Bab 34

6 1 0
                                    

Tepat jam sembilan pagi, semua sudah sedia menunggu di ruang utama sementara menunggu untuk sarapan. Biasalah hujung minggu jadi agak lewat untuk sarapan.

Namun, keadaan di ruang tamu kecoh dengan kehadiran seorang budak lelaki.

"Hello everyone," sapanya ramah. Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Cari siapa?" soal Tengku Elvis.

"Cari babah," jawabnya.

"Babah?" soal Tengku Elvis kembali.

"Babah."

Tengku Ehan yang keluar daripada lif memandang budak kecil itu terus melangkah dan berdiri di hadapan budak itu. Dia melutut di hadapan budak kecil itu supaya ketinggian mereka sama.

Kepala disengetkan. Budak kecil itu memandang dalam ke arah iris hitam pekat milik Tengku Ehan.

"Muka tuan sama macam..."

"Hey litttle boy." sapa Tengku Eshar yang baru keluar dari lif itu.

"Hello uncle. Ada nampak babah tak?"

"Babah?"

"Babah," jawabnya. Kelibat yang dia cari masih tiada. Mereka bingung. Orang yang budak kecil itu cari siapa sebenarnya?

"Siapa nama awak little boy?" soal Tengku Esmeralda pula.

"Nama kita Eyaz aunty." Mulut kecil itu menjawab.

Budak kecil yang bernama Eyaz itu menghadiahkan senyuman manisnya. Rambutnya yang lembut itu sedikit kerinting menambahkan lagi kecomelan budak lelaki itu. Kulitnya berwarna cerah dan tubuhnya sedikit berisi namun tidak terlalu montel. Tapi pipinya yang seperti memakai blusher itu akan menarik sesiapa saja yang melihatnya pasti mahu mencubitnya.

Tengku Elili sudah mencubit manja pipi milik Eyaz. Geram!

Semua sudah berada di ruang utama rumah agam itu. Budak lelaki yang bernama Eyaz ini masih menjadi tanda tanya kepada mereka. Anak siapa? Sesat kah? Takkan babahnya tersesat dalam rumah agam ini?

Tengku Ervan dan Tengku Ellis duduk bersebelahan manakala yang lain turut serta di atas sofa di ruang utama itu.

Satu persatu wajah dipandang. Tengku Ehan mahu memastikan sama ada orang yang Eyaz cari ada di situ atau tidak. Eyaz berdiri di tengah ruangan itu. Kepala disengetkan sedikit sambil tangan diletakkan di pinggangnya. Memerhati setiap wajah yang berada di ruangan itu. Ibarat tengah mengimbas wajah mereka. Eyaz pergi ke arah Tengku Ervan. Semua sudah memandang pelik.

"Babah?" Tengku Ervan sudah membeliakkan biji matanya. Terkejut apabila dipanggil begitu.

Namun Tengku Ervan mendepakan tangannya apabila Eyaz tanpa isyarat terus meluru ke arahnya. Semua sudah melopong apabila budak kecil itu memanggil Tengku Ervan begitu. Drama apa lagi ni?

Tengku Ehan sudah memandang tajam anaknya itu. Anaknya melakukan sesuatu di belakangnya?

"Mind to explain Tengku Ervan Ulric Bin Tengku Ehan Ulfa." Nama penuhnya disebut oleh ayah. Nampaknya dia sudah kejutkan harimau yang sedang tidur.

"Ayah..."

"What?"

"Who is he?"

"I don't know."

Eyaz sudah mengecilkan dirinya dalam pelukan Tengku Ervan. Takut. Semua sudah tertanya-tanya dengan situasi sekarang.

Suasana hening untuk seketika. Tengku Ervan mati kata. Tengku Ellis masih cuba menghadam dengan keadaan yang berlaku sekarang. Semua ini berlaku terlalu cepat. Jangan cakap lelaki yang sudah bergelar suaminya itu pernah berkahwin?!!

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now