Bab 14

9 0 0
                                    

Majlis malam ini sebenarnya sangat penting bagi Tengku Ervan. Dia bakal mengumumkan sesuatu yang akan mengubah semua keadaan yang telah dia rosakkan. Tuxedo kelabu yang terletak elok di tubuh tegapnya itu dibetulkan. Gaya rambutnya juga lain, tidak seperti biasanya. Bulu halus di wajahnya sudah dicukur namun tidak sepenuhnya tapi nampak lebih kemas dan rapi. Mata hitam pekatnya itu memandang cermin lagi sebelum dia keluar dari biliknya.

Avarel Kai sedang menunggu di luar bilik menundukkan badannya ke arah tuannya.

"Kai, kau dah siapkan apa yang aku suruh?" soal Tengku Ervan.

"Dah Tuan. Semua orang dah ada dekat bawah," jawab Avarel Kai.

Tengku Ervan terus turun ke tingkat bawah untuk menemui orang-orang. Dresscode malam itu adalah warna kelabu. Tetamu yang datang dengan pelbagai jenis baju gaun cantik dan alegent manakala lelaki pula kacak dengan kot berwarna kelabu di tubuh mereka.

Semua mata terpukau memandang Tengku Ervan. Tengku Eshar dan Tengku Edric tidak kalah juga. Ketiga-tiga lelaki itu mempunyai aura yang tersendiri. Namun, paling menyerlah adalah Tengku Ervan. Banyak mata gadis melirik ke arahnya.

Majlis ini akan memperkenalkan kembali Tengku Ellis kepada orang ramai dan media tentang kehilangannya sepuluh tahun yang lepas.

Banner yang tertulis "The missing princess is back" itu dipandang.

'My princess' desis hati Tengku Ervan.

Sementara menunggu kehadiran gadis itu, para tetamu sibuk menikmati pelbagai makanan dan ada yang sibuk membincangkan hal perniagaan walaupun ini merupakan acara yang biasa bukan seperti acara untuk sebuah syarikat.

Tengku Ellie cantik dalam gaun satin kelabu dan rambut disanggul tinggi. Kaki panjangnya melangkah ke arah Tengku Ervan lalu menyapa lelaki itu.

"Hai Ulric," sapanya mesra.

"Yes Ellie."

"You look handsome tonight. No wonder why girls fell for you," puji gadis itu.

Tengku Ervan hanya tersenyum miring apabila dipuji begitu. Alangkah bagusnya yang memujinya sekarang itu adalah Tengku Ellis. Lain yang dia mahu lain yang datang.

Waiter dan waitress membawa dulang yang dipenuhi dengan water goblets. Seorang waiter menyuakan welcoming drink kepada Tengku Ervan. Dia mengambil water goblet tersebut lalu air tersebut diteguk untuk menghilangkan rasa gemuruh di dada.

Bahu dicuit dari belakang. Tengku Ervan memalingkan wajahnya lalu wajah cantik Tengku Esmeralda menyapa mata.

"Kau nampak lain malam ni."

"Lain yang macam mana?" soal Tengku Ervan.

"Nampak lainlah."

"Apa yang lain nya?"

"Nampak kacak dan matang. Nak tackle Ellis ke?"

"Aku nak mengurat Ellis? Dia yang terpikat dulu dekat aku," jawab Tengku Ervan yakin.

"Yakinnya kamu."

"Ni Tengku Ervan Ulric lah." Tawa kecil meletus dari bibirnya.

"Kau tak nak bagitau aku ke apa kejutan yang kau nak bagitau malam ni?"

"Dah nama suprise, mana boleh bagitau. Nanti tak ada feel lah. Kau tengok je lah nanti. Kau record eh nanti."

"Kau nak buat apa Ulric? Kata sepupu," Tengku Esmeralda masih cuba memujuk Tengku Ervan.

SCARS | ON GOING Where stories live. Discover now