Gadis yang memakai gaun ungu itu menggigil ketakutan apabila melihat seluruh rumah agam itu berlumuran dengan darah. Badan bergetar dengan hebat melihat tubuh seseorang yang dia kenali itu.
Lelaki yang memakai t-shirt kelabu itu memegang sebilah pisau yang dipenuhi dengan cecair merah pekat. Tangan lelaki itu turut bercampur dengan darah. Kepala digeleng perlahan. Tak mungkin!
Kaki mengundur ke belakang. Mata mula mengeluarkan mutiara jernih. Pandangan mula kabur. Kepala digeleng apabila melihat tubuh kaku kedua-dua ibu bapanya itu buat dia rasa takut. Siku kirinya terlanggar pasu bunga di atas meja itu sehingga menyebabkan pasu tersebut jatuh ke atas lantai marmar itu. Bunyi pasu yang jatuh itu menyentak lelaki itu seperti baru sedar dengan realiti. Lelaki itu memalingkan wajahnya ke arah bunyi kaca yang jatuh tadi.
Melihat seorang gadis yang basah dengan air matanya membuatkan dia risau lalu dia terus meluru ke arah gadis itu. Namun, gadis itu melangkah ke kanan seperti ingin menjauh darinya. Kakinya yang terpijak kaca daripada pasu tadi tidak dihiraukan. Luka itu tidak penting.
Ada hal yang lebih mengejutkannya adalah lelaki itu membunuh kedua-dua orang tuanya. Hatinya seperti ditikam dengan sebilah pisau yang tajam. Luka di kaki tidak sama seperti di lubuk hatinya.
Kenapa? Apa salah orang tuanya terhadap mereka? Dia masih perlukan syurganya dan penyelamat hidupnya. Kini hanya dia yang tinggal di dalam neraka ini. Baik dia mati saja.
"Kau pembunuh."
"Kau pembunuh."
"Kau pembunuh," katanya. Air matanya merembes lagi. Tangan mengelap hingus yang meleleh.
"A-ku..."
"Kau kejam. Kau bunuh syurga dan penyelamat hidup aku."
"Kau yang patut mati bukan mereka."
"Love bug, bukan aku bunuh daddy dengan mummy kau," jawab lelaki itu.
"Kau tak perlu jelaskan apa-apa lagi dekat aku. Pisau di tangan kau cukup untuk aku tahu kau adalah pembunuh mummy dengan daddy aku."
"Aku patut dengar cakap Mel dulu. Kau tamak. Kau hanya mahukan harta keluarga aku." Dada gadis itu berombak kencang menahan marah dan sebak sekaligus.
"Kita putus," ucapnya lagi.
"No!!!" Suara lelaki itu sedikit meninggi apabila gadis itu memutuskan hubungan mereka begitu saja.
Cincin ditarik dari jari halusnya dengan kasar lalu cincin perak itu dilempar di hadapan lelaki itu. Ikatan pertunangan mereka hampir menginjak dua tahun itu terputus di tengah jalan. Lelaki itu telah membunuh kedua-dua orang tuanya. Hari ini lelaki di hadapannya mungkin boleh membunuh mereka, bagaimana pula nasib dia dengan lelaki itu kelak? Dia tidak mahu hidup dengan seorang pembunuh. Dia lebih rela menjadi anak dara tua daripada menjadi isteri kepada seorang pembunuh.
Hancur. Dunia dia hancur. Dia meraung di situ. Lelaki itu hilang kata-kata. Mulutnya seperti dikunci. Apa yang baru terjadi tadi terlalu cepat sehingga dia tidak mampu mengungkapkan kebenaran di sebalik kematian aunty dan unclenya itu dan merangkap bakal bapa mertua dan ibu mertuanya itu.
Memandang wajah polos gadis itu membuatkan dia rasa sayu. Gadis itu salah faham dengannya. Dia bukan dalangnya. Pisau tadi dibuang ke tepi. Darah yang masih baru itu dipandang. Bau hanyir membuatkan dia loya. Lelaki itu baru sedar darah pekat itu memenuhi tangannya. Kepalanya pening dan pandangan mula kabur. Dia pengsan di situ.
Gadis itu panik. Dia memanggil pelayan di dalam rumah agam itu untuk menolongnya namun tiada siapa yang kunjung datang. Dan dia memutuskan untuk lari dari situ. Dia takut. Peristiwa itu berlaku terlalu cepat. Dia mahu lari dari neraka itu. Dia cepat-cepat berlari ke biliknya lalu mengemas barangnya secara pantas dan meninggalkan rumah agam itu.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...