Tanah perkuburan itu masih merah. Seperti semalam, luka itu masih berdarah. Luka yang sudah lama disimpan mungkin juga masih dibaluti oleh sehelai kain putih yang disimbahi darah merah. Air mata mula bergenang di kelopak matanya. Maeza membetulkan kaca mata hitamnya.
Dia menghamburkan rasa sakit malam itu. Dia masih rindukan syurganya. Mereka kejam. Apa salah mereka sehingga ada pihak yang sanggup mengambil nyawa mereka ketika dia masih di usia remaja. Dia hilang tempat bergantung. Dia hilang tempat mengadu.
"Mummy, Ellis rindu mummy. Ellis dah keluar dari rumah agam itu mummy. Ellis bukan anak yang baik dan Ellis juga bukan kakak yang baik untuk adik-adik Ellis. Mummy dia datang cari Ellis lagi. Ellis hampir lupa peristiwa sepuluh tahun yang lepas mummy. Ellis tak pernah lupa wajah yang kejam itu."
Tangisan dia pecah lagi. Dada dipegang. Sakit. Setelah sekian lama dia tidak menjenguk kubur arwah mummy dengan daddynya hari ini dia datang lagi. Bukan tidak mahu datang namun dia sakit dengan kisah silamnya. Sebelum dia menjejakkan kakinya di rumah agam itu kembali sekurang-kurangnya dia memberitahu arwah mummy dengan daddynya terlebih dahulu.
Hampir sejam dia berada di kawasan perkuburan itu dia memutuskan untuk balik semula ke rumah itu. Dia memilih untuk pergi ke rumah itu kembali secara asing dengan lelaki itu kerana dia tidak mahu menghirup satu udara dengan lelaki itu. Rimas!
"Ellis pergi dulu ya mummy, daddy. Nanti Ellis jenguk lagi. Ellis kena selesaikan apa yang sepatutnya Ellis selesaikan dari dulu lagi. Ellis tak nak lari dari kenyataan lagi," pamit Maeza lalu mencium kedua-dua batu nisan itu. Selendang hitam itu dibetulkan sebelum dia melangkah dari situ.
Kereta mewah yang berwarna ungu itu dibuka perlahan. Kaca mata hitam yang terletak elok di batang hidungnya itu ditolak ke atas seraya enjin dihidupkan lalu pedal minyak ditekan.
Wajah tenang Maeza itu membawa seribu dendam yang dalam dan dendam yang sudah lama dia simpan. Masuk saja ke bahagian pintu pagar itu dia menurunkan cermin keretanya.
Pengawal keselamatan yang melihat gadis itu sedikit ternganga. Seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Sudah lama gadis itu pergi dari rumah agam ini dan hari ini wajah gadis itu masih sama seperti dulu namun sedikit matang dari sepuluh tahun yang lepas.
"Selamat kembali Tengku Ellis," ucap lelaki itu.
"Terima kasih Pak cik Borhan," balas Maeza.
Kereta tadi terus diparkirkan di garaj di hujung sana. Keadaan rumah ini masih sama. Tiada banyak perubahan. Kaki terus melangkah ke arah bahagian pintu utama rumah itu. Terdapat beberapa pembantu rumah yang sedia menyambut kedatangan dia di hadapan pintu itu. Mereka membongkokkan sedikit badan mereka tanda hormat.
"Selamat kembali Tengku Ellis," kata mereka serentak. Senyum senget Maeza hadiahkan buat mereka.
"Mari saya tunjukkan bilik Tengku." Maeza hanya angguk lalu mengikuti langkah wanita separuh umur itu.
Sampai saja di tingkat atas. Ruang bilik yang berwarna ungu lembut itu dipandang. Bilik yang sudah lama dia tinggalkan masih sama seperti dulu. Susunan perabot juga masih terletak elok di tempat asal.
"Tengku rehatlah dulu, nanti saya panggil kalau semua orang sudah siap," ujar wanita itu lagi.
"Baik mak cik Becca." Mak cik Becca itu terus keluar apabila mendengar balasan daripada Maeza.
Maeza merebahkan badannya di atas katil empuknya itu. Semua serba ungu. Pasti ini arahan daripada Tengku Ervan kerana dia yang paling mengenali dirinya di dalam rumah ini.
Manakala Tengku Ervan masih dalam perjalanan pulang kerana ada beberapa hal yang perlu dia selesaikan sebelum pulang ke rumah agamnya itu.
Dalam rumah agam itu ayahnya Tengku Ehan Ulfa, arwah Tengku Elesh Ulhaq dan Tengku Elvis Uzzam telah berjanji mahu tinggal di dalam rumah agam itu bersama-sama kerana tidak mahu mereka berpisah walaupun mereka sudah beristeri. Namun, Tengku Ervan sedikit kecewa apabila berlakunya peristiwa hitam di dalam rumah agam ini kerana perebutan harta antara isteri-isteri mereka iaitu mak cik saudaranya.
YOU ARE READING
SCARS | ON GOING
Mystery / Thriller2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mem...