"Kau tak nak stay sini dulu ke?" tanya Arsya. Hampir tiga jam mereka menghabiskan masa di situ. Banyak hal yang mereka bincangkan. Dari kes Tengku Ellis dan sahabat mereka Rareesa.
"Tak, kau peluk cium double H untuk aku je lah. Masih banyak benda yang aku kena selesaikan dulu. Kalau dah settle aku akan cuti dekat sini nanti."
"Ya lah kalau kau cakap macam tu."
"Perut kau dah makin besar. Berapa bulan dah?"
"6 bulan dah."
"Wah, aku yang tak sabar nak tunggu anak kau keluar."
"Kau dah kenapa excited nak tunggu anak aku keluar? Kau bila lagi?" Soalan cepumas. Rasa menyesal pula Tengku Ellis bertanya tadi.
"Sekarang ni kita bercakap tentang kau bukan aku. Jadi aku tak ada kaitan dalam hal ini." Arsya tersenyum nipis apabila melihat reaksi sahabatnya itu.
"Kau tak nak bagi kawan ke untuk anak aku. Kesian anak aku ni." Arsya mengusik wanita itu.
"Kau jangan nak libatkan aku. Suruh si Eshal yang kahwin and bagi kawan untuk anak kau." Arsya sudah pening kepala melayan sikap sahabatnya itu. Rasa macam nak hantuk kepala wanita itu di dinding apabila mendengar kata-katanya itu. Tak masalahnya yang dah kahwin siapa?
"Aku malas nak layan kau ni Ez. Kau pergi je culik anak orang. Senang kerja," kata Eshal malas.
"Ha'a la. Kenapa aku tak terfikir. Cadangan yang bagus."
"Sya, aku dah sakit otak layan dia ni. Kurang bijak pula."
"Kau pun sama sebab kau yang bagi cadangan tadi," balas Tengku Ellis tak nak kalah.
"Diamlah kau," ujar Eshal geram. Tengku Ellis menjelirkan lidahnya.
"Opss." Tengku Ellis menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Eshal menggulingkan matanya ke atas. Menyampah! Arsya hanya mampu geleng kepala. Ingatkan dah berubah tapi masih sama.
Tanpa sedar waktu mencemburui mereka. Punggung Tengku Ervan sudah kematu menunggu isterinya itu bergosip dengan dua orang sahabatnya itu.
Tapi dia tidak kesah sebab sayang lah katakan.
Tengku Ellis menuju ke arah Tengku Ervan. Wajah didongakkan apabila melihat isterinya tersenyum kecil melihatnya.
"Ellis minta maaf sebab dah buang waktu abang," katanya dengan nada yang serba salah.
"It's okay dimples. Anything for you." Kepala isterinya itu dielus lembut.
Arsya dan Eshal sempat menyapa suami sahabatnya itu sebelum meminta diri untuk pulang.
"Kita balik ya sayang." Tengku Ellis angguk. Waktu untuk balik ke rumah agam. Selepas mendapat apa yang dia mahukan tadi sekurang-kurangnya dia boleh mengurangkan rasa gusar di hatinya.
Misinya sekarang adalah untuk kembali ke tujuan asalnya.
Sampai saja di rumah agam, mereka terus naik ke dalam bilik. Lagipun jam sudah menunjukkan 11 malam. Waktu untuk masuk ke alam mimpi. Biar esok saja dia fikirkan cara untuk cari dalang itu.
Tengku Ellis masuk ke dalam bilik mandi untuk mencuci muka sebelum tidur. Tengku Ervan sudah hilang entah ke mana. Katanya tadi mahu pergi ke dapur sekejap. Biar ja lah dia.
Wajah ditilik di hadapan cermin. Setelah selesai melakukan rutin harian Tengku Ellis terus keluar dari bilik mandi. Kelibat suaminya masih belum ada. Haus betul suaminya itu.
Badan pun sudah penat. Matanya sudah kuyu dan katil adalah tempat yang paling sempurna untuk dia melepaskan lelah selepas meluangkan waktu dengan sahabatnya itu. Lampu tidur ditutup lalu duvet ditarik menutupi tubuh kecilnya itu.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...