eмpaт ρυℓυн eмpaт

7.3K 285 12
                                    

Amelia keluar dari bilik mencuba pakaian. Dia keluar dengan baju pengantin berwarna putih yang labuh dan bertingkat itu. Baju itu kelihatan begitu menawan di badan Amelia. Memandang Mikhail ada meeting jadi Amelia terpaksa mencuba pakaian pengantin dulu. Sofea menepukkan tangannya untuk Amelia.

" Peh cantik weh gila cantik. " kata Sofea.

Amelia tersengih. Bukannya selalu dipuji seperti ini.

" Baju yang cantik ke aku? " gurau Amelia.

" Eh eh perasan pula kau. Sudah kita tengok yang lagi dua tu. Lagi dua tu pun nampak cantik. " kata Sofea dan menolak Amelia masuk ke dalam bilik fitting.

Pemilik kedai yang tadi bersama-sama dengan mereka menghampiri Sofea. Lelaki itu kenalan Mikhail.

" Baju untuk pengapit ada selection juga you. " lelaki yang lembut itu menunjukkan ke pada baju.

" You all punya saiz sama tau! Senang kerja I. Selak-selak jumpa. You pergi cuba. " sambungnya lagi.

Sofea hanya tersengih kepada lelaki yang 'aw' itu. Namanya Ria, nama betul tak tahulah apa.

" Saya tunggu bakal pengantin kita dulu since baju dia ada dua je lagi tinggal. Nanti saya cuba ya Ria. " kata Sofea.

Ria menganggukan kepalanya dan sudah membebel tentang harga GST dan apa pun Sofea tidak pasti. Dia sudah lama tidak ada di Malaysia jadi dia tidak tahu menahu tentang hal ini. Mungkin dia perlu membaca tentang.. GST?

Pintu butik itu dibuka. Sofea pusing dan memerhatikan orang yang masuk. Matanya terhenti pada lelaki yang menpunyai warna biru, sekali pandang pasti tenggelam dalam pandangan matanya. Badan lelaki itu tegap dan kelihatan sangat bergaya bila dikenakan dengan baju yang sesuai. Dia tidak lepas dari memandang lelaki itu. Lelaki itu turut memerhatikannya.

Suara Ria yang bising tentang bakal pengantin lelaki sudah sampai membuatkan renungan Sofea berhenti. Bakal pengantin lelaki? Mikhail? Ah kenapa dia ni takkan lah tunang kawan baik sendiri pun nak pandang begitu sekali. Mikhail merapati Sofea.

" You must be Sofea, Amelia's childhood friend. I'm Mikhail Qairul, Amelia's fiancé. " kata Mikhail menghulur tangan dengan senyuman.

Setelah Sofea terpaku buat seketika dia menyambut tangan Mikhail dan membalas senyuman Mikhail.

" Yup the famous Sofea, Arissa Sofea. Childhood friend? Yeah, Saya kenal Amelia since pakai pampers lagi " gurau Sofea.

Mikhail tertawa kecil. Matanya melilau mencari tunangnya. Sofea menyedari apa yang dicari Mikhail terus berkata,

" Dia tengah cuba baju. "

Mikhail menganggukkan kepalanya. Mikhail menyoal beberapa soalan kepada Sofea. Misalnya dimana dia belajar, dia kerja di mana. Iyalah, Mikhail juga dulu belajar di UK. Mereka sempat lagi bersembang tentang UK dan perubahan di Malaysia. Walau baru sekejap berjumpa mereka sudah boleh ngam.

Pintu bilik fitting itu dibuka, menunjukkan Amelia yang memakai baju pengantin berwarna putih yang di design begitu cantik bersama tudung putih lace labuh. Semua yang disitu terpegun.

" Cantik weh, seriously " kata Sofea. Ria dan Mikhail mengangguk setuju.

" Hmmm.. Kalau kau kata cantik ambil yang ni je lah. " kata Amelia.

" Eh eh bakal pengantin lelakinya pun cuba lah pula you punya baju " tegur Ria.

Mikhail tersengih. Baru dia mahu mengikuti Ria tangannya ditahan Amelia. Dia memaling ke arah Amelia.

" Ya? "

Amelia diam. Dia memandang ke arah Sofea dan kembali kepada Mikhail.

" Nanti.. Masa nak pilih kad kahwin, pelamin semua tu... Sofea ikut boleh " soal Amelia.

Mikhail menganggukkan kepalanya.

" Mestilah boleh " kata Mikhail sebelum pergi ke arah Ria.

Amelia hanya memerhatikan Mikhail pergi lalu memandang ke arah Sofea.

" Weh aku pergi salin baju dulu eh? " kata Amelia.

Sofea hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia memerhatikan gadis itu pergi. Nampaknya Mikhail memang seperti yang Amelia katakan, baik!

*******

Adresia membelek-belek baju di kedai itu dan memerhatikan satu persatu tanpa menyedari dirinya diperhatikan Aliah.

Aliah menarik baju suaminya. Membuatkan Adam berhenti mencuit anaknya, Aariz.

" Ya sayang? Kenapa? " soal Adam.

Aliah menunjukkan ke arah Adresia yang kini berbual dengan Rayyan dan tergelak-tawa.

" Kenapa dengan dia? " soal Adam.

" Saya tak suka dia... " kata-kata Aliah dipotong.

" Sebab dia kata muka Aariz tak macam awak? Mestilah Aariz kena ikut muka daddy dia kan? " ujar Adam sambil mencubit pipi Aariz yang merah seperti epal itu.

Aariz hanya tergelak kecil seakan memahami kata-kata ayahnya. Tapi ialah apa yang kanak-kanak faham kan?

Aliah membuatkan muka masam.

" Bukan yang tu lah bang! Saya tak suka dia sebab um... Saya tak tahu lah tapi saya suka Amelia lagi. Lagipun saya rasa Amelia lagi faham Rayyan dari Adresia. " jelas Aliah.

Adam mengelengkan kepalanya.

" Itu kan hak dia nak pilih siapa. Mungkin dia memang sayangkan Adresia? "

Aliah diam. Entahlah dia sendiri pun tak tahu nak kata apa. Dia rasa bersalah dengan Amelia sebab jauhkan diri dari Amelia selama dua tahun. Itu pun sebab tak mahu Amelia bertanyakan soal Rayyan. Entah pandai-pandai lah Rayyan uruskan halnya sendiri.

" Tapi kalau dia sebenarnya tak sayangkan Adresia? " soalan itu keluar dari mulut Aliah tanpa sedar.

Adam menoleh ke arah Aliah. Dia kurang jelas dengan apa yang dikatakan isterinya.

" Apa dia? " soal Adam.

Aliah mengelengkan kepalanya. Dia memaling ke arah Aariz yang menarik baju daddy nya dan menunjuk ke arah kedai mainan. Aliah tersenyum, menarik baju Adam bila nak kan sesuatu... Tak sangka Aariz ikut perangai dia.

' Bagus sayang! Minta daddy banyak-banyak. ' bisik Aliah di dalam hati.

" Daddy ayiz na toyzzz! " kata Aariz dengan penuh pelat.

Aliah tersenyum. Rayyan dan Adresia sudah pun merapati mereka. Rayyan turut tersenyum.

" Aariz nak apa? " soal Rayyan.

Aariz menunjukkan kedai permainan itu kepada pakciknya.

" Tuuu Tuuu! " Aariz menarik tangan Rayyan.

Rayyan hanya mengikut budak kecil itu. Mereka berhenti di kedai permainan. Rayyan tergelak kecil.

" Okay Aariz nak apa? Uncle belikan " kata Rayyan mengeluarkan dompetnya.

Aariz berlari ke arah pistol-pistol mainan. Rayyan turut memerhatikan pistol-pistol itu. Permainan budak zaman sekarang makin canggih kalau nak bandingkan dengan zamannya dulu.

Aliah, Adam dan Adresia sudah pun masuk ke dalam kedai itu. Aliah berdiri di sebelah Aariz.

" Aariz yang tu bukan dah ada ke dekat rumah? " tanya Aliah.

" Itu jenis lain. Biarlah dia nak buat koleksi tu. " celah Adam. Rayyan mengangguk setuju.

Aliah mengerutkan dahinya. Ada-ada je Adam ni. Koleksi? Untuk apa buat koleksi pistol? Nampaknya memang dia sangat tidak faham apa yang lelaki fikirkan Adresia hanya diam. Dia sebenarnya tidak mahu pun masuk kedai permainan ni cuma dah Rayyan masuk ke sini dia nak buat macam mana?

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now