Dua dua

103 12 6
                                    

"KAWAN aku dah nak jadi isteri orang dah." Sakinah bersuara sebak.

Lipatan tudung bawal putih Lufeeya dikemaskan. Cantik sangat Lufeeya hari ini. Saat itu juga, setitik air mata mula jatuh. Dia terlalu gembira kerana Lufeeya sudah bertemu dengan kebahagiaan dia.

Dia tahu bagaimana hidup Lufeeya sebelum ini yang hanya mampu menanggung rindu terhadap keluarga yang dia tak punya sebarang ikatan. Dia tahu kerana dia yang ada bersama Lufeeya pada saat itu.

"Janganlah sedih. Kau kena gembira sebab lepas ni aku tak ganggu kau dah."

"Kenapa cakap macam tu? Kau nak putuskan hubungan kita lepas dah ada Nadhif... macam tu, Piya?"

Lufeeya ketawa dengan kepala yang tergeleng.

"Apa pula kau cakap aku macam tu!"

"Habis tu..." Bibir Sakinah memuncung.

"Aku gurau ajelah. Jangan serius sangat. Sepatutnya aku yang serius sekarang dan bukannya kau sebab aku tengah berdebar ni."

"Kenapa pula kau berdebar? Bukan kau yang salam tangan tok kadi nanti." Selamba Sakinah menjawab.

Lufeeya menunduk. Nafas dihela.

"Aku takutlah nak hidup dengan Nadhif lepas ni. Dahlah dia pernah jadi 'abang' aku. Aku takut, Piya... Aku takut kalau aku tak dapat jadi isteri yang baik."

Wajah Sakinah berkerut habis. Dia mula berdiri dari duduknya di katil Lufeeya. Tangan naik mencekak sisi pinggang.

"Kau jangan nak mula, Piya!"

Sakinah tarik nafas.

"Kau lupa apa yang kau pernah nasihat aku sebelum ni? Kau sendiri yang kata perkahwinan ni proses untuk kau dan suami kau nanti belajar. Belajar segala hal bersama! Bukan hanya kau seorang tapi suami kau juga!"

"Tapi..."

"Nasihat yang kau beri pada aku tu, bukan terpakai untuk aku seorang, tau. Atau kau nak aku ulang balik nasihat yang kau beri dekat aku tu satu-satu? Kalau kau nak..."

Lufeeya angkat tangan ke arah Sakinah dengan pantas. Tak mahu beri peluang Sakinah meneruskan bicaranya.

"Aku tahulah! Aku tak nak dengar kau membebel." Lufeeya berkata. Kalau hanya setakat bebel, tak apa juga.

Ni dia yakin Sakinah akan selitkan juga sekali kata-kata yang bercampur sindiran untuk dia. Bukannya dia tak kenal Sakinah yang boleh tahan sinis kalau dia sedang menahan geram!

Sakinah mencebik. "Boleh aje kalau nak aku ulang. Aku tak ada masalah untuk jadi radio untuk kau buat kali terakhir sebelum kau bertukar status."

Lufeeya geleng laju.

Tok! Tok!

Pintu dikuak dari luar.

"Dah siap? Boleh dah nak pergi masjid ni. Orang dah tunggu."

Susuk tubuh Nek Jah menyapa pandangan mereka berdua. Hanya beberapa saat sebelum Nek Jah terus menghilang.

Dia sibuk nak urus urusan di luar pula. Tadi pun dia dah teman Lufeeya dari awal sehinggalah cucunya ini bersiap elok. Sekarang dia perlu berada di luar pula.

Lufeeya bangun sambil rapikan baju pengantin di tubuh. Sakinah turut membantu tanpa disuruh. Segala barang yang sudah siap dikemas untuk dibawa terus digalas di bahu. Mata meliar mahu pastikan tiada barang yang tertinggal.

"Nak peluk, Kinah."

Sakinah tersenyum kecil. Lufeeya yang sudah mendepakan tangan ke arahnya itu didekati. Tak berniat mahu menolak kerana dia tak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

SAKINAHWhere stories live. Discover now