Bab 19

7 0 0
                                    

"Kau buat lawak apa pula malam-malam ni, Uhayl?"

"Aku tak buat lawak Ulric. Aku cakap benda betul."

"Kau kahwin lari ke?" Tengku Ervan cuba menyedapkan hatinya. Tawa kecil meletus.

"Ya," jawabnya sepatah.

Mata Tengku Ervan membesar apabila mendengar pengakuan abangnya itu. Kenapa dia tak tahu langsung tentang hal ini?

"Kenapa aku tak tahu?" tanya Tengku Ervan.

"Dah nama pun kahwin lari," balas Tengku Edric.

"Kau kena bagitau aku. Apa kaitan hal ini dengan Ellis?"

"Relaks lah. It's not a big deal."

"Bagitau aku betul-betul Uhayl. Jangan nak berdalih dengan aku."

"Bukan hal yang besar pun. Aku akan bagitau kau pada waktu yang tepat."

"Kenapa bukan sekarang?"

"Sebab aku tak nak." Tengku Ervan mula geram dengan abangnya. Suka bermain tarik tali dengannya.

"Baik tak payah bagitau kalau macam ni," kata Tengku Ervan kesal.

"Kau yang paksa aku tadi." Tengku Edric tak nak mengalah.

"Baik aku tidurlah kalau macam ni." Tengku Ervan bangun lalu melangkah ke arah botnya semula.

Sikap abangnya yang perahsia buat dia pening. Lebih baik dia tidurlah kalau macam ni.

Sedang di tempat lain, Tengku Esmeralda menekan skrin telefon pintarnya.

'Mana Ellis ni? Dari tadi tak angkat call?'

'Jangan cakap sepupunya kena culik? Habislah kalau abang sepupunya memarahinya nanti.'

Dia cepat-cepat mencari nama abang sepupunya.

"Ulric, aku nak bagitau kau something ni." Suara Tengku Esmeralda sudah cemas.

"Nak apa cari aku?" Tengku Ervan baru mahu melelapkan mata namun adik sepupunya menelefon dirinya pula.

"Ellis hilang?"

"Hah?" Suara Ulric cemas di hujung talian.

"Dia tak balik dari pagi tadi. Aku risau."

"Nanti aku suruh Kai cari dia."

"Okay, Mel tidur dulu. Bye Ulric."

Usai saja talian dimatikan Tengku Ervan melepaskan keluhannya. Dia terpaksa berbohong kerana dia tidak mahu imej gadis kecilnya tercalar. Nanti gadis itu dituduh macam-macam oleh mak sunya.

Lebih baik dia melelapkan matanya daripada memikirkan hal itu. Esok masih ada hal lain yang perlu dia lakukan.

Cahaya matahari yang memasuki tingkap membuatkan Tengku Ellis terbangun daripada tidurnya. Kaki perlahan menapak keluar menuju ke tandas untuk mencuci mukanya.

Setelah selesai, rambut dirapikan lalu menuju ke pintu utama seraya menuju ke arah Avarel Kai.

"Morning Kai," sapa Tengku Ellis ceria. Semalam dia dapat melelapkan matanya jadi pagi ini dia sedikit bersemangat untuk melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya.

"Morning Tengku," balasnya. Badan ditundukkan tanda menyapa gadis itu.

"Ada apa-apa yang Tengku perlukan sebelum balik?" soalnya pula.

"Tak. Hantar aku balik rumah. Aku ada hal penting yang aku perlu buat. Dan aku nak kau rahsiakan benda ni daripada Ulric."

"Kenapa Tengku?"

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now