Tengku Ervan melangkah keluar daripada kereta mewahnya. Tidak sampai satu minggu berada di lautan dia sudah memutuskan untuk terbang ke Indonesia. Berada di lautan tidak membuatkan dia boleh lupa dengan wajah cantik milik Tengku Ellis. Dengan terbang ke sini dan menguruskan syarikat di sini selama dua minggu lebih bagus dan akan buat dia lupa seketika dengan gadis kecil itu.
Askara Kenn sudah menunggu dia di pejabat. Dia terus masuk ke pejabat kerana dia akan melakukan kerja di pejabat sebelum pulang ke rumah.
Setiap dokumen disemak dan ditandatangani sebelum fail yang lain disentuh. Bunyi hujung pen bergerak di atas kertas putih itu akhirnya sunyi apabila Tengku Ervan sedar jam sudah menunjukkan jam lima petang.
Kaki menapak ke luar lalu suis lampu ditutup sebelum meninggalkan bilik kerjanya itu. Askara Kenn sudah menunggu di hadapan kereta mewah milik Tengku Ervan.
"Kita pergi makan dulu baru balik," kata Tengku Ervan kepada Askara Kenn. Dia angguk lalu memandu keretanya keluar dari bangunan tinggi itu.
Sampai saja di restoran mereka makan tanpa bersuara. Bunyi dentingan sudu dan garfu berlaga sesama sendiri.
Seorang budak perempuan menarik hujung bajunya. Dia menoleh ke arah wajah comel itu. Iris hijau budak perempuan itu secara tidak langsung membuatkan dia memberikan sebuah senyuman.
Her emerald green eyes. Hera!
Satu batang lolipop disua ke arah Tengku Ervan. Matanya membulat apabila diberikan lolipop.
"Thank you honey but why you give me lolipop?" Tangan mengambil lolipop tersebut lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
"Sebab uncle gastrik nampak macam tengah marah. Jadi, Hera bagi lolipop supaya uncle tak marah lagi," ujar Eileen Hera.
"Not uncle gastrik again honey. It's uncle Ulric. Ul. ric." Tengku Ervan membetulkan sebutan namanya itu. Nasib baik comel!
"Alaa... It's a cute name uncle. Come on uncle. It's just a nickname. Why you don't like it?"
"You just make my name ugly."
"Hera tak cakap pun memang uncle dah tahu."
Bukan Eileen Hera lah kalau mulut tu asyik nak menjawab. Sabarlah Tengku Ervan dengan budak mata hijau ni.
"It's up to you." Tengku Ervan mengalah akhirnya. Perempuan sentiasa betul.
Kerusi di sebelah Tengku Ervan ditarik lalu dia duduk di situ. Eileen Hera menghadiahkan senyuman kepada Askara Kenn. Dia hanya membalas senyuman si comel itu.
"Hello abang kacak," sapanya lalu mata dikenyitkan. Tengku Ervan hanya memandang tingkah si kecil itu hanya menggeleng kepala. Kecil-kecil dah pandai ye.
Askara Kenn menggosok kepala Eileen Hera sebelum kembali menikmati makanan itu. Malas nak kacau tuannya itu dengan anak kecil itu.
"Uncle gastrik kenapa? Ada masalah ke?" tanyanya prihatin. Seperti orang dewasa saja si kecil ini bertanya tentang hal orang dewasa.
"Nampak macam uncle ada masalah ke?" Eileen Hera angguk.
"Mummy cakap kalau tengah marah atau sedih kena makan benda yang sejuk untuk tenangkan diri tapi Hera tak ada duit nak beli aiskrim untuk uncle gastrik. Jadi, Hera bagi lolipop ni untuk uncle gastrik." Mulut Eileen Hera sudah mula berkerja apabila melihat wajah kacak lelaki itu. Banyak cakap!
Bercerita tentang mummy, Hera datang sini dengan siapa?
"Where are your mummy Hera?"
"Mummy dengan daddy tengah dating. Abang Hatta duduk dengan dia orang tapi dia buat tak tahu je. Kalau dah habis dating nanti pandai-pandai lah dia orang cari Hera."
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...