BAB 16

5.5K 337 43
                                    

Kelihatan seorang perempuan yang berambut panjang bermain di taman permainan bersama seorang lelaki. Umur mereka dalam lingkungan 14 tahun.

" Eun ~~~ " Panggil sang lelaki dengan suara yang manja.

" Apa? " Tanya perempuan yang dipanggil namanya. Dia berjalan ke arah lelaki itu lalu duduk di tepinya.

" Awak kena janji tau. " Lelaki itu mengeluarkan jari kelingkingnya. Eun atau nama sebenarnya Eunbyeol memandangnya dengan hairan.

" Saya tahu awak tengah blur. Janji satu perkara dengan saya. " Eunbyeol mengangguk kepalanya dan menyambut janjinya. ( Me : Faham tak? )

" Satu hari nanti kan, kalau saya tidak ditakdirkan bersama awak, awak kena janji dengan saya jangan lupakan saya. "Mulut Eunbyeol mencebik. Apa entah budak di sebelahnya merepek tak tentu pasal.

" Awak nak pergi mana? " Lelaki atau namanya Chanyeol melihat ke arah langit. Eunbyeol di sebelahnya juga memandang langit. Tiba-tiba Eunbyeol merasakan ada seseorang sedang memegang tangannya erat.

Chanyeol mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya. Iaitu seutas (?) ( Me : Tak ingat. ) rantai.

" Untuk siapa tu? Untuk omma? " Chanyeol menggeleng kepalanya. Eunbyeol terus sambung menyebut nama-nama. Namun, Chanyeol tetap menggeleng.

" Habistu? Untuk siapa? " Chanyeol tersenyum. Chanyeol menyuruh Eunbyeol memusingkan kepalanya. Eunbyeol hanya menurut perintah ' crush ' nya. Dia merasakan ada sesuatu di lehernya. Dia terkejut kerana itulah rantai yang dipegang oleh Chanyeol. Rantai itu ditulis ' EunChan '.

" Awak. Bagi. Saya. Rantai. Ini? " Chanyeol hanya mengangguk. Eunbyeol mengucup pipi Chanyeol dan terus berlari menyorok di tepi gelongsor kerana malu. Chanyeol tersenyum dan menyentuh pipi yang dicium oleh Eunbyeol.

Mereka meluangkan masa bersama-sama pada hari itu.

Keesokkan harinya, Eunbyeol berasa gembira kerana dia telah menyediakan satu hadiah istimewa untuk Chanbyeol. Dia mengenakan dress berwarna merah jambu dan skaf berwarna merah.

Jantung Eunbyeol berdegup kencang apabila dia berada di hadapan rumah Chanyeol. Dia hendak memanggil nama Chanyeol tapi dia terjumpa satu tulisan ditulis " House For Sell ". Eunbyeol menjatuhkan hadiah Chanyeol dan ia berkecai. Eunbyeol berlari dan kakinya terlanggar batu kecil. Ia menyebabkan kakinya luka. Eunbyeol mengalirkan air mata dan meniup luka pada kakinya kerana pedih. Mata Eunbyeol menjadi kabur dan dia jatuh pengsan di tepi jalan.

----------------

4 tahun kemudian, Eunbyeol dan keluarganya selamat sampai di Korea. 4 tahun yang lalu, mereka sekeluarga telah berpindah ke London. Eunbyeol lah yang menyuruh bapanya berpindah ke London. Bapanya akur akan permintaan anaknya. Siapa tak sayang anak?

" Tak sabar nak berjumpa dengan Yeol. " Eunbyeol tidak berhenti bersenyum. Dia akan jumpa Chanyeol dan sama sekolah bersama dengan Chanyeol. Namun, Chanyeol tidak tahu pun.

" Eun, jom kita balik. Nak makan malam ni. " Kata Mr. Choi. Minho di sebelahnya mencubit lengan Eunbyeol. Eunbyeol terkejut lalu jatuh. Minho dan Sooyoung mengetawakan adik mereka yang jatuh. Ibu bapa mereka hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.

" Appo. Sakit lah. " Eunbyeol mengurut kepalanya akibat dihantuk kerusi di sebelahnya.

" Hahahahahhaa. " Minho masih gelak. Eunbyeol menjeling abangnya dan memukul bahu Minho. Minho 4 tahun tua darinya. Sooyoung pula 5 tahun tua darinya.

" Yah! Tak elok buat abang macam tu. " Eunbyeol mencebik.

" Eleh. Oppa tolak Eun. So Eun balas lah balik. " Eunbyeol rodak mahu kalah. Dia menjelirkan lidah. Minho membalasnya.

[COMPLETED]My Devil Husband! [ Chanyeol ]Where stories live. Discover now