Empat

88 17 3
                                    

"KAU rasa ada kemungkinan tak tunang yang dirahsiakan oleh mak dan abah kau tu sebenarnya dia, Kinah?"

Sakinah picit pelipis dahi. Naik pening kepala dia fikirkan kata-kata Lufeeya sedari tadi. Macam mana Lufeeya boleh terfikir perkara macam tu? Atau sebenarnya hal ini terlalu jelas tapi Sakinah yang buta untuk sedar?

"Sakinah."

Sakinah yang sedari tadi merenung mangkuk berisi puding laici di tangannya itu mendongak laju.

"Termenung apa?" tanya Iddin sambil membetulkan duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan Sakinah.

Dari jauh lagi Iddin dah perasan Sakinah yang tak alih-alih pandangan dari mangkuk plastik di tangannya itu. Dia fikir tadi bila dia dah selesai berbual dengan tetamu, keadaan Sakinah akan berubah. Tapi tetap sama saja. Apa yang berada dalam fikiran gadis ini? Sungguh, Iddin tertanya-tanya.

"Kalau nak dibandingkan orang lain berbanding dengan kau, kaulah yang paling sesuai untuk dijodohkan dengan dia."

Sakinah telan liur. Bicara Lufeeya benar-benar sudah berjaya menganggu fikiran dia. Macam mana kalau apa yang dikatakan Lufeeya itu betul? Macam mana kalau... betul?

"Assalamualaikum, Syarifah Sakinah." Iddin mengetuk perlahan lutut Sakinah beberapa kali menggunakan telefon miliknya.

Mata Sakinah berkerdip laju. Lutut yang terasa disentuh sesuatu itu dipandang. Pandang Iddin, lelaki itu sedang tersenyum tak bersalah.

"Wa-waalaikumussalam," jawab Sakinah dengan nada perlahan. Jauh sangat ke dia termenung?

"Jauh termenung. Sakinah fikirkan tentang apa? Tak nak kongsi dengan Abang Iddin ke?" Iddin menyoal dengan pandangan tunak ke arah Sakinah.

Sakinah terdiam. Memikirkan jawapan apa yang patut diberi. Tak akan dia mahu kata yang dia sedang fikirkan tentang Iddin pula? Walaupun memang benar hanya itulah perkara yang menganggu fikiran dia sedari tadi ini!

Sakinah pamer senyuman nipis. "Kinah tak fikirkan apa-apa."

Kening Iddin terangkat mendengarkan itu. Sakinah fikir dia sedang bercakap dengan budak enam tahun ke macam mana? Mustahil lelaki dewasa seperti Iddin tak mampu untuk sedar akan perubahan gadis itu. Tingkah yang tak sama seperti kebiasaannya.

"Betul, Kinah cuma rasa tak sedap badan..."

"Sakinah penat?" tanya Iddin dengan riak kerisauan.

"Mungkin juga. Lagipun Kinah tidur lewat semalam, siapkan kerja sikit."  Yang ini, Sakinah tak tipu. Dia memang tak dapat tidur sangat semalam sebab siapkan kerja yang bertangguh.

"Jangan amalkan tidur lewat selalu, Sakinah. Waktu malam Allah beri untuk manusia berehat."

"Bukan selalu, Abang Iddin. Semalam sebab terpaksa. Sekolah dah tak lama nak buka balik."

Iddin angguk mengerti. Nak bebel lebih-lebih pun, dia yakin Sakinah pun tak mahu dengar sekarang. Lihat dari wajah Sakinah sendiri pun dia dapat lihat betapa 'kacau' gadis itu.

"Kinah balik dululah, Abang Iddin. Asar pun tak solat lagi ni." Sakinah berkata sambil buat-buat melihat jam yang melilit pergelangan tangan.

"Nak balik? Jomlah, Abang Iddin hantarkan."

"Eh, tak apa. Kinah balik dengan mak. Mak pun nak balik juga."

"Ta..."

"Kinah balik dulu," potong Sakinah dengan senyuman nipis. Langkah diatur bagi mencari susuk tubuh Puan Aisyah.



DALAM perjalanan pulang bersama Puan Aisyah, Sakinah hanya diam membisu. Bicara Puan Aisyah pun hanya sesekali disambut. Itu pun jika maknya itu menyoal. Lagipun jarak rumah mereka sangat dekat jadi hanya sekejap saja Puan Aisyah dapat bercerita.

SAKINAHWhere stories live. Discover now