Empat belas

77 15 2
                                    

SAKINAH dapat cuti sakit selama seminggu. Doktor mahu dia dapatkan rehat yang secukupnya sebelum kembali bertugas. Jadi, Sakinah mahu gunakan cuti ini untuk berehat dan pulihkan semangat dia.

Kerana dia tahu hidup dia selepas ini akan berubah. Dia tak lagi sihat seperti dulu. Dia perlu utamakan kesihatan dia lebih daripada segalanya.

"Sayur tu dah siap dipotong ke belum, Kinah?"

Sakinah pandang ke arah Puan Aisyah dengan sengihan. Dia melajukan pergerakan memotong sayur-sayuran seperti yang diarahkan Puan Aisyah. Ingat kalau dia sakit dia tak kena paksa masuk dapur ke?

Mak kata... dia mahu Sakinah aktif bergerak dan tidak larut dalam perasaan yang mahu merenung nasib sendiri. Nak lagi, dia dapat cuti seminggu macam ni. Memang lagi risaulah Puan Aisyah kalau Sakinah bertindak mahu mengurungkan diri dalam bilik.

"Hati-hati tangan tu. Kau ni, Cah!" Puan Fatin mencekak sisi pinggang. Geram dengan layanan Puan Aisyah terhadap Sakinah.

Puan Aisyah mencebik kecil. "Lagi bahaya kalau aku biarkan dia termenung sambil pisau dekat tangan macam tu."

Sakinah tersengih lagi. Terhibur dengan tingkah Puan Aisyah dan Puan Fatin. Nak masak makanan yang sihat untuk dia punya fasal, sanggup Puan Fatin datang ke rumah dia untuk memasak bersama-sama dengan mereka.

"Kinah ada contact Iddin tak?"

Sakinah tersentak mendengar soalan Puan Fatin. Bibir diketap perlahan sebelum dia menggeleng.

"Tak ada pula. Kinah jarang contact dia." Jujur Sakinah menjawab. Memang sebelum ini pun mereka hanya akan berhubung atas urusan majlis perkahwinan mereka sahaja. Apa yang Puan Aisyah minta dia sampaikan kepada Iddin, dia akan sampaikan.

Sakinah tak pernah berniat untuk mengganggu Iddin yang jelas sekali sibuk dan Iddin juga mungkin berfikiran yang sama seperti dia.

"Oh..."

"Kenapa, ma?" Sakinah menyoal perlahan. Risau juga dia sekiranya ada sesuatu yang terjadi pada Iddin.

Dan tentang majlis mereka yang sudah terbatal ini pula, Sakinah tak tahu sama ada Iddin sudah diberitahu oleh Puan Fatin dan Encik Uthman atau belum. Agak-agaknya, bagaimana dengan penerimaan Iddin? Marahkah... atau Iddin gembira?

"Mama dan abah tak beritahu lagi dekat dia pasal majlis kau orang ni... Semalam, dia ada call mama dan beritahu dia ada transfer duit dalam akaun bank mama. Termasuk dengan duit untuk buat tambah kalau-kalau tak cukup sepanjang persiapan majlis kau orang nanti." Serba-salah Puan Fatin menjawab.

Dia tahu tindakan menyampaikan cerita ini kepada Puan Aisyah dan Sakinah seolah-olah dia mahu membuat mereka dihurung rasa bersalah. Namun, bukan itu niat dia. Sejujurnya dia buntu. Dia tidak sanggup mahu kecewakan anaknya dan kalau sebaliknya pula dia lakukan, perasaan Sakinah pula yang bakal tertindas.

Dia... dia sayangkan keduanya sepenuh hati dia. Sakinah walaupun sudah tidak bergelar bakal menantu dia, tetap saja dia sayangkan gadis itu. Tambah lagi asbab sebenar majlis perkahwinan ini terbatal kerana Sakinah terpaksa menahan derita.

Puan Aisyah turut terdiam. Dia faham dilema sahabatnya ini. Tak mudah untuk menyampaikan kebenaran yang mengecewakan ini, lagi-lagi kepada anak kandung sendiri.

"Aku tak dapat nak beritahu dia dalam panggilan jadi aku minta dia balik hujung minggu ni. Jangan risau aku dan Uthman akan pastikan berita ni sampai ke pendengaran dia juga nanti." Puan Fatin membalas dengan senyuman nipis.

Puan Aisyah mencuci tangan sebelum tubuh Puan Fatin didekati. Tubuh sahabatnya itu didakap erat.

"Aku minta maaf sebab kami... kau terpaksa lalui keadaan ni. Aku sebagai seorang ibu, aku faham perasaan kau yang berat hati untuk kecewakan anak kau sendiri. Aku dan keluarga, dengan serendah hati minta maaf dekat kau sekeluarga. Aku harap Allah akan berikan yang terbaik untuk kau sekeluarga selalu."

SAKINAHWhere stories live. Discover now