Pagi itu ialah pagi yang agak kelam kabut bagi Indaman Sdn Berhad. Lebih-lebih lagi bagi staff. Mereka diberitahu bahawa CEO syarikat mereka, Dato' Hussein Syah bercadang untuk memberikan jawatannya kepada anak tunggalnya, Mikhail Qairul.
Memandang Indaman Sdn Berhad merupakan syarikat keluarga mereka, Dato' Hussein bercadang untuk bersara lagipun Dato' Hussein merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut.Namun apa yang memeningkan ialah assistant bagi CEO iaitu Puan Hasnah ingin berhenti kerja atas masalah kesihatan. Apa yang parahnya department Amelia berkerja menpunyai lebih staff. Maka salah satu dari mereka akan ditukarkan jawatan menjadi assistant Mikhail.
Suasana bingit di department itu. Perempuan-perempuan yang kaki kikis bagai berebut untuk menawarkan diri mereka. Amelia membuat muka geli. Bayangkan suatu syarikat dimana personal assistant seorang CEO ialah kaki cukur yang memakai skirt pendek dan baju seksi untuk menarik perhatian lelaki. Agaknya jika CEO yang baru ialah orang tua pun mereka sanggup.
" Aku dengar cerita CEO baru tu hensem bak hang! " kata Laila.
Baru Kak Aida mahu buka mulut, Haikal mengetuk mejanya sebelum beredar dari situ.
Amelia mengerut dahi. Kak Aida hanya tersenyum seakan mengetahui mengapa Haikal bersikap begitu.
" Dia dah kenapa? " soal Amelia.
Laila mengangkat bahu sebelum menyambung ceritanya.
" Tapi kan hensem-hensem Encik Mikhail tu orang kata dia tu lain macam sikit.. tapi tak tahu lah" sambung Laila.
" Kau ni ada-ada je. Entah boleh ke tidak percaya kau punya info ni. " Kak Aida mencelah.
Laila mula menceritakan dari mana dia mendapat informasinya itu. Amelia mengeleng kepala tidak berminat mahu mengambil tahu tentang CEO baru. Daripada fikir pasal CEO baik fikir pasal Rayyan. Oh ya, Rayyan tidak ada di pejabat kerana berada di cawangan Indaman Enterprise di Seremban.
' Rindu lah abang sado kita. ' omel Amelia dalam hati.
" Okay-okay semua duduk tempat masing-masing. " arah Encik Razman.
Sebelah Encik Razman kelihatan seorang lelaki yang tinggi dan badan yang agak tegap. Kulitnya putih dan matanya ialah warna yang agak jarang bagi orang melayu.. iaitu biru. Rambut bersinar dengan warna hitam. Wajahnya kelihatan begitu kacak.
Suara perempuan-perempuan berbisik makin kuat. Ada yang bagai asyik dengan Mikhail.
" Saya kenalkan ini Mikhail Qairul. CEO syarikat Indaman Enterprise. Dia akan memilih sendiri siapa yang layak menjadi assistant nya. " terang Encik Razman.
Mikhail mengangguk.
" I can take care from here, Razman. Thanks for the escort. " ujar Mikhail dengan fasih berbahasa Inggeris.
Amelia mengerut dahi. Dia ni betul ke melayu? Hmm. Mata Mikhail beralih ke arah Amelia yang berkerut dahi.
" You, yang buat muka tu. Bangun. " arah Mikhail.
Semua mata memandang ke arah Amelia.
" Alaa asal Amelia, ergh "
" Ish aku cantik lagi kot "
Bisik suara-suara yang tidak berpuas hati.
" What is your name? " soal Mikhail tenang.
" Amelia, Amelia Katrina. "
Mikhail mengangguk kepala.
" Katrina, Cat is it? "
Urgh. Geli itu lah apa yang Amelia rasa sekarang ini.
" Ikut saya. "
" No, I'm not worth it. Saya tak layak jadi personal assistant Encik Mikhail. Kalau itu apa yang Encik Mikhail bercadang nak buat. " bangkang Amelia.
Wajah serious nya berubah kepada raut ketakutan. Amelia menelan air liurnya.
' Alamak.. asal aku cakap macam tu. Haalah kena pecat lah camni huaahhhhh ' tangis Amelia di hati sebaik sahaja sedar apa yang telah dilakukannya.
Mikhail tergelak. Nampaknya dia dah jumpa sesuatu yang boleh menghiburkan hati.
" Interesting, You have a lot of face expression you know? Cat, Ikut saya jom. "
Memikirkan Mikhail ialah CEO Amelia melangkah ke arah Mikhail. Kak Aida dan lain-lain memberi isyarat mulut 'Goodluck'.
Sepanjang perjalanan Mikhail tersengih. Amelia hanya mengetap bibirnya.
' Dia ni ada masalah mental ke macam mana. Tersengih-sengih gila apa. Harap muka je hensem. Eh tak-tak! Rayyan cool lagi '
Tanpa sedar Amelia tersengih. Senyuman Mikhail makin melebar.
" Jatuh cinta ke, Cat? " Mikhail berhenti dihadapan Amelia. Bukk! Kepala Amelia terlanggar dengan dada Mikhail.
' Eww, Dia fikir aku syok kat dia ke? Perasan betul melayu tiruan ni '
Wajah Mikhail berubah. Mata Amelia terbeliak. Dia tercakap kuat-kuat ke?
" Saya tak janji takkan susahkan dengan kerja baru awak sebagai personal assistant saya.. " senyuman nakal terukir di bibir Mikhail.
" Tapi saya tak setuj.. " kata-kata Amelia dipotong Mikhail.
" Saya tak perlu persetujuan awak. Mulai esok.. tidak harini awak akan mula berkerja di meja 'P.A. Mikhail Qairun' faham? " tegas suara Mikhail.
Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.
" Fa.. faham! " balas Amelia gagap.
Neraka pekerjaan sudah bermula dan nampaknya tiada jalan keluar.
' Ibu... tolong Amelia '
******
Mikhail duduk bersandar di atas kerusinya. Kakinya diletakkan di atas meja.
Amelia Katrina. Hm gadis itu berani dan menarik perhatian. Gadis itu mungkin tidak seperti gadis lain yang cuba untuk mengodanya. Malah gadis itu tertarik padanya.
Menarik. Mikhail tersenyum. Dia ada masa yang sangat panjang untuk membuli Amelia.
' Melayu tiruan '
Mikhail tergelak kecil. Sebenarnya dia tidak terasa pun dengan panggilan itu. Dia cuma saja buat Amelia takut. Lagipun Amelia ialah kucing dia kan?
' Cat huh. '
Tuk tuk! Pintu biliknya diketuk.
" Masuk "
Amelia dengan segan masuk ke bilik Mikhail.
Mikhail membetulkan posisi duduknya.
" Ah ah anak kucing kita nak apa eh kali ni? " soal Mikhail.
Amelia mengetap bibir.
" Enci..encik Mikhail, saya minta maaf pasal.. "
" Melayu tiruan? Hm tak apa I kinda like it. Lagipun bukannya tipu pun kan? "
Sekali lagi senyuman Mikhail memberikan Amelia seram sejuk.
" Ibu Encik.. orang putih ke? " soal Amelia.
Mikhail sekali lagi tersenyum.
" Oh Cat berminat nak tahu pasal bakal mak mertua ya? Dan ya dia French. "
" Ha? Ha'ah. Eh tak! Maksud saya err saya pergi dulu! "
Amelia keluar sebelum Mikhail sempat berkata apa-apa.
Mikhail duduk tegak menghadap laptop di hadapannya. Jari-jemarinya mula bergerak. Masa untuk fokus dengan kerja.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
Dah lama tak update cuz busy dengan trial haih. Hee dan ya Mikhail Qairul dah muncul! Apa yang akan jadi lepas ni? Teruskan membaca. Vote dan comment. Bye! :D
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...