Bab 16

7 0 0
                                    

Tengku Ervan naik ke biliknya. Masuk saja ke dalam bilik dia melepaskan tuxedonya hingga menampakkan dada bidangnya dan hanya meninggalkan seluar panjang miliknya.

Pintu gelongsor dibuka lalu tangan diletakkan di atas palang besi. Mata memerhati bulan dengan rasa kosong. Angin malam yang bertiup membuatkan dia sedikit tenang. Mata masih memandang ke arah bulan penuh itu.

Cahaya bulan yang terang itu dipandang lama. Seperti satu penawar bagi Tengku Ervan apabila menatap sang bulan yang bersinar itu. Dia sebagai seorang lelaki buat pertama kalinya menjatuhkan air matanya untuk gadis yang sangat dia cintai. Beban di dada yang ditahan dari tadi sekali lagi membuatkan dia menangis.

Lagi dan lagi lelaki merembeskan cecair jernih itu. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya tapi kalau tidak seperti yang dia mahukan nanti bagaimana pula?

'Tengku Ellis Ulyaraa. Kenapa susah sangat kau nak percaya aku?' rintih Tengku Ervan.

Badan dipeluk sendiri. Meninggalkan gadis itu selama tiga minggu? Dia akan beri kebebasan kepada gadis itu dan dia akan memulakan rancangan untuk memikat hati gadis itu buat kali kedua. Tak kisahlah berapa kali gadis itu mahu menolaknya dia akan tetap punya 101 cara untuk buat gadis itu jatuh cinta lagi dan lagi sehingga nanti gadis kecilnya itu tidak melihat lelaki lain selain dirinya.

Dia masuk ke dalam bilik lalu pintu gelongsor ditutup dan langsir ditarik. Kaki melangkah ke arah rak buku.

Buku di rak di hujung bilik diambil untuk menghilangkan rasa gusar di hati. Buku adalah hal pertama yang dia cari untuk menghilangkan tekanan. Helaian pertama dibelek sehingga dia tidak sedar buku yang dibacanya itu sudah hampir ke bab terakhir dan buku tadi diletakkan semula di rak tadi. Sekurang-kurangnya beban tadi sudah berkurangan. Waktu untuknya menyelusuri alam mimpi sebelum hari esok dia bermula tanpa gadis kecilnya.

Esok dia akan pastikan wajahnya tidak akan muncul di depan gadis kecilnya itu. Tengku Ervan Ulric sudah nekad.

Manakala di bilik tingkat dua, Tengku Ellis mengambil handphonenya lalu memasang lagu kegemarannya.

Mujeriego.

Badan digoyangkan ke kanan dan ke kiri menikmati setiap irama muzik itu. Bibirnya turut mengikut lirik lagu tersebut.

Dress tadi sudah diletakkan di dalam bakul dan dia hanya mengenakan singlet ungu dan seluar pendek. Rambut dilepaskan. Wajah dipandang di dalam cermin. Cantik. Pujinya.

Badan direbahkan di atas sofa di ruang biliknya itu. Entah apa yang dia fikirkan sekarang sebab dia mahu melepaskan rasa yang di tahan dari tadi. Bahagia yang tidak dapat dia ungkap dengan kata-kata.

Telefon dicapai lalu lagu dimatikan dan nombor sahabatnya dicari lalu ditekan butang call.

"Assalamualaikum mak singa."

"Waalaikumussalam hamba Allah."

"Nak apa cari aku malam-malam ni?"

"Aku ada berita gembira nak bagitahu kau. Benda paling penting aku nak bagitau." Suara Tengku Ellis ceria menyapa gegendang Arsya.

"Apa dia?" tanya Arsya tidak sabar.

"Ulric tak kacau aku dalam waktu tiga minggu ni," kata Tengku Ellis gembira.

"Kau ingat dia hantu ke nak kacau-kacau kau Ez?!"

"Ni aku aku malas nak bagitau kau. Tak ada rasa nak support aku langsung."

"Alah, aku gurau sikit pun tak boleh."

"Aku punyalah happy nak bagitau berita ni kau main-main pula."

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now