Bab 12

11 0 0
                                    

Jam menunjukkan jam lapan pagi. Tengku Ellis membetulkan bajunya. Seluar pallazo berwarna khaki dikenakan sedondon dengan baju warna broken white. Rambut diikat tinggi manakala mukanya hanya dimake up nipis. Sekadar cukup syarat untuk keluar.

Telefon berdering. Bibir dioles dengan lip gloss sebelum meletakkan telefon di telinganya.

"Kejap aku turun." Mata masih memandang tepat ke arah cermin sebelum keluar dari bilik. Avarel Kai yang mahu melangkah memandang Tengku Ellis tergesa-gesa mahu pergi itu membatalkan niatnya untuk menegur gadis itu.

Sampai di rak kasut Tengku Ellis memilih high heels Christian Louboutin yang berwarna hitam dikenakan di kaki kecilnya.

Kereta jenama Koenigsegg gemera berwarna hitam itu telah terparkir elok di garaj. Menunggu Tengku Ellis yang masih memakai high heelsnya. Tengku Ellis terus masuk ke dalam kereta lelaki itu.

"Sorry lambat sikit."

"Sebab ni aku malas ajak perempuan keluar. Bersiap sampai besok belum tentu siap."

Gregory terus pergi dari garaj rumah agam itu. Sepasang mata hitam tajam memandang kereta mewah itu pergi dari situ. Tangan memeluk dada.

Dari tingkat atas...

Grey, Grey, Grey. Taka ada lelaki lain ke hah?!

Tengku Ervan yang berdiri dengan hanya mengenakan seluar panjang itu memandang ke garaj bawah itu tak dapat membendung rasa cemburu yang menguasai dirinya. Lagi-lagi lelaki itu. Merosakkan mood dia saja. Lebih baik berehat. Badan dibaringkan di atas katil empuk itu seraya mata ditutup untuk menenangkan hatinya.

Manakala di dalam kereta, Greygory susah melirik Tengku Ellis pelik.

"Kau kenapa?" soalnya.

"Aku? Kenapa apa?"

"Kau lain macam je aku tengok dari tadi."

"Mana ada." Bohong Tengku Ellis. Dadanya macam mahu meletup sekarang ini.

"Kau tipu aku Yara."

"Nampak macam aku seorang penipu ke? Tak kan?"

"Kau tak pandai menipu Yara."

"Diamlah kau."

"Kau nervous kan?"

"Sikit."

"Buat apa nak nervous, aku kan ada. Kau kena pujuk mak aku je. Then, kita blah."

"Kau ni nak jadi anak derhaka ke? Nak kena sumpah jadi pokok pisang?"

"Apahal pokok pisang pula?"

"Entah. Aku sebut apa je yang ada dekat otak aku. Dah pokok pisang yang terlintas dekat otak aku," terang Tengku Ellis.

"Suka hati kaulah Yara."

"Kita nak breakfast dekat mana?"

"Awal lagi ni."

"Kau jangan main-main dengan aku Grey. Aku dah bangun awal hari ni gara-gara kau."

"Sebelum jumpa mak aku. Aku nak ajak kau jumpa 'dia'." Tengku Ellis sudah faham apabila lelaki itu berkata begitu. Sepanjang dia berada di situ dia belum ada kesempatan untuk menziarahi kubur sahabatnya itu.

Sampai saja di hadapan kawasan perkuburan itu, mereka turun dari kereta mewah itu. Selendang hitam diberikan kepada Tengku Ellis lalu gadis itu mengambil seraya menyarungkan di kepalanya.

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now