Bab 10

5 0 0
                                    

Jam 10 pagi Tengku Ellis, Tengku Elili, Tengku Esmeralda dan Tengku Eshar sudah berada di hadapan butik kawan bonda, Tengku Cleopatra.

Masuk saja ke dalam butik itu, mata melilau mencari wajah Tengku Cleopatra. Wajah wanita itu masih cantik dan awet muda walaupun usianya sudah menginjak 50-an. Selalunya pembantu dia akan menguruskan pelanggan yang datang ke situ namun apabila Tengku Cleopatra mendengar bahawa anak saudara Tengku Maya yang bakal datang ke butiknya maka dia sendiri yang akan melayan tetamunya itu. Lagipun ada hal yang lebih penting! Tengku Ellis. Dia mahu melihat wajah gadis itu secara depan-depan setelah hilang selama sepuluh tahun lamanya.

Majlis minggu depan juga telah disebarkan bahawa keluarga Tengku itu mahu menyambut kembali puteri yang hilang sepuluh tahun yang lalu. Majlis ini khas untuk Tengku Ellis supaya mereka tahu yang Tengku Elesh dan isterinya itu masih ada waris sulung dalam keluarga mereka.

Mata melilau melihat semua rekaan baju gaun di dalam butik itu. Nampak mahal dan eksklusif. Memang kena dengan tema untuk majlis mereka nanti.

"Morning aunty Cleo," sapa Tengku Eshar.

"Morning Eshar."

"Mana baju yang kami nak pakai minggu depan aunty.?" soal Tengku Eshar tanpa basa-basi.

Dia tahu benar sikap kawan mak longnya itu. Kaki gosip. Lihat saja sekarang, dia sanggup ke depan semata-mata untuk melihat kehadiran Tengku Ellis. Sepupunya itu seperti tidak selesa dari tadi namun dia memaniskan wajahnya supaya kelihatan sopan di hadapan wanita berusia itu.

"Kenapa nak rushing sangat ni Eshar. Duduk dulu. Aunty dah lama tak jumpa kamu."

"Bukan macam tu aunty. Kami ada hal lepas ni. Banyak lagi benda kami nak urus." Tengku Esmeralda bersuara apabila melihat kawan mak longnya itu seperti mahu membuang masa mereka di situ.

"Bukan selalu pun."

"Tak boleh aunty."

"Yelah. Kejap aunty bawa baju kamu. Tunggu sini." Akhirnya wanita itu mengalah. Dia tertarik dengan Tengku Ellis kerana penampilan gadis itu lain. Dari segi fesyen mungkin sangat cantik namun rambut hijaunya itu sangat tidak masuk akal baginya.

Entah apa yang dia fikir sampai sanggup mewarnakan rambutnya. Budak remaja zaman sekarang macam-macam! Tengku Cleopatra terus menuju ke bahagian belakang untuk mengambil baju mereka.

Seorang pelayan wanita datang ke situ untuk melihat keturunan darah biru itu menyapa kornea matanya. Jarang selalu melihat kerabat diraja itu datang sendiri ke butik ini kerana selalunya ibu-ibu mereka yang akan datang ke sini. Jadi, kenapa tidak dia mengambil peluang untuk mencuci mata saja kan?

Tengku Ellis yang melihat gadis itu seperti ulat bulu hanya mendesis. Menjengkelkan! Gatal! Tak pernah nampak orang ke?!

Bunyi loceng berbunyi lagi menandakan seseorang sedang menunggu di hadapan pintu. Pelayan itu segera ke arah pintu dan mulutnya melopong apabila melihat gerangan lelaki itu di hadapannya. Lelaki yang tinggi lampai dengan tubuh tegapnya itu mampu membuatkan dia tidak berkedip memandang ciptaan Tuhan yang satu ini.

Senyuman manis menyapa ruangan mata pelayan itu.

"Si-lakan masuk Tengku." Jemput pelayan itu sopan lalu Tengku Ervan terus masuk mencari kelibat gadis kecilnya itu.

'I got you love bug.'

"Morning love bug." Mendengar suara garau itu menyapa halwa telinga Tengku Ellis membuatkan dia tidak selesa kuasa dua.

Bala. Bala.

"Assalamualaikum Tengku Ervan," sapa Tengku Ellis. Senyuman Tengku Ervan terus mati apabila diperli oleh gadis itu.

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now