Lima belas

67 13 1
                                    

"DAH selesai urusan kamu dan Kinah? Macam mana?"

Iddin yang duduk memeluk lutut itu memandang Encik Ali di sisi. Sedari tadi lagi mereka berdua termenung di gazebo rumah Encik Ali ini. Iddin ke sini pun kerana dia diajak untuk mengopi setelah solat isyak di surau.

Iddin betulkan duduk agar lebih sopan untuk berbicara dengan orang yang dihormatinya.

"Dah selesai tapi macam tulah, ayah..."

Encik Ali hanya diam mendengar.

"Hati ni susah nak terima kenyataan."

"Kamu dah cuba pujuk Kinah?"

"Ayah mesti tahu macam mana dengan anak ayah tu..."

Encik Ali tersenyum kecil. "Dia memang susah nak dipujuk."

Iddin angguk perlahan.

"Macam tulah mak dan ayah ni nak yakinkan dia yang dia tak susahkan kami walaupun dia sakit dan dah tak sihat seperti dulu. Padahal bagi mak dan ayah, tak ada apa yang berubah. Dia tetap satu-satunya anak kami yang kami sayang."

"Saya cuba yakinkan dia perkara yang sama, ayah. Saya yakinkan dia yang saya tak akan tinggalkan dia dan dia tak mungkin akan jadi beban untuk saya. Tapi ayah... saya tak mampu berjanji. Saya tak sanggup nak menabur janji dan buatkan dia percayakan janji saya. Saya nak, dia percayakan saya. Percayakan perasaan saya dekat dia."

"Kinah dah tahu perasaan kamu?"

"Dah. Tak tercapai hajat saya nak beritahu lepas kahwin."

Encik Ali tersenyum nipis. Bahu Iddin ditepuk beberapa kali. Tahu yang Iddin sedang berduka dengan nasib yang menimpa dirinya.

Dia ingat lagi, saat Iddin mengaku kepadanya bahawa anak lelaki itu mempunyai perasaan terhadap Sakinah. Saat mereka belum ada ikatan apa-apa. Saat sebelum Iddin berlepas ke Jepun. Iddin minta izin dia untuk menyimpan perasaan ini dan dia... izinkan. Hanya itu yang diminta oleh Iddin dan bukannya perkara lain.

Dan, Encik Ali sendiri tak menyangka bahawa dia dan isteri akan merancang untuk menjodohkan Sakinah dan Iddin. Walaupun pada saat itu hanya dia yang mengetahui luahan perasaan Iddin. Segalanya terjadi dengan begitu lancar.

Tapi siapa sangka? Takdir mereka rupanya tak seindah itu.

"Ayah minta maaf sebab tak mampu nak tolong kamu untuk yakinkan Kinah. Ayah memang yakin dengan kamu, Iddin. Ayah tahu kamu lelaki yang baik dan kamu boleh jaga Kinah sebagaimana ayah  dan mak jaga dia. Tapi, ayah tak mampu nak tambah derita Kinah dalam keadaan dia macam tu."

"Ayah... ada seorang aje anak. Selain isteri ayah, dialah harta ayah. Ayah tak fikir perkara lain selain nak dia bahagia dengan hidup dia. Bila dia sakit, dia seolah dah tak nampak bahagia dia. Itu yang ayah risaukan."

Encik Ali tahu dia seorang ayah kepada Sakinah yang bermakna dia mempunyai kuasa untuk memaksa Sakinah menurut arahan dia untuk berkahwin dengan Iddin dan teruskan perancangan mereka.

Tapi, dia bukanlah seperti itu.

Dia masih fikirkan keadaan Sakinah. Sebelum dia dan isteri buat keputusan untuk turuti keputusan Sakinah untuk batalkan pernikahan mereka itu... mereka telah berfikir segala baik dan buruk.

Jika mereka tetap memaksa, adakah benar Sakinah akan bahagia? Jika Sakinah dilepaskan pada Iddin... benarkah itu pilihan yang terbaik?

Mereka telah fikirkan segala kemungkinan. Sudahnya, mereka turuti Sakinah. Biarlah... biarlah Sakinah berada di bawah jagaan mereka. Biarlah mereka yang menemani Sakinah untuk kembali sihat.

SAKINAHWhere stories live. Discover now