Terdelete!! Nak menangis Authors kena tulis balik :( Sedikit perubahan telah dibuat.
*******
Petang itu Amelia rasa tidak bermaya. Makan pun terasa tawar sahaja. Klishe bukan? Hidup ini sangat klishe tapi kisah Amelia bukanlah kisah yang romantik semata-mata. Kisah Amelia adalah apa yang orang panggil realiti. Tiada konflik, watak jahat tapi masih sukar untuk catch up.
Alangkah bagus hidup seperti Cinderella walaupun hidupnya dibuli saudara tiri, di akhir cerita dia masih bahagia dengan tuan putera. Jika Cinderella berjumpa dengan orang lain selepas itu dan diminta pilih antara tuan putera atau lelaki yang baru dijumpainya pasti konflik yang sama berlaku pada Amelia akan berlaku pada Cinderella.
" Amelia? Amelia? Phone awak berbunyi dari tadi lagi " tegur Sharla, pekerja baru itu.
Dia hampir terlupa dia sedang menolong Mikhail dengan kerja berkumpulan pekerja-pekerja baru di department lain. Amelia mengangkat panggilan itu dan membuat gaya mulut terima kasih kepada Sharla.
" Hello. " suara garau itu membuatkan darah Amelia berderau.
" He..hello. Ada apa ya Rayyan? " soal Amelia teragak-agak.
" Tak cuma saja je call. Terasa rindu pula nak dengar suara Amelia. Lagipun esok Rayyan dah nak pergi kan? " balas Rayyan.
" Ohh " balas Amelia pendek.
Mereka diam seketika. Hanya mendengar bunyi nafas sama sendiri.
" Saya... tak menganggu Amelia kan? " soal Rayyan.
" Eh tak tak saya tak rasa diganggu pun lagipun kalau ikutkan saya memang nak call Rayyan tapi malu. Erk tak ada apalah " Amelia menjadi malu sendiri.
Kenapalah dia terlepas cakap dan terlalu jujur? Argh pasti Rayyan akan fikir dia desperate.
Rayyan tergelak kecil. Membayangkan Amelia yang sedang malu membuatkan senyuman tidak lekang dari pipi.
" Kalau kita jumpa lepas ni mana tahu Amelia yang pergi sana? Oh ya kalau Amelia pergi sana Rayyan boleh jadi tour guide Amelia. "
Amelia tersenyum manis membayangkan Rayyan menjadi tour guidenya di LA.
" InsyaAllah. Kita boleh merancang tapi belum tentu kita boleh buat betul-betul. Sebab Allah yang berkuasa dalam permainan takdir kan? " ujar Amelia.
" Yup, tapi saya harap Amelia boleh datang LA.... dengan um Mikhail ke " kata Rayyan lalu tiba-tiba diam sendiri.
Amelia turut diam. Dia terasa tidak selesa berbual tentang Mikhail dengan Rayyan ketika ini. Jika dua tahun lepas mereka boleh bergurau senda tetang Mikhail dan sebagainya. Tapi masa berubah dan ramai juga yabg berubah.
Amelia tersenyum tawar ketika mengingati sesuatu.
" Awak dengan Adresia dah okay? "
Lelaki itu mengeluh kecil mendengar soalan Amelia.
" Dia tak cakap dengan saya langsung. Mesej tak balas. Saya.. saya pun tak tahu lah nak buat apa lagi. "
Amelia terasa serba salah. Terasa bagai semua ini salahnya pula.
" Saya minta maaf. Kalau saya jalan elok-elok masa tu mesti dia tak akan salah faham. Saya... " kata-kata Amelia dipotong Rayyan.
" Awak tak salah mungkin saya yang kena bagi dia masa untuk fikir. "
Amelia diam. Kalau Mikhail dengan perempuan lain pasti dia juga terasa sedih. Bukannya kerana cinta yang terlampau tapi merasakan diri kita tidak cukup sempurna. Kalau fikirkan balik di tidak pernah lagi berbual panjang dengan Adresia. Mengenali Adresia dengan betul-betul.
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...