"Lambat korang balik?" Soal Aqeel sebaik sahaja kakak dan abang iparnya pulang ke rumah. Baru pukul 6 petang pun lambat ke? Bukan balik pukul 2 pagi pun.
"Biasalah. Orang dating mana ada kejap-kejap" sindir Hazeem. Mentang-mentang adik iparnya itu single, sengaja mahu bakar.
"Ah kau memanjang dating. Kejap lagi menyambung dating dalam bilik pula" cebik si Aqeel kemudian tv dihidupkan dan dia mencapai alat kawalan jauh. Baik tengok movie dekat Netflix!
"Nak dating dekat ruang tamu ni pun boleh Qeel. Tapi kesian dekat kau pula terseksa tengok kitorang manis-manis dekat sini" Meledak tawa Hazeem apabila adik iparnya buat muka menyampah. Terjuih-juih mulut murai Aqeel mengejek semula apa yang dikatakan oleh abang iparnya tadi.
"Kau dah makan belum Qeel?" Sampuk Auni. Kalau dibiarkan dua orang ni bersembang entah apa-apa, mahu melarat hingga ke malam.
"Makan tengahari tadi jelah." Jawab Aqeel malas.
"Tak apa lah. Malam ni kita makan luar je. Lepas maghrib karang kita keluar" bersorak gembira si Aqeel. Memang itu yang dia mahu dengar. Tak sia-sia dia menahan lapar dari tengahari tadi.
"Aku nak chicken chop!"
Malam itu, hampir jam 10 malam mereka pulang dari makan. Gara-gara Aqeel yang teringin mahu makan chicken chop, diikutkan sajalah rentak dia. Tak ikut karang tantrum, bak kata Akif.
"Eh kak aku lupa. Tadi ada 3 parcel nama kau. Aku letak dalam bilik library tu" Pesan Aqeel sebelum dia menghilang ke dalam biliknya. Perut dah kenyang, memang mengantuk lah jadinya. Sempat Auni berpesan menyuruh adiknya solat isyak dahulu sebelum tidur.
Hazeem mengikut langkah Auni ke bilik kerjanya. Seperti yang dikatakan, ada 3 parcel berada di atas meja kerja Hazeem.
"Sayang beli barang apa ni?" Auni jongket kedua-dua bahu tanda tidak tahu. Tak ada pula dia memesan apa-apa barang. Bila tengok nama penghantar, semua dari kedai. Cuma ada dari satu nama kedai itu, membuatkan Auni terkejut.
Parcel pertama dikoyakkan plastiknya. Dengan penuh cermat, Auni menarik keluar isi dalamnya yang juga di dalam plastik lutsinar. Dress berjenama Qamraa! Jenama kesukaannya ini hanya seorang sahaja yang tahu. Nuha Farahin!
"Ni mesti kak Farahin bagi! Cantiknya!!" Auni melekapkan dress itu pada tubuh sasa Hazeem. Suaminya hanya geleng kepala. Ini kalau dia pakai, labuh dress pun sudah paras lututnya.
"Apa letak dekat abang pula. Cuba letak dekat awak. Meh sini" Hazeem mengambil dress tadi dari pegangan Auni dan dilekapkan di bahagian hadapan isterinya. Cantik! Kalau pakai terus lagi lah cantik!
"Awak ni bidadari ke? Sebab saya tengok awak cantik sangat. Cantik-cantik ni mesti kiriman syurga kan?" tersenyum sinis Auni mendengar punchline suaminya itu.
"Habis, kalau tak cantik, kiriman J&T ke?" Auni menyoal semula. Ketawa besar Hazeem mendengar soalan isterinya. Kenapa boleh fikir sampai ke situ sekali? Hai lah insan bergelar perempuan ni. Sensitif betul!
"Cantiknya isteri abang. Nanti kalau pergi kenduri kahwin sesiapa, boleh Safiyyah abang ni pakai." Puji si suami sambil mencubit manja pipi isteri. Hari ini Hazeem sendiri menyaksikan yang isterinya memang tidak lekang dengan senyuman. Wajah yang dulu sentiasa riak kosong dan beku, kini mewah dengan senyuman.
"Warna ungu ni rasanya tema warna keluarga kenduri belah kak Farahin. Hah, boleh lah pakai. Nanti kita cari baju melayu untuk abang pula" Hazeem mengangguk laju tanda setuju. Tahun depan abangnya Adam Zafrel dan Nuha Farahin akan melangsungkan pernikahan. Kalau mengikut perancangan, mungkin akan dijalan waktu cuti hari raya cina. Mudah sikit untuk ahli keluarga yang lain rancang percutian mereka.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomantikAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...