Bab 22

10 1 0
                                    

Raja Arian memandang Tengku Ellis. Menanti gadis itu bicara.

"Kau tak percayakan aku ke Ellis?"

"Bu-kan. Aku percayakan kau cuma buat masa sekarang aku tak nak burukkan lagi keadaan. Kau tahu Rian sebab aku lari sepuluh tahun yang lepas. Jadi, aku cuma nak tenangkan fikiran aku dulu sebelum aku bertindak lebih jauh lepas ni," kata Tengku Ellis perlahan.

"Kalau itu kata kau aku boleh buat apa. Kau tahu mana nak cari aku nanti. Aku ada untuk kau okay?"

"Thank you tau." Tengku Ellis sangat bertuah kerana memiliki kawan seperti Raja Arian. Selalu ada jatuh bangun dirinya.

Raja Elvina hanya memandang kedua-dua mereka. Rasa ingin tahu tentang gadis di hadapannya ini menguasai dirinya. Kes sepuluh tahun yang lepas?

Adakah artikel yang dia baca beberapa tahun lalu benar? Jadi... gadis di hadapannya ini adalah mangsa daripada kes sepuluh tahun yang lepas. Satu dunia tahu hal itu. Sungguh malang gadis ini namun apakan daya gadis itu lebih tahu apa yang terjadi dulu.

Beberapa hari yang lalu mereka dikejutkan pula dengan kepulangan gadis ini ke rumah agam The Tengku's dan majlis perkahwinan dia dan sepupunya itu.

Keluarga darah biru itu selalu menarik perhatian media kerana mereka sangat dihormati dan perniagaan mereka yang sudah tembus ke pasaran luar negeri. Mereka memiliki beberapa aset di dalam dan luar negara. Senang cakap yang harta mereka tak habis pun kalau mereka shopping sepanjang tujuh keturunan.

Tanpa sedar, Raja Arian dan Tengku Ellis memandang Raja Elvina yang masih dengan dunianya sendiri itu.

"Sayang..." panggil Raja Arian lembut.

"Yang..."

"Raja Elvina Raja Haq." Apabila nama penuhnya disebut dia memandang Raja Arian yang sudah memanah anak matanya itu.

"Ya?"

"You kenapa termenung?" tanyanya.

"Tak ada apalah. I tak tahu nak cakap apa." Jujur Raja Elvina.

"Maaf. I terlalu rancak berborak dengan Ellis."

"It's okay sayang. I faham. You kan dah lama tak jumpa El," balasnya lembut. Wajah Tengku Ellis dipandang lama. Senyum segaris dihadiahkan.

Tengku Ellis memandang jam tangan di tangan kirinya.

"Aku nak balik dulu Rian, Vin. Aku nak bercinta dengan katil aku," kata Tengku Ellis.

"Tidur je lah kerja kau." Mata digulingkan ke atas. Raja Arian malas melayan  Tengku Ellis kerana gadis itu lebih memilih untuk meluangkan masanya di atas katil empuknya itu berbanding lepak dengan dirinya.

"Biarlah," kata Tengku Ellis tak nak kalah.

"Aku tak ada kawan yang tidur je kerjanya."

"Siapa kesah?"

"Dah lah kau."

"Macam perempuan pula dia ni," kutuk Tengku Ellis.

"Sayang..." Raja Arian memandang Raja Elvina. Meminta talian hayat.

"I tak nak masuk campur," kata Raja Elvina. Kekasihnya manja tak bertempat. Malu tahu tak?!

"Padan muka!"

"Semua orang tak sayang aku dah." Drama!

"Aku balik dulu lah. Malas nak layan drama king dia ni."

"Bye El." Raja Elvina melambaikan tangannya ke arah Tengku Ellis. Manakala Raja Arian perlahan-lahan mengangkat tangannya ke udara. Senyum manis tak lekang dari bibirnya apabila Tengku Ellis sudah hilang daripada pandangan.

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now