Masuk saja ke dalam kereta Maeza mengeluh. Kembar itu sudah pelik dengan teyze mereka.
Sampai begitu impak lelaki tadi telah mengubah mood teyze mereka. Hatta memegang bahu Maeza dari belakang. Maeza memusingkan badannya sedikit untuk melihat gerangan si kecil yang sudah menyentuh bahunya.
Mata hijau itu dipandang lama. Kening dijongketkan ke atas.
"Kenapa boy?"
"Teyze yang kenapa? Hatta risaukan teyze," kata Hatta sambil memegang pipi teyzenya itu. Such a sweet baby boy.
Kau pandai didik anak kau Sya. Manis macam daddy dia, kata hati kecil Maeza.
"I'm okay boy. No worries okay?"
"No, you are not teyze," bantah Hatta.
"Why you so sweet boy?" Kepala Hatta diusap sayang. Senyum kecil terbit di bibir merah itu.
"Daddy yang ajar."
"Daddy kau memang manis dengan mummy kau je." Mereka angguk.
"Tell me the problem teyze. Who is he?" soal Hatta.
"I don't know him. Someone stranger." Mereka angguk.
"Tapi, kenapa dia pegang tangan teyze tadi?"
"Dia tu gila." Kutuk Maeza.
"Yes, Hera agree. Uncle gastrik tu memang tak betul."
Maeza hanya menyimpan tawa dalam hati apabila Hera masih memanggil lelaki itu uncle gastrik. Tak perlu check DNA dia anak siapa, semua orang tahu yang dia anak kau Arsya Althea Binti Arman Akhtar.
"Hatta hate hate uncle tu sebab dia berkasar dengan teyze." Sejurus itu lengan Maeza dicium lembut. Seperti memberi ubat kerana lelaki tadi sudah memegang tangan teyzenya itu.
"My boy." Maeza memeluk tubuh kecil itu.
"Hatta ada untuk teyze. Hatta yang akan protect teyze," katanya.
"Hera pun. Kalau uncle gastrik tu buat hal lagi Hera piat telinga dia." Marah Hera.
"Awak berdua masih kecil. Tak padan dengan kecil nak lawan dengan orang dewasa lah. But, thank you double H. You guys so sweet." Kedua-dua kepala diusap lembut.
"So, kita gerak sekarang ya sayang."
"Ai ai teyze," jawab mereka serentak. Badan dipusingkan semula ke hadapan. Pedal minyak ditekan lalu kereta meluncur keluar dari tempat parking kereta itu.
Sampai saja rumah agam milik Maeza, kembar itu berlari kecil. Maeza sudah berpindah semenjak lima tahun yang lepas setelah selesai kes Ayden Al-Fatih dulu. Ayden juga telah berpindah semula ke mansionnya. Maeza juga telah membuat keputusan untuk menetap di sini kerana Arsya menetap di sini namun Arsya akan pulang ke Turki apabila musim sejuk. Rareesa pula mengikuti suaminya ke Turki. Dua-dua sahabatnya itu sudah menikah. Tinggal dia saja yang masih menyendiri. Dia mahu fokus pada kerjayanya dahulu.
Soal jodoh, dia masih tiada seru untuk menjalinkan mana-mana hubungan dengan lelaki selepas dia ditipu hidup-hidup oleh lelaki dahulu. Namun, kemunculan lelaki tadi mengingatkan dia pada tragedi yang telah lama dia buang dari ingatannya. Kenapa lelaki itu perlu muncul?
Password ditekan lalu pintu berteknologi tinggi itu dibuka perlahan. Hera dan Hatta masuk ke dalam rumah itu.
"Teyze, Hatta nak masuk bilik dulu ya." Maeza angguk. Hera turut mengikuti abangnya masuk ke biliknya. Maeza juga sudah penat dengan mereka berdua. Seharian bersama kembar ini penat juga. Buas!
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...