Dua satu

80 16 2
                                    

"AYAH nak air kosong? Iddin rasa dahaga pula."

Encik Ali yang sedang khusyuk menonton perlawanan bola itu sekadar menggeleng. Iddin bingkas bangun dari duduknya.

Dia nak balik dah tadi tapi Encik Ali bersungguh-sungguh mengajak dia untuk sama-sama menonton perlawanan bola di TV. Katanya, rumah mereka bersebelahan saja. Tak perlu kalut-kalut mahu pulang ke rumah.

Iddin terus bersetuju. Tak ada sebab pun dia nak tolak. Kalau dia sendiri di rumah pun, dia hanya terbaring di katil sambil menatal telefon.

Bosan kan hidup dia?

Kelibat Sakinah yang kehulur-kehilir di dapur itu menarik perhatian Iddin.

"Kinah tengah buat apa?" Iddin menegur.

Rasanya mereka sama-sama selesai makan tengah hari bersama tadi. Sakinah tengah buat makanan lagi ke?

Sakinah pegang mangkuk di tangan dengan wajah terkedu. Terkejut dia! Mungkin kerana dia terlalu fokus jadi Iddin yang tak sergah dia pun dia boleh jadi terkejut. Nasib baik tak terlepas mangkuk kaca ini ke lantai.

"Potong buah. Ayah selalu kalau waktu-waktu macam ni dia nak makan buah." Sakinah menyambung aktivitinya. Buah jambu yang sudah siap dipotong itu dimasukkan ke dalam mangkuk.

Sakinah angkat kepala saat terasa seperti Iddin masih tak berganjak dari tempatnya. Keningnya bertaut saat telahannya benar. Iddin masih berdiri di peti sejuk dan tunak memandang ke arahnya.

"Abang Iddin ada nak apa-apa ke?"

Suara Sakinah yang lembut menyoal itu menyedarkan Iddin. Matanya berkelip laju. Dia berdeham perlahan sebelum mencapai gelas berhampirannya.

"Nak minum air kosong. Kering tekak."

Sakinah angguk. "Nanti makan buah sama-sama dengan ayah, tau?"

"Okay." Iddin menjawab.

Dia bergerak perlahan-lahan merapati Sakinah sambil di tangannya memegang gelas yang berisi air sejuk.

Tanpa bersuara, dia memerhati tangan Sakinah yang kini sedang lincah memotong buah betik. Tak kekok tangan itu menggunakan pisau walaupun dia sudah sedia maklum yang gadis itu tak pandai memasak.

Tapi, tak pandai memasak tak semestinya tak mampu nak gunakan pisau dengan baik. Itu dah dikira dua perkara yang berbeza.

Seketika, mata Iddin jatuh pada dua plastik kecil yang berada di atas meja.

"Kinah dah makan ubat?" tanya Iddin dengan nada perlahan.

Tangan Sakinah terhenti bergerak. Pandangan diangkat bagi memandang Iddin lalu terarah ke arah di mana mata Iddin tertuju.

"Belum lagi." Sakinah menjawab sedikit teragak-agak. Janggal sikit kerana ini kali pertama Iddin bertanya perihal hal yang berkait dengan sakitnya ini.

"Kenapa?" Iddin capai plastik ubat itu lalu arahan pemakanan ditilik satu per satu.

"Dekat sini kata kena telan selepas makan."

"Nantilah."

Sakinah hanya memandang sekilas plastik ubatnya yang telah ditolak Iddin ke arahnya. Nanti dia makan. Dia nak siapkan potong buah ni dulu.

Iddin tak membalas sebaliknya terus menuju ke sinki sebelum tangannya dilalukan di bawah aliran air. Tangan dicuci bersih. Dia kembali ke tempat tadi.

"Makan ubat. Biar Abang Iddin sambung potong buah."

"Tapi..." Sakinah tak jadi nak membantah saat terpandang wajah tanpa riak yang ditayang Iddin.

Kenapa Iddin nak marah dia? Sebab dia dah menyusahkan Iddin ke? Tapi, dia tak suruh pun Iddin pedulikan hal dia. Dia masih boleh berdiri dengan kakinya sendiri.

SAKINAHWhere stories live. Discover now