Tengku Ellis terus masuk ke dalam biliknya sebelum suaminya mencari dirinya. Masuk saja ke dalam bilik wajah kacak Tengku Ervan yang masih menatap laptop diangkat apabila melihat figura Tengku Ellis di hadapannya.
Tengku Ervan terus memandang semula laptop yang berada di hadapannya itu. Dia mengendahkan isterinya itu. Aik, bukan Tengku Ervan cinta mati dengan Tengku Ellis ke? Kenapa perlu layan isterinya itu begitu?
Tengku Ellis kesal apabila dilayan seperti itu. Suaminya itu dah kenapa? Kena rasuk ke?!
Arghh! Stress!
Dengan selamba Tengku Ellis melabuhkan punggungnya di atas paha lelaki itu. Tengku Ervan yang belum bersedia menerima beban di atas badannya itu terus merangkul belakang badan isterinya. Takut jatuh. Tangan dikalungkan di leher Tengku Ervan. Suaminya itu sedikit terkejut dengan sikap isterinya itu. Bukan isterinya itu benci dirinya?
Something fishy!
Aroma minyak wangi yang dipakai oleh isterinya itu dihirup. Kalau bukan mengingati gejolak dalam hubungan mereka pasti dia sudah menerkam wanita itu.
'Sabar, tahan nafsu Ulric' tempelak hatinya.
"Nak apa?" soal Tengku Ervan lembut.
"Aku bosan. Bila nak balik?"
"Kejap lagi. Masih pagi sayang. Kena semak e-mail. Sikit lagi."
"Dari tadi kau tak nak bercakap dengan aku. Kau- benci kan aku dah ke?"
Muka Tengku Ervan berkerut. Kenapa dengan isterinya ini?
"Kalau aku benci sayang kenapa aku kahwin dengan sayang. Lebih baik kahwin dengan orang lain. Aku kena selesaikan sikit lagi kerja pejabat sebelum aku fokus dekat sayang. Boleh ya sayang?"
Hati Tengku Ellis tersentuh apabila suaminya itu berkata begitu. Nampaknya dia adalah keutamaan bagi sang suami. Dia akan mulakan rencananya apabila berada di rumah agam nanti. Demi mendapat apa yang dia mahu. Pantang menyerah sebelum mendapat apa yang dia inginkan.
"Janji tau lepas siap ni kau mesti layan aku. Aku bosan." Entah kali ke berapa Tengku Ellis mengungkapkan perkataan bosan itu.
Memang salah Tengku Ervan juga kerana mengabaikan isterinya itu. Tapi, dia ada misinya sendiri apabila tiba di rumah agam nanti. Tengku Ellie adalah tujuannya kini. Demi mengorek rahsia yang telah lama disimpan dia sanggup dan Tengku Ellis tak boleh tahu hal ini. Takut nanti bakal memburukkan lagi keadaan. Jadi, dia mesti bijak dalam mengatur strategi untuk mengorek rahsia daripada sepupunya itu merangkap adik iparnya.
"Ya, sayang," jawab Tengku Ervan lembut.
Dia terus menyemak semula e-mail dan melakukan kerjanya manakala Tengku Ellis masih berada di atas pangkuannya. Badannya menghadap Tengku Ervan seperti beruang koala. Manja!
Sebelah tangan Tengku Ervan masih memegang kejap belakang tubuh isterinya itu.
Hampir 30 minit berlalu kerja Tengku Ervan akhirnya selesai. Wajah isterinya itu dipandang. Cantik! Comel je tertidur atas pangkuannya. Wanita itu bertindak bertentangan dengan apa yang dia katakan. Mulut kata lain tapi layanan dia padanya lain.
Jangan bilang yang isterinya itu sebenarnya masih sayang padanya. Atau... Tengku Ellis sengaja mahu menguji dirinya? Tak mungkin.
Badan isterinya itu dicempung ke atas katil. Duvet ditarik untuk menutup tubuh kecil itu.
Baju t-shirt kelabu miliknya ditanggalkan lalu menukar bajunya kepada baju t-shirt polo. Mata memandang ke arah isterinya yang masih nyenyak tidur. Tidur pun cantik.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...