Petang itu, mereka berdua akhirnya pulang ke rumah agam. Tapi sebelum balik mereka singgah makan dulu di restoran. Semua ini kerana Tengku Ervan. Dia bilang kalau dia dah bosan dengan makanan di hotel. Jadi, mereka makan di restoren biasa. Tengku Ellis hanya menuruti kehendak suaminya itu. Janji makan.
Selepas hal yang memalukan tadi, dia lebih banyak diam. Bukan berarti dia sudah mengalah dengan lelaki itu. Dia masih malu. Malu sangat sangat! Kalau boleh dia nak pakai mask kalau berhadapan dengan suaminya itu.
Kini, mereka berdua dalam kereta mewah milik suaminya. Ini adalah kali pertama dia menaiki kereta mewah suaminya itu. Setahunya lelaki itu sangat meminati kenderaan besi itu tapi yang selalu dipakainya adalah kereta ini. Sama seperti suami kawannya itu, Evren Hakimi.
Maserati MC20 mengaum memasuki perkarangan rumah agam itu. Keluar saja dari kereta mewah Tengku Ervan terus menegah Tengku Ellis untuk membuka pintu kereta. Biar dia yang buat. Princess passengers.
Tangan dihulurkan apabila pintu mewah tu dibuka. Tengku Ellis hanya melayan tingkah suaminya itu. Misinya juga adalah untuk menunjukkan momen bahagia mereka di hadapan adiknya itu. Hatinya ketawa jahat memikirkan seribu cara untuk menyakiti hati adiknya nanti.
Jejak saja ruang tamu, beberapa pelayan menyambut kedatangan pengantin baru itu. Tangan Tengku Ervan tidak lepas daripada menggenggam tangan isterinya itu. Walaupun Tengku Ellis rasa rimas namun demi misinya dia terpaksa.
Semua ahli keluarganya sudah duduk di sofa mewah rumah itu. Tengku Ervan dan Tengku Ellis duduk di bahagian sofa yang masih kosong. Betul-betul muat untuk dua orang. Tengku Ervan apa lagi suka lah sebab boleh duduk berhimpit dengan isterinya itu. Gatal!
"Congratulations Ulric, Ellis," ucap Tengku Edric.
"Ulric," panggil Tengku Ehan.
"Ya, ayah."
"Ayah nak kamu fokus dengan isteri kamu. Jangan masuk pejabat dulu. Tengah cuti kan. Baru semalam kahwin takkan nak buat menantu ayah macam tu," kata Tengku Ehan. Belum apa-apa lagi dah kena marah. Tengku Ervan akur. Ini memang silapnya juga.
"Maafkan Ulric ayah," katanya serba salah.
"Bukan dekat ayah tapi tu." Mulut dimuncungkan ke arah Tengku Ellis. Tengku Ellis kekok apabila perhatian mula beralih ke arahnya.
"Eh, tak apa ayah. Ulric dah minta maaf dekat Ellis tadi. Tak apalah sebab sementara masih dekat hotel Ellis tak kesah pun," jawabnya lembut. Padahal tadi dia yang mengadu yang dia bosan apabila suaminya itu tidak melayannya di bilik tadi.
"Ha, dengar tu Ulric. Nasib baik Ellis faham tau. Lain kali jangan buat lagi."
"Baik, ayah," kata Tengku Ervan pasrah. Pandai pula isterinya itu membelanya kali ini.
Manakala mereka yang berkumpul di situ hanya mendiamkan diri. Tidak berani apabila ada dua lelaki berusia 50-an mengetuai dua keluarga itu. Nak-nak apabila mendengar suara Tengku Ehan memetir. Tengku Elvis pula selalunya bertindak lebih lembut berbanding abangnya itu.
Tidak banyak hal yang perlu mereka bincang maka perjumpaan di ruang tamu utama itu sekadar menjemput pasangan pengantin itu. Memang sudah menjadi adat apabila menantu baru yang datang ke dalam keluarga mereka akan dilayan dengan penuh keistimewaan walaupun sebenarnya tidak perlu kerana Tengku Ellis memang berasal daripada keluarga ini namun kerana kini dia sudah naik takhta sedikit kerana memegang jawatan menantu dalam keluarga ini.
Hal ini juga harus dibanggakan kerana menantu dalam keluarga ini memberi berkat dalam kehidupan. Bukan begitu?
Tengku Maya banyak mendiamkan diri semenjak anak bongsunya itu berkahwin. Entah apa yang dia fikirkan belakangan ini. Memang dia tidak menyukai Tengku Ellis namun apabila memikirkan kembali bagaimana menantunya itu melayannya selama ini membuatkan hatinya kembali luluh.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...