Tengku Ellis menghampiri pusara arwah daddy dan mummynya. Kaki menapak perlahan. Dia duduk di atas tikar yang dibawanya tadi.
"Assalamualaikum daddy. Mummy. Ellis datang ni. Maaf sebab tak dapat datang selalu." Esakan mula kedengaran. Rasa rindu bertandang lagi. Dada dipegang menahan rasa sakit.
"Mummy, daddy. Ellis nak bagitau yang Ulric lamar Ellis semalam. Ellis terima. Walaupun Ellis benci dia tapi Ellis buat semua ni sebab nak tahu siapa yang dah bunuh mummy dengan daddy. Kalau lah mummy dengan daddy dapat bagitau Ellis siapa yang bunuh mummy dengan daddy kan senang. Ellis tak suka duduk dekat rumah tu tapi Ellis kena stay juga sebab Ellis ada Ellie dengan Elili yang Ellis kena jaga. Mummy, daddy. Ellis sakit. Sakit sangat. Ellis...nak hidup macam orang biasa tapi kenapa hidup Ellis tak macam orang lain. Ellis penat. Ellis tak larat mummy. Daddy kenapa Ellis lahir dalam keluarga ni? Kenapa mak su benci sangat dekat Ellis? Ellis buat apa? Bonda pun benci Ellis. Ellie pun sama. Kenapa? Ellis nak hidup normal macam orang lain. Ellis penat sangat. Ellis nak duduk jauh tapi Ellis tak boleh ingkar dengan janji yang Ellis dah buat. Kenapa Ulric masih nak dekat Ellis sedangkan dia pernah bersama dengan Ellie belakang Ellis?" Tengku Ellis luahkan segala rasa di dada. Entah berapa kali dia menghamburkan tangisan di atas kubur mereka.
"Ulric kata dia tahu sesuatu tapi dia tak nak bagitau Ellis. Kenapa dia tipu Ellis?"
Pandangannya kabur. Hingus disedut. Air mata dilap. Mata memandang ke arah langit. Kelam. Awan mendung mula berarak. Hujan melimpahi bumi. Tengku Ellis berguyur di bawah hujan. Alam seperti turut bersedih dengan nasibnya.
Ingin saja dia meraung namun suaranya seperti tersekat di kerongkong. Dada dipukul untuk mengurangkan rasa sakit. Lemah. Dia seperti hilang semangat. Pura-pura kuat di hadapan orang itu ibarat dia sedang menjadi seorang pelakon yang hebat tanpa orang sedar yang dia menyimpan seribu luka yang dalam sehingga meninggalkan parut pada dirinya.
Hujan semakin deras seperti air matanya. Kini dia berseorangan di sini. Tanpa ada orang yang faham sebesar apa lukanya itu. Lututnya lemah. Dia mengagahkan dirinya untuk bangun. Namun belum sempat mahu berdiri dia hampir menyembah tanah lalu tangan seseorang melingkari pinggangnya.
Dan Tengku Ellis hanya menutup perlahan matanya kerana dia tahu dia berada di dalam dakapan lelaki itu.
Bangun saja dari atas katil empuk itu, mata memandang sekeliling bilik itu. Ini adalah rumah mini. Tempat dia selalu menghilangkan diri apabila dia lari dari mak su. Dia tahu ini pasti ulah Tengku Ervan kerana orang yang menyambutnya tadi adalah lelaki itu. Tapi, kenapa dia bawa Tengku Ellis ke sini? Jangan bilang lelaki itu mahu menculiknya.
Tengku Ellis terus berdiri lalu memandang ke luar. Suasana hutan yang tebal membuatkan dia takut. Adakah dia terperangkap di sini? Air liur ditelan kesat. Ada nota ditinggalkan di situ.
Ellis, you need a rest. You may go tomorrow but tonight stay here with Kai.
T.E.U.Dia memandang ke arah tingkap lagi. Ada sepasang khemah didirikan. Tahulah dia yang itu adalah Avarel Kai. Tengku Ellis sedikit lega memikirkan hal itu. Lelaki itu menepati janjinya supaya tidak muncul di hadapannya dan masih mengambil berat tentang dirinya. Walaupun dia sedikit kejam terhadap lelaki itu namun tidak pernah sekali pun lelaki itu mengabaikannya.
Pakaian ditubuhkan dipandang. Baju tadi masih melekat elok di tubuhnya. Sweater kelabu yang membaluti tubuhnya itu dihidu. Bau maskulin Tengku Ervan.
Tidak perlu bertanya di mana lelaki itu kerana dia tahu lelaki itu pasti ada di sesuatu tempat yang dia boleh agak. Pasti di dalam tiny houseboat milik lelaki itu.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...