Tengku Ellis meniarap di atas katil empuknya. Selepas mak cik Becca membersihkan luka di bibirnya dan menyapu ubat di kepalanya tadi dia hanya mendiamkan dirinya di dalam bilik.
Dia juga menegah mak cik Becca untuk memberitahu suaminya. Dia mahu suaminya menenangkan diri tanpa mengetahui tentang dirinya.
'Ellis tak buat mummy, daddy. Betul ke Ellis ni pembawa malang pada semua orang. Ellis penat. Penat sangat mummy. Kalau Ellis nak ikut mummy dengan daddy boleh? Jika dengan mengambil nyawa Ellis dapat puaskan hati semua orang, Ellis rela. Ellis tak dapat tunaikan janji Ellis dengan mummy dengan daddy.' rintihnya.
Muka disembam dibantal. Bunyi esakannya semakin kuat apabila mengenangkan nasib dirinya. Mungkin dia antara orang yang paling malang di dunia ini kerana hidupnya tidak seindah orang lain. Lemah? Bilang saja separuh jiwanya sudah lama mati. Entah berapa kali dia harus rasa perasaan ini. Orang bilang dia adalah penyebab mummy dengan daddy pergi dari dunia ini. Entahlah takdir mungkin tidak memihak padanya.
Tengku Ellis sudah pasrah. Kehilangan bonda juga asbab dia hilang semangat mahu berjuang. Apa salah dirinya? Dia menjerit sekuat hati. Mujur bilik mereka sound proof kalau tidak pasti mereka kata yang dia ini gila.
Dia lemah jika melibatkan soal hati. Rapuh. Ini adalah Tengku Ellis yang sebenar di sebalik Damia Maeza. Dunia mungkin boleh melihat dia ketawa tapi tiada siapa yang tahu di sebalik tawa itu. Setiap rasa sakit yang mencengkam hatinya menyimpan seribu luka. Belum sempat dia mahu menyembuhkan luka mereka sudah menusuk kembali menggunakan pisau.
Dadanya sesak akibat terlalu lama menangis. Hingus dilap perlahan. Bilik mandi dituju untuk mencuci wajahnya yang sudah sembab. Lebih baik dia tidur daripada terus meratapi kisah hidupnya itu. Entah apa lagi bala yang bakal dia dapat esok. Dia lupa yang rumah agam ini ibarat penjara. Penjara dunia buatan mereka. Mungkin juga bukan penjara tapi neraka.
Hampir tiga jam dia memerap di dalam bilik Tengku Ellis memutuskan untuk keluar dari rumah. Niatnya mahu tidur tadi dilupakan. Lebih baik dia menghilangkan diri untuk cari kebenaran di sebalik kematian bondanya itu. Mungkin suaminya itu melakukan hal yang sama. Dia tidak mahu dituduh membunuh ibu mertuanya itu. Dia penat. Mungkin dalang ada dalam kalangan mereka mungkin juga bukan.
Hati manusia kita tidak boleh nak agak. Rambut sama hitam tapi hati... Mungkin dia terlalu bodoh untuk percaya dengan apa yang dia nampak dan mungkin juga dia terlalu leka dalam menilai orang selama ini.
Dia perlahan-lahan keluar dari rumah agam ketika semua sedang sibuk dengan urusan masing-masing. Dia memandang tajam setiap penjuru rumah itu. Ruang tamu kosong. Garaj pun sama. Kawasan depan rumah agam turut kosong. Line clear.
Dia tidak mahu memandu kereta mewahnya kerana takut suaminya tahu keberadaan dirinya kelak. Telefon dan juga kad kredit turut ditinggalkan. Dia hanya membawa wang tunai. Pandai-pandai lah dia nak hidup selepas ini. Dia nak bawa dirinya untuk waktu yang lama. Mungkin setelah dia tahu siapa dalang yang bunuh bondanya sekaligus menarik pembunuh mummy dengan daddynya ke pengadilan nanti. Itu janjinya.
Dia memesan grab car sementelah semua orang tidak mengesyaki kepergiannya itu. Sepanjang perjalanan dia menangis seperti hujan yang menyimbah ke bumi.
Yang dia tahu dia mahu tinggalkan rumah agam itu. Dia sudah muak dengan segala tuduhan.
'Maafkan Ellis abang sebab keluar tanpa izin abang. Doakan Ellis abang supaya Ellis dapat cari siapa dalang di sebalik semua ni.'
Kereta itu terus membelah jalan. Tengku Ellis memandang ke arah belakang. Rumah agam yang tersergam indah itu perlahan-lahan hilang dari pandangan matanya.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...