Bab 9

5 0 0
                                    

Rambutnya disikat menggunakan jari dengan perlahan sebelum keluar daripada keretanya. Cermin mata hitam disangkutkan di hadapan bajunya. Tengku Ellis tidak selesa dengan penampilannya sekarang ini. Pelik!

Semua ini salah Tengku Ervan. Dasar diktator! Kaki melangkah ke dalam perpustakaan itu. Warna putih dan emas membuatkan perpustakaan itu nampak mewah. Rindunya dia suasana ini!

Tengku Ellis naik ke tingkat atas. Peduli lah dengan pakaiannya sekarang ini! Dia nak habiskan sepanjang harinya di sini. Rak-rak yang dipenuhi buku itu dipandang. Terdapat sofa panjang dan meja di ruang tengah itu lalu dia meletakkan beg tangannya di situ.

Rak buku yang pertama yang menarik perhatiannya. Semua buku mempunyai spray edges itu dan terdapat booknook di tengah buku-buku itu menampakkan susunan buku itu lebih kemas dan menarik. Nafas dihembus perlahan, menikmati bau buku yang mahal.

Hatinya sedikit tenang apabila berada di sini. Satu-satunya tempat yang boleh buat dia lupa dengan segala masalah hidupnya adalah hanya dengan sebuah buku. Pelik bukan? Tapi bagi seorang yang gemar berimaginasi itu adalah satu hal yang biasa. Saat tiada telinga dan bahu untuk bersandar, buku adalah tempatnya meluahkan segala rasa. Kadangkala buku adalah teman terbaik untuk dia melupakan segala hal yang seringkali bermain di fikirannya. "Aroma" buku yang mahal dan pengakhiran yang penuh dengan sinar pelangi. Tiada yang dapat dia ungkapkan dengan kata-kata melainkan membaca setiap helaian kertas yang penuh dengan tinta hitam itu.

Kaki bergerak ke arah rak yang lain. Susunan buku di setiap rak dipenuhi dengan buku. Cantik dan kemas. Kalau boleh dia mahu tidur di library saja. Ini ibarat rumah kedua bagi Tengku Ellis. Hanya dia dan buku-buku yang penuh dengan dongeng namun menyenangkan. Alangkah bagus jika hidupnya seperti novel-novel yang dia baca.

Tapi, ini adalah realiti yang harus dia hadap. Bukan seperti cerita fiksi atau drama di televisyen tapi ini kisah dia. Kisah dia yang harus menyelesaikan kes kematian ibu bapanya. Nafas dihembus lagi. Semenjak dia balik sini, mengeluh adalah rutin harian. Rindunya mahu hidup seperti dulu tanpa memikirkan masalah ini. Takkan nak lari lagi?!

Hati dengan otak sering berkata sebaliknya. Sebuah buku diambil dari rak lalu duduk semula di sofa tadi. Hampir separuh buku itu dibaca, mata mula memberat. Tanpa sedar Tengku Ellis merebahkan dirinya di atas sofa itu dan buku tadi diarkan terbuka dan diletakkan di atas dadanya.

Tengku Ervan yang baru sampai di dalam perpustakaan itu hanya menggelengkan kepalanya melihat gadis kecilnya sudah tertidur di situ. Kaki melangkah dengan bunyi seminima yang mungkin. Takut mengganggu tidur gadis itu.

Punggung dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan gadis itu. Dia lambat sampai di situ kerana dia ada urusan yang lain yang perlu diuruskan. Nasib baik dia membawa baju lebih tadi kalau tidak dia terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil baju.

Mata hitam pekatnya masih merenung gadis itu tidur di situ. Tidak lupa juga dia sudah mengunci pintu perpustakaan itu dari dalam kerana dia tidak mahu orang lain masuk ke situ. Dia mahu menghabiskan waktunya dengan gadis itu.

Tangan dimainkan sesama sendiri. Dia sudah pergi sejauh ini dan berharap gadis itu akan berlembut hati kelak. Tidak pernah sedikit pun dirinya mahu untuk melepaskan gadis itu dari hidupnya malah gadis itu adalah satu-satunya wanita yang akan dia cintai seumur hidupnya. Dia pernah buat silap tapi tak salah kan kalau dia diberi peluang untuk memperbaiki silapnya dulu? Dia masih merasa serba salah pada gadis itu namun apakan daya gadis itu takkan pernah mahu maafkan dirinya.

Dulu dia seorang yang pengecut. Tidak berani untuk menentang bondanya dan memberitahu kebenaran di sebalik semuanya dan akhirnya dia sendiri yang tersiksa. Rasa sakit sepuluh tahun yang lepas amat sukar untuk dia lupakan. Merata dia mencari gadis itu namun hampa apabila gadis itu hilang jejak. Akhirnya dia berputus asa dan dia memilih untuk berdamai dengan takdir hidupnya. Tak dapat dia bayangkan bagaimana hidupnya jika gadis ini hilang daripada pandangan buat kali yang kedua. Dia lebih rela mati daripada gadis ini jauh daripadanya.

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now