тιga ρυℓυн ℓαραn

7.2K 335 22
                                    

Ratna menyelak majalah fashion dengan rasa bosan. Setiap page yang diselak terdapat topik-topik seperti Meraih Hari Kebahagiaan Dengan Blue Wedding Dress. Dia ingat jodoh turun dari langit agaknya. Sakit pula hatinya. Rienna baru sahaja kahwin dengan Adrian, Amelia sudah bertunang dengan Mikhail. Dan dia? Masih lagi single walaupun sudah 28 tahun. Lagi dua tahun dan dia boleh digelar andartu. Erk Ratna menelan air liurnya.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dia memerhatikan nama pemangil. Hey mestilah umi dia siapa lagi?

" Hello... "

" Assalamualaikum! Angah sihat? Dah makan belum? " tanya umi nya dengan laju.

" Waalaikumusalam, sihat umi. Dah makan. Kenapa umi? Ada apa-apa jadi ke? "

Seingat Ratna baru dua hari lepas dia jumpa Uminya. Takkanlah rindu pula kot. Suara Umi nya kelihatan begitu gembira. Ratna mengerutkan dahinya. Adik balik rumah bawa menantu ke sampai Umi bahagia semacam ni? Kejap Adik baru 17 tahun...

" Angah lah eh dia ni buat tak tahu pula. Pakwe angah hantar rombongan meminang! Hebat angah berahsia dengan Umi. Segak orangnya jadi umi pun setuju lah. " kata Umi nya riang.

Oh boyfriend hantar rombongan meminang. Ingatkan meteor jatuh kat kampung... Jap!! bila masa dia ada boyfriend ni?

" UMI!!!! REJECT! REJECT! REJECT! Bila masa pulak angah ada pakwe ni mi. Umi reject cepat!! " marah Ratna.

Suaranya bergema. Ratna menelan air liur. Dia yakin dan sangat pasti umi dia buka loudspeaker.

" Umi? " suara Ratna perlahan.

" Ya saya? " suara Umi nya masih tenang.

" Semua orang dekat situ dengar ke? " soal Ratna lebih perlahan.

Kedengaran seperti telefon itu beralih tangan. Suaranya juga sudah tidak bergema.

" Ratna, kejam nya nak reject saya. Awak dah tak sayang saya ke? " suara itu membuatkan Ratna meremang.

" Az..azhar? " takut-takut Ratna panggil.

" Oh ingat dah lupa dekat saya. Jumpa awak dalam dua hari okay? " kata Azhar tenang.

Ratna mencubit tangannya memastikan dia tidak bermimpi. Kalau mimpi dia mahu cepat-cepat bangun. Ergh.

Telefon itu kembali di tangan uminya.

" Macam tu lah cerita dia, jadi nanti angah bincang dengan Azhar sementara tu Umi buat persiapan untuk semua ni okay? "

Ratna terkebil-kebil sebaik sahaja talian itu dimatikan. Dia tidak boleh kata tidak langsung? Ratna mengerutkan dahi memikirkan rasa sakitnya pada Azhar. Ingat kan dah kahwin dah dengan tunang dia tu!

Dua tahun lepas, ketika 'date' terakhir mereka Ratna menyoalkan tentang tunang Azhar, Azhar tidak langsung menidakkan ataupun kata sesuatu seperti,

" kami bertunang secara paksa blabla "

Dan bila Ratna kata dia nak tinggalkan Azhar, Azhar cuma kata okay. Siapa tak marah? Apa yang pasti dia tak akan setuju sampai Azhar terangkan semuanya.

*******

Amelia dengan pantas berlari walaupun dia sedang memakai baju blouse satin dan kain hitam labuh. Kenapa? Dia dikejar anjing! Entah kenapa tiba-tiba anjing itu nampaknya dan terus mengejarnya. Dia tidak buat apa-apa pun! Amelia memadang belakangnya.

Fuh! Anjing tu dah hilang. Amelia memaling ke hadapan dan terlanggar bahu seseorang.

" Maaf.. " pinta Amelia.

Amelia memandang wajah orang yang dilanggarnya itu. Jantung Amelia berdegup laju.

" Ra..Rayyan! "

Lelaki itu bagai terpaku melihat Amelia. Amelia memerhatikan Rayyan. Dari hujung rambut sampai kaki. Semuanya kelihatan lain. Jika dulu Rayyan sering memakai baju kemeja plait kini lelaki itu memakai suit hitam bersama tie merah. Rambut lelaki itu berkilat dan digaya dengan slicked back haircut. Lelaki itu kelihatan bergaya dan lebih matang dari dulu.

" Amelia you look different. No, you look beautiful. Two years changed you so much. From a cute girl to a very beautiful lady." kata Rayyan.

Amelia menjadi malu. Namun cepat-cepat dia teringat.

" Rayyan.. Rayyan janji nak explain kan? Saya nak tahu kenapa Rayyan pergi macam tu je. Saya cari awak merata tempat tahu? "

Rayyan tersenyum namun senyuman itu kelihatan sedikit lain dari senyumannya dulu. Tapi bukannya lain yang teruk. Lain yang mendebarkan hati Amelia?

" Kita pergi cari cafe or anything where we can sit and talk okay? "

Amelia menganggukkan kepalanya. Mereka mula berjalan ke arah kedai-kedai. Amelia tersenyum gembira. Akhirnya dia dapat jumpa juga dengan Rayyan setelah sekian lama dia mencari.

*******

Rayyan memandang Amelia tenang walaupun Amelia sudah mula tidak sabar.

" Jadi? Awak tak nak cakap kenapa awak pergi macam tu je? " soal Amelia.

Sejujurnya sukar baginya untuk membuatkan suasana seperti dulu. Lagipun semuanya telah berubah.

" Saya mula dari awal okay? "

Amelia menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu apa yang dia rasa sejujurnya. Dia tahu dia tak patut rasa macam ni tapi setiap kali dia pandang Rayyan, perasaannya bagai kembali semula. Ah tidak dia tidak boleh begini.

" Ayah saya, Dato Fuad. Mungkin saya tak pernah cerita pasal parent saya tapi dia Dato Fuad yang terkenal dengan syarikat shipping. Dua tahun lepas dia bagi tawaran untuk uruskan syarikat dia di LA. Memandangkan saya nak awak boleh lupakan saya, saya terima tawaran tu. Walaupun saya mulanya terfikir nak dapatkan awak semula tiba-tiba saya terfikir mungkin awak memang akan bahagia dengan Mikhail. Mungkin kalau saya ada awak takkan bagi peluang pada Mikhail. Jadi saya pergi. Maafkan saya sebab tak bagi tahu apa-apa sebelum ni "

Amelia diam. Nafasnya menjadi sedikit sesak. Bahagia dengan Mikhail? Ya itu apa yang dia rancang selama ini. Tapi dia tak boleh buang Rayyan dari fikirannya.

" Awak datang balik.. " kata-kata Amelia dipotong Rayyan yang memerhatikan jari Amelia.

" Lagipun cincin tu. Awak dah tunang dengan dia kan? " soal Rayyan lebih kepada penyataan.

Amelia tersentak. Dia menyorokkan tangannya seperti menyimpan rahsia yang sudah bocor, tak ada gunanya.

" Mhmm "

Rayyan hanya tersenyum nipis.

" Jangan risau Amelia. Saya... dah ada perempuan yang saya boleh panggil girlfriend. Nama dia Nur Adresia"

Hati Amelia terasa sakit. Rayyan memerhatikan jam tangannya.

" Okay lah saya dah lambat ni. Saya tarik diri dulu. "

Rayyan bangun dari kerusinya. Dia memberikan Amelia senyuman ikhlas yang membuatkan jantung Amelia sekali lagi berdegup kencang.

" Ada masa kita jumpa lagi. Nanti mungkin dengan Mikhail dan Adresia " kata Rayyan.

Rayyan meninggalkan not 50 puluh ringgit dimeja. Amelia tidak menghalang dia hanya memandang lelaki itu pergi. Dia ada Mikhail dan Rayyan ada Adresia bukankah itu yang terbaik?

Amelia mengerutkan dahinya menahan rasa sakit hatinya. Rayyan mungkinkah Rayyan sudah betul-betul jatuh cinta dengan gadis itu? Di mata Rayyan dia hanya lah gadis yang pernah mencintainya. Mungkin hati boleh berubah mengikut arus masa.

✿✿✿✿✿

Hello Bello! Okay tu bukan typo okay? Btw dah lama tak buat author's note pendek dekat dalam bab.

Oh ya saya nak naikkan followers jadi 200! Huhu. Jadi kalau saya dapat 200 followers saya akan post bab special tentang Ratna dan Azhar masa dia orang jumpa untuk bincang pasal rombongan meminang tu. Okay?

Jangan lupa vote dan komen!

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now