Tengku Ellie duduk di atas katilnya. Melihat wajah kakaknya tadi buat dia meluat.
'Kenapa kau datang balik? Aku dah happy dengan hidup aku. Kau datang balik sebab nak rampas balik hak aku? Tak sedar diri!' gumam Tengku Ellie sendiri.
Tengku Ellie tidak senang duduk dari semalam apabila melihat wajah kakaknya itu. Dia yang sepatutnya yang berkuasa antara mereka bertiga. Bukan Tengku Ellis!
Kaki berulang-alik di hadapan cermin itu. Dia tidak senang duduk. Dia penat-penat menyusun rancangan supaya kakaknya itu keluar daripada rumah itu sepuluh tahun yang lepas namun lelaki itu membawa kembali kakaknya ke sini.
'Arghhh'
Ingatan mengimbau kembali kenangan beberapa tahun yang lepas...
"Kakak kalau Ellie nak bagitahu kakak sesuatu boleh?"
"Apa dia?" Tengku Ellis memandang ke arah adiknya itu.
"Adik nak bagitahu yang adik suka dekat seseorang tapi adik takut nak bagitahu dia."
"Kenapa tak confess je? Akak akan tolong adik kalau adik nak."
"Nak ke dia dekat adik kakak?"
"Belum cuba belum tahu kan..."
"Adik takut dia tolak."
"Boleh kakak tahu siapa yang dah curi hati adik kakak ni?"
"Nanti lah, adik tak ready lagi."
"Yelah." Tengku Ellis mengusap kepala adiknya lembut.
Bunyi ketukan pintu membawa Tengku Ellie ke alam nyata. Hilang segala bayangan tadi.
"Ellie, jom turun." Tengku Ervan memanggil sepupunya itu. Dia tahu gadis itu pasti menolak untuk duduk semeja dengan kakaknya itu.
"Nantilah Ellie turun," laung Tengku Ellie dari dalam bilik.
Tengku Ervan mengeluh. Betul tekaannya tadi. Bilalah mereka berdua nak berbaik kalau terus begini susah juga.
"Kalau Ellie tak nak turun nanti aku ajak semua breakfast dalam bilik Ellie," kata Tengku Ervan tegas dari luar pintu.
Tengku Ellie akur apabila diugut begitu. Bukan dia tidak kenal abang sepupunya itu. Mentang-mentang dia tua dari dirinya suka-suka dia je nak ugut! Benci!
Daun pintu ditolak dari dalam. Muncul wajah cantik Tengku Ellie yang mengenakan dress coklat cair labuh dan rambut ikal miliknya dibiarkan lepas. Tengku Ervan pula mengenakan t-shirt polo kelabu dikenakan dengan slack hitam. Tangan kekar yang memeluk tubuhnya tadi dilepaskan apabila gadis itu keluar daripada biliknya.
"Keluar pun. Ingatkan tak nak keluar dah dari bilik tu. Nak sangat jadi Rapunzel. Terkurung dalam bilik je," ujar Tengku Ervan.
"Kau ni-" Tengku Ervan hanya mengangkat keningnya apabila gadis itu seperti mahu memarahinya.
"Kau apa?"
"Dah lah. Jom turun." Mereka beriringan turun daripada tingkat dua itu menggunakan lif.
Sampai saja di meja makan kelihatan ahli keluarga lain sudah berkumpul di situ. Tinggal Tengku Ervan dan Tengku Ellie yang lambat turun. Mata Tengku Ervan sempat mengerling ke arah Tengku Ellis yang duduk bersebelahan dengan Tengku Edric. Abangnya itu sengaja menguji kesabaran dia. Sengaja duduk di sebelah kesayangannya.
Namun dia terpaksa duduk berhadapan dengan Tengku Ellie kerana di situ saja yang masih kosong.
"Ha, turun pun Ellie. Semua orang tunggu kamu. Ingatkan sakit sampai tak turun sarapan. Selalunya kamu yang turun awal ke dapur." Tengku Maya menegur Tengku Ellie.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mistério / Suspense2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...