" Doktor , macam mana keadaan kawan saya? " Doktor Kim mengeluh kecil.
" Kenapa doktor??!! Bagitau saya!! " Sunmi mengoncang badan Doktor Kim.
" Sabar cik. Tumpang tanya , saya nak tanya kawan cik tu dia dah kahwin? " Tanya Doktor Kim sambil memandang ke arah bilik Eunbyeol.
" Ya. Kawan saya dah kahwin 4 bulan yang lepas. " Sunmi memandang ke bawah. Doktor Kim memegang bahu Sunmi.
" Puan Eunbyeol keguguran. Kandungan dia sebenarnya baru memasuki 2 minggu. Kandungannya sangat lemah tambahan pula badannya kurus. Maafkan saya sebab tak dapat selamatkan kandungan kawan awak. Saya tengok badannya merah dan ada kesan calar. Saya perasan juga lengannya ada kesan seterika. " Sunmi hanya berdiam diri. Dia tahu mengenai Chanyeol yang selalu mendera Eunbyeol. Tapi disebaliknya Eunbyeol hanya mendiamkan diri.
" Tidak mengapalah. Puan Eunbyeol akan tinggal di sini seminggu. Tolong bagitahu suami dia ya? Saya minta diri dulu. " Kata Doktor Kim sebelum beredar.
--------------------------------------------------
" Kau fikir kau siapa?!! Dulu kau senang-senang dera aku , tampar aku. " Tengking Eunbyeol.
" Maafkan aku. Aku. Aku. " Chanyeol melutut di hadapan Eunbyeol. Eunbyeol tersenyum sinis. Akhirnya dia menang.
" Kau nak aku maafkan kau? " Tanya Eunbyeol sambil menolak Chanyeol ke dinding. Eumbyeol tergelak kecil mendengar Chanyeol menahan kesakitan.
" Hehehe. Sorry oppa. Hahahaha " Ujar Eunbyeol sambil mengusap kepala Chanyeol dengan lembut.
" Lain kali jangan buat lagi tau? "
" Ya. Tadi Byeol saja sakat oppa. " Eunbyeol mengurut bahu Chanyeol.
" Sedapnya jagiya buat. " Kata Chanyeol sambil menutup mata.
" Ewwww. Mom! Dad! What are you doing?! " Seorang budak tiba-tiba masuk ke dalam bilik mereka. Dia memeluk Eunbyeol dan menolak Chanyeol ke tepi.
" Yah! Park Chaerin! Sampai hati tolak appa kat tepi. " Chanyeol mencebik. Dia jeles sebenarnya sebab sejak menjak ni isteri dia rapat dengan Chaerin. Chaerin membuat tanda 'peace' kepada Chanyeol.
" Omma , appa buat apa kat omma? Omma ada sakit tak? Kalau ada bagitau Rin. Rin risau tengok omma. " Kata Chaerin sambil memeluk pinggang ibunya.
" Takda apa-apalah sayang. Appa takda buat apa-apa. Chaerin kan tahu appa Chaerin ni gatal , manja. " Eunbyeol membaringkan Chaerin di atas ribanya.
" Nak jugak!! " Rayu Chanyeol. Eunbyeol mengeleng. Chanyeol membuat muka comel.
" Ingat comel ke? " Eunbyeol menepuk paha Chaerin perlahan. Chaerin kelihatan mengantuk dan dia tidur di atas pangkuan Eunbyeol.
" Kalau takda saya , takda budak kecik ni tau. " Muka Eunbyeol menjadi merah. Ya , memang betul. Fakta pulak tu.
" Merah muka dia tu. Malu lah tu. " Chanyeol gelak besar. Sampai terjatuh ke bawah katil. Eunbyeol pulak ketawa kecil. Dia tidak mahu anaknya terbangun.
" Padan muka awak. " Eunbyeol mendukung Chaerin dan membawanya di bilik sebelah.
Kring kring kring
Chanyeol terbangun akibat bunyi alarm. Chanyeol teringat akan mimpi tadi.
' Aku ingatlah betul tadi. Ish kau ni! Memang tak ahh! Tapi kan mana dia sekarang ni? " Bisik hati Chanyeol.
" Bangun!! " Kata Chanyeol. Perempuan di sebelahnya masih berada di dalam mimpi. Gamaknya tidur mati lah tu. Ish ish.
" Woi! Bangun lah!! " Chanyeol memukul perempuan itu dengan menggunakan bantal.
YOU ARE READING
[COMPLETED]My Devil Husband! [ Chanyeol ]
RomancePark Chanyeol dan Choi Eunbyeol dijodohkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Anak Encik Park telah membuat perkara yang tidak baik ini boleh merosakkan nama baik syarikat Encik Choi. Kehidupan Eunbyeol berubah selepas berkahwin dengan Chanyeol. Dia s...