Selesai saja majlis itu, Tengku Ellis menarik hujung baju Tengku Ervan ke sebuah bilik di hujung.
"What are you trying to do Tengku Ervan Ulric?" Suara Tengku Ellis naik satu oktaf sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik tersebut.
"Kahwin tak ada dalam perjanjian kita. Kau tipu aku Ulric!" Marahnya lagi.
"Kau janji benda lain tapi kau buat benda lain. Kau tipu aku. Kau tahu aku benci bila orang khianat aku. Kenapa kau pilih untuk buat aku makin benci dekat kau?!!" bentak Tengku Ellis. Dadanya naik turun cuba menahan rasa di dadanya.
"Kau kena bagitau mereka yang kau tak jadi kahwin dengan aku Ulric. Aku datang sini bukan nak jadi isteri kau. Aku cuma nak ambik balik hak aku dan tuntut kematian mummy dengan daddy aku. Kau tahu benda tu Ulric. Kenapa kau buat benda ni dekat aku?!"
"Love bug..."
"Jangan panggil aku dengan panggilan tu," potong Tengku Ellis.
Tengku Ervan memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu sebelum mengeluh lembut. Hampir beberapa minit kedua-duanya diam akhirnya Tengku Ervan memulakan bicaranya.
"Ellis, memang dalam perjanjian kita tak ada perkataan kahwin sebab kahwin adalah satu ikatan suci. Aku tak nak cemarkan ibadah ini kerana satu perjanjian bodoh yang kita buat. Kahwin bukan sekadar janji aku pada kau tapi janji aku pada Allah untuk mencintai kau seumur hidup aku. Jaga kau macam nyawa aku. Aku tak nak kau tengok aku sebagai Ulric sepuluh tahun yang lepas. Aku dah berubah. Bukan Ulric yang pengecut dan takut untuk mempertahankan kau di hadapan orang lain. Aku nak jaga kau. Aku mencintai kau kerana Allah Ellis. Boleh ya sayang bagi aku peluang untuk tebus silap aku pada kau sepuluh tahun yang lepas," kata Tengku Ervan dengan suara yang lembut.
Air mata Tengku Ellis merembes ke pipi. Setiap kali lelaki itu berbicara tentang hal sepuluh tahun yang lepas hatinya seperti ditikam. Sakit. Luka itu terlalu dalam sehingga dia sendiri tidak dapat untuk mengubati sendiri biarpun sudah sepuluh tahun lamanya. Adakah satu kesalahan dia kerana telah terlibat dengan lelaki itu pada masa lalu?
"Will you marry me Ellis?" Lamar Tengku Ervan dengan suara yang romantis. Lelaki itu melutut di hadapan Tengku Ellis. Mengharap yang gadis itu berlembut hati dengannya walaupun dia tahu dia akan gagal memiliki gadis itu.
"Tch.." Tengku Ellis berdecit.
"Kau menawarkan sengsara pada aku?" Mata Tengku Ervan terbuka luas apabila gadis itu bertanya begitu. Tangkai hatinya seperti dicarik.
"Kau nak aku kahwin dengan pembunuh Ulric? Aku boleh terima kau curang dengan adik aku, Ellie. Kau tidur dengan adik aku hari itu. Tunang aku curang dengan adik aku sendiri. Kau faham tak rasa dikhianati. And the worst part is adik aku pilih kau berbanding aku, kakak kandung dia sendiri. Aku tunggu kau nak ungkap sendiri kebenaran depan aku tapi aku silap. Hanya kejujuran kau yang mahu pada waktu itu Ulric. Tapi kau lebih memilih untuk diam. Dan hal yang paling mengecewakan aku adalah kau bunuh mummy dengan daddy aku Ulric! Kau boleh teruskan hubungan kau dengan Ellie tapi aku tak boleh terima kau ambil nyawa orang yang aku sayang dalam sekelip mata Ulric. Aku nak bergantung dengan siapa lagi selain mummy dengan daddy aku. Kau adalah lelaki paling kejam yang aku pernah jumpa. Aku tak minta dilahirkan dalam keluarga ini tapi takdir berkehendak lain. Kau syaitan bertopengkan manusia Ulric." Rasa sesak di dada dilepaskan. Air matanya tidak berhenti mengalir. Semakin deras apabila dia mengingati peristiwa hitam itu.
"Bukan aku yang bunuh mummy dengan daddy. Kenapa susah sangat kau nak percaya aku Ellis?"
"Aku susah nak percaya orang yang pernah khianat aku. Jangan salahkan aku kalau aku bersikap kasar pada kau. Sekali kau tikam aku, aku takkan pernah percaya pada kau untuk kali kedua. Aku tak nak simpan racun dalam hidup aku lagi."
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...