Mereka meneroka setiap pelosok villa milik mereka. Dari tingkat bawah sehingga ke tingkat atas. Dari setiap ruangan ke setiap ruangan yang lain. Tengku Ellis terlalu teruja untuk membuat 'villa tour' ini. Terlalu indah untuk melepaskan saat-saat ini.
Tingkat atas pula terdapat banyak bilik yang menarik perhatian Tengku Ellis. Bilik billiard, gym, perpustakaan mini, dan bilik untuk menonton wayang. Walaupun hanya sekadar bilik mini namun dia sangat menyukai kesemua bilik-bilik itu.
Pinggangnya dipeluk erat oleh suaminya. Bau maskulin suaminya itu masuk ke dalam rongga hidungnya. Dia menyukai bau tubuh milik suaminya itu.
"Kenapa bawa Ellis datang sini?" soalnya setelah dia mula rasa janggal dengan keadaan mereka sekarang. Tengku Ervan masih memeluk kejap isterinya itu.
"Sebab sayang kena tahu dekat mana kita tinggal lepas ni. Abang janji lepas kes tu selesai abang dan sayang akan keluar dari rumah tu."
"Tapi kenapa?"
"Abang nak sayang selesa. Abang tak nak sayang asyik bergaduh dan bermasam muka dengan mak su. Tak elok sayang. Mungkin dia dalang mungkin juga bukan. Kita berdua cuma boleh buat spekulasi tapi kita tak boleh nak tuduh. Boleh ya sayang?"
"Hmm... kalau abang cakap macam tu Ellis setuju. Tapi abang pernah janji nak upah peguam dalam kes ni. Mana janji abang tu? Ellis nak tuntut," ujarnya mengingati suaminya itu.
"Abang ingat. Abang baru nak bincang hal ni dengan sayang. Dan abang ada benda nak bagitau sayang."
Pelukan dileraikan lalu tangan isterinya ditarik ke arah sofa kosong di tingkat atas. Tengku Ellis hanya membuntuti langkah suaminya itu.
Punggung dilabuhkan di atas sofa namun Tengku Ervan menarik isterinya itu untuk duduk di atas pangkuannya. Rapat sehingga tiada ruang yang memisahkan mereka. Tengku Ellis suka. Tangan kekar melilit pinggang kecil isterinya itu daripada jatuh. Dagu disangkut di atas bahu isterinya.
"Abang dapat hint daripada Ellie. Dia buat semua tu sebab dia nak alihkan perhatian seseorang dan abang tak puas hati dan abang desak dia lagi. Dia kata hint untuk sampai kepada dalang adalah
magnifying glass." Tengku Ellis menoleh ke arah suaminya. Iris hitam itu ditenung dalam."Kenapa dengan kanta pembesar? Maksud dia apa?"
"Abang pun tak tahu. Abang masih buntu. Macam mana nak pecahkan teka-teki ni. Abang sendiri masih cari siapa 'dia'. Dah sepuluh tahun abang cari."
"Maafkan Ellis abang. Ellis tuduh abang sedangkan abang tolong Ellis untuk cari dalang disebalik semua ni." Air mata mengalir laju di tubir mata.
"Shhhh... Don't cry dimples. I hate when I see you cry. It's hurt me." Air mata diseka lembut. Tengku Ervan hanya menepuk lembut belakang isterinya itu untuk menenangkan wanita itu. Kedudukan mereka sudah berubah kerana tangisan isterinya semakin lebat. Mukanya disembamkan di dada suaminya itu. Tengku Ervan hanya membiarkan bajunya basah dek mutiara jernih itu.
Tangisannya reda setelah 15 minit berlalu. Tengku Ellis hanyalah seorang yang sangat lemah saat berhadapan dengan suaminya. Cepat saja cecair jernih itu mengalir.
"Feeling better?" Kepala diangggukkan. Wajah bersih itu dipandang dalam.
"Please don't cry after this dimples. Perjuangan kita belum habis. Abang tak nak air mata sayang sia-sia lagi. Cukup sepuluh tahun dulu menghukum kita berdua. Abang nak sayang kuat. Kalau abang tak ada nanti macam mana? Siapa nak pujuk sayang?"
"Kenapa abang cakap macam tu?" tanya Tengku Ellis dengan suaranya yang serak.
"Abang cuma cakap kalau sayang. Kita tak tahu siapa dalang tu. Sayang balik ke sini baru kita perasan yang dia ada je di sekeliling kita. Sangat dekat dengan kita. Abang takut. Abang takut hilang sayang. Abang tak nak berpisah lagi dengan sayang."
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...