Bab 38

4 1 0
                                    

"Jom dating," katanya. Matanya tidak lepas daripada wajah cantik isterinya itu.

Tengku Ellis menjongketkan keningnya. Kenapa suaminya tiba-tiba mengajak keluar berdua pula?

"Nak pergi mana?" soalnya.

"Library."

"Bosanlah abang. Tak ada ke tempat lebih baik dari tempat tu?"

"We start from library dimples. I have a suprise for you," ujarnya. Ada nada teruja di situ.

"Suprise? What kind of suprise abang?"

"Mana boleh bagitau. Kalau bagitau bukan surprise namanya."

"Yelah. Ellis bawa kereta boleh?"

"No!" jawabnya pantas. Dia masih ingat bagaimana tangan kecil itu memegang stereng kereta tempoh hari. Seram! Tempah maut namanya.

"Alaaaa... baru nak test power." Muncung sudah sedepa apabila permintaannya ditolak.

"Jangan nak mucung sangat. Abang kata tak boleh maksudnya tak boleh. Kalau keluar dengan abang tugas sayang hanya duduk sebelah abang."

"Alaaaa..."

"Dimples..." Mata dijengkilkan. Tengku Ellis pasrah.

"Ye lah. Ellis duduk sebelah abang je," katanya mengalah. Kepala isterinya digosok lembut. Comel.

Hampir dua jam duduk di sebelah suaminya itu Tengku Ellis cuba menyabarkan hatinya untuk bertanya library mana yang suaminya sebutkan tadi. Tapi... kenapa berhenti di stesen kereta api?

Otak Tengku Ellis tak habis fikir. Dia masih cuba diam dan membiarkan suaminya terus menarik tangannya keluar daripada kereta mewahnya itu.

Mulut Tengku Ellis sedikit melopong apabila melihat kenderaan besi itu. Bukan sebab dia tak pernah nampak kereta api tapi kereta api ni lain sikit.

Dinding kereta api yang mewah itu menarik perhatian Tengku Ellis dan yang paling buat dirinya jatuh cinta adalah kereta api itu dipenuhi dengan buku-buku. Terdapat rak yang mewah dan dipenuhi dengan buku. Dari hujung ruangan ke ruangan yang lain.

Senyuman manis terukir di bibirnya. Melihat wajah bahagia isterinya itu buat hati Tengku Ervan lega. Akhirnya kejutan yang dia siapkan selama ini tercapai jua.

"Abang...." Panggil Tengku Ellis teruja. Tengku Ervan angguk.

"Ni yang macam Ellis pernah cakap dekat abang dulu. Abang masih ingat?"

"Mestilah sayang. Semua tentang sayang abang ingat." Kekura isterinya dicium lembut. Air mata bahagia mula bertakung di tubir mata. Teruja!

Jari kasar Tengku Ervan mengelap air mata isterinya itu.

"Abang tak suruh sayang menangis. Abang tak nak air mata sayang jatuh sebab abang."

"Ellis bahagia abang. Terima kasih abang." Tubuh sasa itu dipeluk erat. Tengku Ervan hanya tersenyum manis.

"Jom naik," ajaknya. Tengku Ellis hanya berjalan beriringan dengan suaminya. Tangan mereka bertaut erat seperti tidak mahu lepas.

Masuk saja ke dalam kereta api itu. Mata Tengku Ellis menerokai setiap pelosok di situ. Tiada manusia melainkan mereka berdua saja di situ. Badan dipusingkan ingin bertanya.

"Abang, mana orang lain?" Tengku Ervan hanya mengangkat kedua-dua bahunya.

"Abang cakap betul-betul lah." Desak Tengku Ellis.

"I buy this train for you." Terkejut kuasa dua. Biar betul suaminya ini?

"Seriously abang?" Tengku Ellis masih tidak percaya dengan suaminya.

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now