BAB 31 [ ENDING ]

5.6K 332 81
                                    

" Maafkan saya sebab saya ceraikan awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya stress sangat tadi. Eunbyeol, I'm sorry. Saya menyesal. Please forgive me. And awak mengandung tau. Baru 7 minggu. Baru sebulan lebih awak mengandung. Tak lama lagi nak masuk 2 bulan. " Chanyeol seperti orang gila kerana dia bercakap dengan orang yang tidak akan mendengarnya. Mungkin?

Pintu wad Eunbyeol dibuka. Kyungsoo memandang muka Chanyeol dengan marah. Tak sangka Chanyeol sanggup menceraikan Eunbyeol semata-semata perempuan yang tak sedar diri. Namun, dia tidak akan membuat apa-apa kepada Chanyeol. Kerana bertumbuk tidak dapat menyelesaikan masalah. Lebih baik dia berdiam diri saja.

" Chanyeol, aku nak jumpa kau. Kat luar. " Arah Kyungsoo lalu keluar dari bilik itu. Sebelum keluar, Chanyeol mengucup dahi Eunbyeol.

" Aku nak tanya kenapa kau buat dia macam tu?! " Kyungsoo mahu saja meninggikan suaranya kepada Chanyeol. Tapi peraturan tetap peraturan. Dilarang membuat bising di hospital.

" Aku. Aku. Tak tahu lah dengan aku. Aku menyesal. " Chanyeol meraup mukanya.

" Baru hari ini kau menyesal? Masa kau dengan Sunhee tu tak? Kau bodoh Chanyeol. Again. Bodoh. Kau tak fikir ke perasaan Eunbyeol? Dia selalu nangis sebab kau. Dia rindu kau. Tapi ini yang dia dapat? Kau memang tak jaga perasaan orang. Walaupun aku lelaki, aku faham. Kalau aku jadi perempuan, dari dulu dah aku minta cerai dari kau. Dia tak nak minta cerai sebab dia cintakan kau Chanyeol. Aku tak faham dengan kau. Pening kepala aku fikir. " Kyungsoo mengurut dahinya. Berdenyut-denyut kepalanya memikirkan Eunbyeol dan juga Chanyeol.

" Kau ceraikan dia? " Soal Kyungsoo kepada Eunbyeol. Chanyeol hanya terdiam sambil menunduk.

" Aku minta maaf Kyungsoo. " Chanyeol tidak dapat dikawal lagi. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan. Dia sangat bodoh. Dia memang suami tak guna. Eh suami? No. But ex husband. Kyungsoo mengeluh. Dalam masa yang sama dia rasa kasihan pada Chanyeol.

" Hmmm. Macam ni lah. Kau balik lah. Aku jaga dia. Kalau dia sedar, aku bagitau kau. Malam ni kau jaga. " Chanyeol mengangguk. Kyungsoo menggosok bahu kanan Chanyeol.

---------------------------

" Appa tak sangka kamu sanggup buat macam ni dekat Eunbyeol. Appa kecewa dengan kamu. " Ujar Tuan Park dengan nada kecewa. Begitu juga dengan Tuan Choi. Mereka tersangatlah kecewa dengan Chanyeol.

" Appa, omma. Jeongmal mianhae. " Chanyeol melutut di hadapan mak dan ayahnya serta mentuanya.

" Chanyeol, appa berterima kasih sebab sudi terima Eunbyeol sebagai isteri kamu. Eunbyeol seorang anak yang tabah. Cuma keburukan dia, dia suka memendam perasaan dari meluahkan dekat orang. Kecuali Minho, abang dia. " Kecut perut Chanyeol mendengar nama Minho. Dia masih belum memberitahu hal yang sebenar.

" Chanyeol nak bagi tahu hal sebenar. Kalau nak marah, bunuh, tampar Chanyeol, Chanyeol tak kisah. Chanyeol memang bersalah. "

" Hal apa? " Soal Puan Park dengan curious. Chanyeol menceritakan perbuatannya kepada orang-orang tua. Luluh hati kedua-dua ibu mendengar cerita Chanyeol. Manakala kedua-dua bapa berlagak tenang.

" Chanyeol minta maaf. Memang salah Chanyeol. " Chanyeol menutup mukanya dengan tapak tangan. Takut melihat wajah orang tuanya. Tiba-tiba Puan Choi mengusap belakang badannya.

" Chanyeol, perkara yang lepas jangan diungkit. Tak baik. Nanti kamu akan lebih stress bila teringatkannya. Pada mulanya, omma nak marah. Tapi omma tak sanggup. Lagipun hal dah berlalu. Tiada guna juga kalau kita nak marah-marah. Biasalah manusia. Semua manusia pernah melakukan kesilapan. " Lembut suara Puan Choi bercakap dengan Chanyeol. Chanyeol berasa lega kerana keluarga Eunbyeol amat memahaminya.

[COMPLETED]My Devil Husband! [ Chanyeol ]Where stories live. Discover now