesuatu yang tak kena dengan diri dia. Kau tak move on lagi ke, Sakinah?
"Ucu Ja ada dekat rumah?" Iddin menyoal.
Sakinah angguk. "Ada. Ucu tengah tengok sinetron. Ni dia nak makan bubur ayam sebab tu Kinah turun cari bahan," jelas Sakinah tanpa dipinta.
"Kalau macam tu, Kinah pergilah cari barang. Nanti tak tenang pula ucu nak tengok sinetron sebab lapar."
"Okey." Jumpa lagi.
Itu yang mahu dikatakan Sakinah. Tapi bila fikir balik, macam pelik pula. Macam... dia berharap untuk terserempak dengan Iddin lagi.
"INI kalau ucu tahu, lagi teruk Abang Iddin kena bebel," ujar Sakinah saat mereka keluar daripada mini mart itu.
"Kalau Kinah tak buka mulut, ucu tak akan tahu."
"Tengoklah dulu macam mana." Sakinah ikut langkah Iddin yang menuju ke arah bangku berhampiran. Iddin letak plastik barangan mereka di tengah-tengah.
Iddin buka plastik aiskrim sebelum dihulur pada Sakinah. "Nah, aiskrim."
Sakinah menyambut dengan kerutan di wajah. Tiba-tiba bagi dia aiskrim, kenapa?
"Abang Iddin memang beli dua ke aiskrim?" tanya Sakinah saat Iddin mengeluarkan aiskrim yang sama untuk dirinya sendiri.
Iddin angguk. "Aiskrim ni sedap. Satu tak cukup."
"Lepas tu bagi satu dekat Kinah ni, tak apa ke?"
"Tak apa. Kalau dengan Kinah, satu pun lebih daripada cukup." Selamba Iddin membalas.
Sakinah buat-buat tak dengar. Cuma jari mula naik menggaru pangkal hidung tanpa sedar. Janggal betul bila berbual dengan Iddin yang begini.
"Aiskrim ni untuk tutup mulut Kinah daripada bagitahu ucu yang Abang Iddin bayarkan barang tadi ke?" tanya Sakinah dengan mata mengecil.
YOU ARE READING
SAKINAH
RomanceSAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.