Bab 21

10 0 0
                                    

Tengku Ellis dan Tengku Elili keluar dari panggung wayang. Tangan mereka tidak lepas dari tadi. Tengku Elili memang rapat dengan Tengku Ellis kerana kakaknya Tengku Ellie selalu sibuk dengan dunianya sendiri. Hubungan mereka baik saja namun jarang bercakap. Tapi dengan kakak sulungnya itu dia ibarat tuan puteri kerana setiap keinginannya pasti dituruti.

Mereka berdua mencari kedai makan yang berada dalam mall itu kerana perut sudah berkeroncong minta diisi. Tengku Ellis mengajak adiknya itu makan makanan Perancis kerana tekaknya semenjak dua menjak ini tak boleh nak telan masakan di rumah agam walaupun makanan tersebut makanan yang biasa dia makan.

Mungkin dia nak datang bulan kot! Tahap craving pun tinggi kalau dah namanya kalau nak menyambut bulan. Ingat senang ke jadi perempuan hah!

Masuk saja restoran yang menyajikan makanan Perancis mereka terus disapa oleh seorang gadis yang lengkap dengan seragam hitam putih.

Buku menu dipandang lalu memilih beberapa jenis makanan. Yang makan hanya dua orang tapi makanan macam empat orang yang makan. Perut beruang agaknya.

Beberapa makanan dihidang di atas meja seperti soupe a l'oignon, crêpes, chocolate souffle, ratatouille, steak tartare, dan salmon en papillote.

Mereka makan dengan berselera tanpa memperdulikan orang sekeliling. Selesai makan mereka berjalan-jalan di pusat membeli belah itu. Penat berjalan akhirnya mereka memutuskan untuk masuk ke dalam kedai pakaian.

Idea siapa lagi kalau bukan Tengku Elili yang suka mengumpul banyak baju tapi sekali pakai saja. Tapi Tengku Ellis tak kisah kerana waktu bersama adiknya lebih penting daripada wang semata-mata.

"Kakak, baju ni cantik kan? Elili nak yang ni kak."

"Dress ni pun cantik."

"Nak tiga boleh ya kak."

"Hoodie pun eh."

"Jeans?"

"Ni baju yang Elili nak tu."

Banyak lagi lah. Kalau namanya Tengku Elili apa yang tidak boleh. Kalau boleh habis satu pusat membeli belah itu dia borong. Penuh tangan kanan dan kiri dengan paper bag.

Tengku Ellis hanya menggeleng kepalanya melihat tingkah adiknya itu. Suka hati kau lah dik janji kau happy.

Sedang berjalan tiba-tiba bahu Tengku Ellis dirempuh seseorang. Mata mencerlung tajam ke arah manusia yang berani melanggar bahu mahalnya itu. Tak guna! Ingat dia tiang ke apa hah?!

"Auch, sakitlah. Kau ni tak reti nak tengok jalan ke? Jalan tu tengok jalan bukan sibuk tengok barang-barang."

"Kau yang langgar aku. Kenapa aku pula yang kena? Kau tu yang jalan tak guna mata." Marah Tengku Ellis.

"Kau tu yang buta. Kau tak nampak yang aku nak lalu sini," kata wanita itu tidak mahu kalah.

"Ni bukan jalan bapak kau lah perempuan."

"Kau-" Suara wanita tadi berhenti apabila dia melihat seseorang datang ke arah mereka.

"Sayang... perempuan ni langgar I," adunya.

What?!

Tengku Ellis sudah tayang wajah menyampah. Munafik! Tadi bukan main garang mengalahkan singa jadian. Sekarang? Kalah kucing betina.

"Kenapa ni sayang?"

"Dia langgar I," ulangnya.

Lelaki itu memusingkan badannya memandang mereka berdua.

Belum sempat lelaki itu mahu mengherdik Tengku Ellis, lelaki itu seperti kaku di tempatnya.

"Is this real?" soalnya.

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now