Maeza yang sedang membaca buku yang baru dibelinya tadi rasa janggal apabila ada mata yang memerhati dia sedari tadi. Dia tidak selesa! Maeza yang duduk di atas bangku di cafe itu merasakan ada mata yang sedang memerhatikan dia dari jauh. Badan dipusingkan ke kanan dan ke kiri namun tiada pula orang yang melihatnya. Mungkin perasaan dia saja.
Muka surat seterusnya dibelek. Buku itu seperti kisah hidup sahabatnya. Gadis yang trauma dengan kisah silamnya dan misi untuk menyelamatkan abangnya. Kalau kisah hidupnya ditulis adakah akan berakhir dengan bahagia? Nafas dihembus. Dunia ini sebenarnya tidak menyakitkan namun manusia yang hadir dalam hidupnya. Luka itu masih berdarah. Mahu saja dia meraung sekarang.
Di sisi lain, Tengku Ervan membetulkan topinya lalu menyisip minumannya. Dia memerhatikan gadis itu dari tadi. Nampak comel! Wajah gadis itu dipandang dari jauh. Dia suka melihat wajah gadis itu ketika sedang leka membaca buku. Polos!
Lelaki itu sudah nekad! Semua tentang gadis itu dia perlu tahu. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu lagi. Sepuluh tahun bukan waktu yang singkat. Hati dia meronta-ronta mahu mendekati gadis itu namun dia tidak mahu memburukkan keadaan. Cukup gadis itu menerima kelima-lima syaratnya.
Dia datang ke sini kerana mendapat satu mesej dari si cilik Hera. Dia sudah berjanji mahu menolong dirinya untuk mendapatkan hati teyzenya itu. Si comel itu betul-betul menepati janjinya. Bibir tersenyum lebar apabila mengingati si comel itu.
Mata memandang semula ke arah gadis itu. Gadis itu masih membaca buku. Telefon dikeluarkan untuk menangkap momen itu. Wajah yang bersih itu dilihat melalui camera handphone. Wajah tidak bersalah itu memukul segenap hatinya. Dia yang telah berkorban untuk orang lain.
Kek perisa blueberry itu disuapkan ke dalam mulut. Mata dipejamkan menikmatinya rasa kek itu. Sudah lama rasanya tidak menikmati kek sambil membaca buku di cafe. Maeza sudah berada di cafe ini sejak beberapa jam yang lalu. Cafe ini adalah cafe kagemarannya kerana ia berkonsepkan ketenangan dan ulat buku sepertinya.
Jam menunjukkan angka empat petang. Waktu untuk pulang. Mungkin ini adalah hari terakhir dia berada di cafe garuda ini kerana esok adalah hari yang penting untuk dirinya. Dia bakal pulang. Skarf dibetulkan di atas kepalanya. Baju t-shirt putih yang dikenakan dengan skirt menambahkan keayuan Maeza sebagai seorang gadis. Tangan diangkat untuk membayar bil. Pelayan perempuan yang datang menghampiri mejanya itu memberikan senyuman kepada Maeza.
"Bill nona sudah dibayar," kata pelayan itu. Mata Maeza membulat apabila pelayan itu berkata begitu.
"Tapi, saya belum bayar. Kok bisa?"
"Ada orang yang baik hati yang tolong bayarkan untuk nona."
"Siapa?"
"Tuan itu sudah pergi."
Tuan? Jangan cakap tuan yang dimaksudkan pelayan ini adalah Tengku Ervan?!! Dia ikut aku ke? Desis hati Maeza.
"Terima kasih," ucap Maeza lalu pelayan itu pergi dari situ. Beg tangan dicapai seraya Maeza pergi dari situ.
Keluar saja daripada cafe itu. Wajah kacak milik Tengku Ervan sedang menyandarkan badannya di kereta hitamnya itu. Tangan memeluk badannya sendiri. Maeza sudah mengeluh.
"Hye love bug," sapanya.
"Kau ikut aku ke?"
"Nak jawapan jujur ke tipu?" Tengku Ervan bermain tarik tali.
"Jawab je lah." Marah Maeza.
"Ya, aku ikut kau."
"Aku tak lari pun. Yang kau nak ikut aku kenapa hah?!"
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...