Tiga

128 17 5
                                    

HARI ini ada majlis doa selamat di rumah keluarga Iddin. Sakinah dipaksa oleh Puan Aisyah untuk mengikutinya menolong dari selepas waktu zohor lagi. Sebagai anak yang baik, dia hanya ikut saja. Nasib baik hari persekolahan setelah cuti penggal ini bermula lusa. Tidaklah dia terlalu penat dan kalut untuk ke sekolah esoknya.

Sakinah berdiri memeluk tubuh dengan badan menyandar pada tiang rumah Mak Tin. Dia sedang menunggu sahabatnya, Lufeeya yang masih tak kunjung tiba. Lamanya! Ini kali pertama Lufeeya akan turut serta dengan dia dalam majlis di kampung. 

Awalnya, Sakinah memang terkejut saat Lufeeya beritahu tentang kehadiran gadis itu pada hari ini. Mana tak terkejut, bukan senang nak tengok muka Lufeeya selain di sekolah dan di rumahnya. Jadi, dia agak teruja.

Mata Sakinah menangkap kelibat dua beranak yang kian mendekati rumah Mak Tin ini. Dengan sengihan, Sakinah mendekati mereka yang masih larut dalam perbualan. Sakinah angkat tangan dan mula melambai-lambai ke arah mereka dengan teruja. Tak sempat Sakinah dekati mereka, Lufeeya dan Nek Jah sudah berpisah arah. Sakinah tersengih sebelum kembali atur langkah untuk dekati Lufeeya.

"Kau dah kenapa tersengih-sengih ni?" tanya Sakinah saat melihat Lufeeya yang juga sedang tersengih sama sepertinya.

"Tu, nenek."

"Kenapa dengan nenek?"

"Nenek tu, comel sangat. Dia suruh aku duduk dengan kau sebab takut aku kena kacau dengan kawan-kawan dia."

Mendengarkan itu, Sakinah tersenyum.

"Mana tak takut kalau cucu dia kemain lawa macam ni? Tak pasal-pasal kau kena culik dengan mak cik-mak cik kampung ni. Buat menantu. Dia orang ni tak makan saman tau," ujar Sakinah dengan mata yang kian membulat. Sengaja mahu menakutkan gadis sebaya dengannya ini.

Lufeeya mencebik kecil. Fikir dia takut ke?

"Jom, duduk dengan aku. Biar aku jaga kau."

Sebelum melangkah, Sakinah memandang ke arah Lufeeya. "Kau belum makan, kan?"

"Belum."

"Okey, aku pun belum makan. Jom makan sama-sama!" Sakinah berkata sebelum laju kaki melangkah. Tak sabar nak makan.

"Kinah!"

Sakinah tersengih nakal.

"Kinah! Tunggu —."

Sakinah memperlahankan langkah bagi membiarkan Lufeeya menyaingi langkahnya. Lambat betul si pendek ni! Beberapa saat menunggu, Lufeeya masih tak sampai di sebelahnya. Hairan dia dibuatnya. Pusing tubuh, kepala mula bergerak mencari susuk tubuh Lufeeya yang mula tenggelam di sebalik orang ramai.

Ah, sudah! Dengan riak gelisah di wajah, Sakinah kembali menuju ke tempat di mana mereka berada tadi. Macam mana boleh hilang pula Lufeeya ni?

"Piya! Kau pergi mana?" Lega hati Sakinah saat perasan akan tubuh yang tersarung jubah berwarna biru laut itu berdiri di hadapan matanya.

Kening mula merapat saat perasan dengan kewujudan Iddin di sebelah Lufeeya.

"Abang Iddin? Kenapa ni? Ada apa-apa yang terjadi ke?"

"Oh, kawan Kinah ke ni?"

Sakinah mengangguk laju. "Kenapa? Abang Iddin buat apa dengan kawan Kinah ni?"

Lengan Sakinah ditepuk kuat oleh Lufeeya. Sakinah tayang wajah tak bersalah. Dia tahu Iddin bukan lelaki seperti itu. Saja dia mahu mengusik.

Iddin hanya ketawa.

"Kau ni, Kinah. Kinah pandang buruk dekat Abang Iddin, eh? Tak apa, tak apa. Abang Iddin baru berniat nak beri buah tangan dari Jepun. Nampaknya..."

Iddin sengaja gantung ayat. Benarlah dia memang berniat mahu berikan buah tangan kepada Sakinah dan keluarga. Tapi hajat belum kesampaian. Dia agak sibuk membantu kedua orang tuanya yang mahu menjayakan kenduri doa selamat ini.

SAKINAHWhere stories live. Discover now