Tengku Edric dan Tengku Eyazi masuk ke dalam penthouse.
"Babah..."
"Yes little boy?"
"Kenapa selama ni babah tak bagitau yang babah ada big family?" Punggung dilabuhkan di atas sofa. Tubuh kecil Tengku Eyazi dipeluk.
"Sebab babah dah plan nak bawa Eyaz jumpa mereka hari ni," jawabnya.
"Oh..." Tangan diletakkan di dagu sambil salah satu jarinya mengetuk hidungnya.
"Lain kali jangan lari macam tu tau. Jenuh babah nak cari. Nasib baik babah boleh agak little boy babah ni macam mana. Kalau tak babah sad."
"Alaaa Eyaz sorry. Lain kali Eyaz tak buat dah. Eyaz rindu babah. Babah lama tak jenguk Eyaz dekat penthouse satu lagi," ujar Tengku Eyazi dengan serba salah. Comel je!
"Babah maafkan Eyaz. Lain kali jangan buat macam tu." Tengku Eyazi angguk mengerti apabila mendengar balasan daripada ayahnya itu. Lega.
Terkejut Tengku Edric apabila dia menerima panggilan pagi tadi apabila pembantu rumahnya memberi tahu bahawa anaknya hilang. Macam nak tercabut jantungnya. Nasib baik dia boleh agak yang anaknya itu akan datang juga ke rumah agam itu. Alang-alang keluarganya bakal mengetahui tentang Tengku Eyazi jadi dia turut mengajak Greygory datang pagi tadi. Sebab itu dia lambat sampai tadi. Demi anaknya dia sanggup melakukan apa saja.
Pelukan dieratkan. Satu-satunya harta yang dia punya. Anaknya dan arwah isterinya. Akan dia jaga dengan sepenuh hati.
Tengku Ellis memandang tajam ke arah suaminya. Tangan disilang di dada. Tengku Ervan sudah tidak senang duduk.
"Abang..." panggilnya dengan suara yang lembut.
"Ya sayang."
"Abang ada apa-apa ke nak bagitau Ellis?"
"Tak ada," jawabnya yakin.
"Betul?" soalnya.
"Betul lah sayang. Kenapa?"
"Ellis tanya lagi sekali. Abang tak ada apa-apa ke nak bagitau Ellis?"
Kepala digaru. Rasanya tiada. Dia ada buat salah ke? Tengku Ervan geleng.
"Abang ada buat salah ke?"
"Abang rasa?" Dua-dua tak nak kalah.
"Tak ada."
Hati Tengku Ellis terasa panas apabila mengingati apa yang dia lihat pagi tadi cuma dia mendiamkan dirinya. Tengku Ervan pegang tangan Tengku Ellie?!!!
Seperti dicarik sekeping hati miliknya. Tengku Ervan ada perasaan dekat adiknya ke?
Tapi... betul ke apa yang Tengku Ervan bagitau dia beberapa hari yang lepas? Tak sampai seminggu jadi isteri lelaki itu dah buat hidupnya huru-hara. Benci!
Tangan Tengku Ellis disentuh lembut. Isterinya itu seperti mengelamun.
"Fikir apa?"
"Tak ada apalah."
"Tak nak bagitau abang ke? Kalau abang ada buat salah abang minta maaf. Walaupun abang tak tahu apa salah abang but i'm sorry sebab buat sayang fikir abang macam tu." Terkelu. Tengku Ervan minta maaf?
"Abang tak ada salah pun lah."
"Kalau macam tu give me your beautiful smile sayang." Pintanya. Tengku Ellis terus melebarkan senyuman di wajahnya apabila suaminya berkata begitu.
"That's my dimples."
"Huh? Why you call me dimples?"
"Sebab ni," Jari menunding ke arah pipi milik isterinya itu. Lesung pipit yang terbentuk elok di kedua-dua pipi Tengku Ellis adalah salah satu kesukaannya.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...