IDDIN masuk ke dalam lif dengan luggage yang ditolak bersama langkahnya. Dia lebih gemar menggunakan luggage yang bersaiz kecil ini walaupun hanya pulang ke kampung buat seketika. Lebih mudah untuk dibawa kerana dia kurang gemar menggalas beg di bahu.
Punat tingkat 20 ditekan.
Dia tinggal bersendirian di apartment yang boleh dikatakan telah dibeli secara last minute ini. Ini pun dia bernasib baik kerana rakannya di tempat kerja membantu dia mencari apartment untuk dia tinggal.
Kalau tidak, buntu juga dia nak cari tempat tinggal di Kuala Lumpur yang harganya tidak terlalu tinggi dan berpadanan untuk dia yang tinggal berseorangan.
Ting!
Pintu lif terbuka. Iddin keluar dari kotak lif dengan langkah yang berat.
Semakin hampir dia dekati rumahnya, semakin dalam rasa sunyi yang dia rasa. Sebab itu dia lebih gemar pulang ke kampung. Pulang selama dua hari seperti ini, memang tak cukup.
Tapi apakan daya, dia sedar yang dia ada tanggungjawab lain.
Langkah Iddin sepertinya sama laju dengan perempuan di hadapannya. Jiran sebelah rumah dia. Pernah juga terserempak dan bertukar senyum hanya beberapa kali.
Lagipun Iddin rasa waktu kerja mereka tak sama. Kalau tak, mesti setiap kali waktu pagi mereka akan terserempak.
Iddin tak pernah berniat mahu menegur jirannya ini pun selain bertukar senyum kerana risau jirannya ini tidak akan selesa. Yelah, Iddin yakin jirannya ini juga hidup bujang sama seperti dia.
Langkah Iddin terhenti saat tersedar tingkah perempuan di hadapannya ini sedikit aneh. Tubuh itu seperti tidak dapat diimbangi dengan baik.
Jantung Iddin seperti mahu tercabut saat kini perempuan itu sudah menongkat tubuh pada dinding dengan kepala yang menunduk. Iddin pandang ke arah pintu di sebelahnya dan kini dia baru sedar bahawa mereka telah tiba di hadapan pintu rumah mereka.
Iddin tak terus masuk ke rumah. Sebaliknya, Iddin perlahankan pergerakannya.
Iddin mahu pastikan keadaan jirannya ini baik-baik saja. Mungkin juga jirannya ini mabuk tapi... tengah hari macam ni ada yang mabuk juga ke? Iddin risau kalau sebenarnya jiran dia itu tidak sihat.
"You okey?" Iddin tak dapat tahan diri daripada menyoal.
"I'm okey. Just got a fever. Pening." Jiran Iddin membalas dengan senyuman pahit. Mahu yakinkan Iddin bahawa keadaan dirinya baik-baik saja.
"Are you sure? You look so pale."
Walaupun Iddin tahu jirannya ini berbangsa Melayu sama seperti dia, dia tetap berbahasa Inggeris. Hampir beberapa bulan dia tinggal di Kuala Lumpur, boleh dikatakan kebanyakan kenalan Melayu dia lebih utamakan bahasa luar daripada bahasa tanah air.
Iddin agak hairan tapi Iddin tak mampu untuk menghakimi lebih-lebih. Apa yang kita lihat di luar tak sama seperti yang berada di dalam.
"Pretty sure. Gonna eat some medicine and I will be fine. Insha-Allah."
Iddin angguk. Kalau itu yang jirannya kata, baguslah.
"Anyway... thank you for asking, neighbour," ujar jiran Iddin sekali gus menghentikan Iddin yang sudah mahu menolak pintu rumah.
Iddin senyum. "No problem. Take care, don't be too hard on yourself."
Iddin melangkah masuk ke dalam rumah. Tak tahu mengapa itu yang keluar daripada mulut Iddin tapi Iddin rasa jirannya itu memang perlukan ayat itu.
YOU ARE READING
SAKINAH
RomanceSAKINAH... yang perkahwinannya diaturkan atas sebab mahu menjaga keturunan.