dυα ρυℓυн ѕαтυ

8.4K 327 2
                                    


" Dia tak pernah bawa sesiapa pergi sini. Maksudnya kau istimewa lah kan? "

Suara Arina berulang dalam fikiran Amelia. Istimewa huh? Amelia menahan dagunya dengan tangan. Dia membayangkan wajah Rayyan dimindanya. Lelaki sehensem Rayyan takkan tak ada peminat kan? Takkan lah orang macam dia...

" Amelia, Amelia! " suara Mikhail menghentikan berangannya.

" Ha? Ya Tuan! " Amelia terus berdiri.

Mikhail mengelengkan kepala dengan telatah Amelia sebelum membuka mulutnya.

" Cancel kan semua meeting petang ni, saya ada hal nak uruskan. Oh ya harini awak boleh balik awal sikit memandangkan lepasni saya tak akan balik office. "

Amelia terkebil-kebil. Batalkan semua meeting? Petang ni meeting dengan Dato' yang ada PA garang tu kan? Amelia menelan air liurnya.

" Tapi Encik PA... " kata-kata Amelia dipotong.

" Saya betul-betul nak cepat sekarang ni. Saya minta tolong eh, bye! " Mikhail dan sepantas kilat pergi.

Amelia mengetap bibirnya.

' Tak guna punya boss!!! ' Amelia sudah melalak dalam hatinya.

Sekarang ni lebih baik dia hadapi api kemarahan PA Dato' Isham.

" Ini ke cara syarikat yang ternama deal dengan orang? Dato' Isham bukannya selalu ada masa terluang tak macam boss seseorang tu. Bagi tahu Tuan Mikhail, lagi sekali benda macam ni berlaku deal ditarik! "
Talian segera ditutup setelah PA Dato' Isham puas marah. Amelia mengeluh. Kerek sangat kenapa? Lagipun syarikat dia orang tu yang perlukan sangat deal ni. Fikir Indaman Sdn Berhad pandang sangat deal ni?

Amelia meletakkan gagang telefon itu di tempatnya. Bila fikirkan balik tenang juga bila tak ada Mikhail boleh dia bersantai.

' Oh ya! Buat air milo dan makan biskut oreo pun bagus ni. Pejabat sediakan semua benda tu biar aku gunakan dengan seeloknya. ' bisik hati Amelia.

Amelia menuju ke arah Pantry. Hm mana Mikhail simpan semua makanan ringan eh? Satu-satu almari dibuka.

" Oh! Dia ada sekotak besar Nips! " ujar Amelia teruja.

Kotak besar itu dibuka perlahan. Amelia bagai dipukau dengan Nips dihadapannya.

' Alang-alang ada banyak tak salah kalau aku ambil lebih kan? '

Amelia mengambil tiga pek Nips dan matanya beralih ke kotak sebelah. Oreo! Yeah.

Mata Amelia mencari bekas untu meletakkan Nips dan Oreo.

" Jumpa! "

Amelia mengisi ketiga-tiga Nips yang diambil didalam bekas berbentuk silinder.

" Alaa tak penuhlah ambil lagi lah. "

Amelia mencapai lagi beberapa pek Nips dan memenuhkan bekas itu. Dia mengambil bekas yang sedikit besar untuk mengisi oreo.

" Okay, perfect! Sekarang ni tinggal air milo je. Bila fikir balik bagus juga kan Encik Mikhail sebab ada kawan dengan syarikat makanan. Dapat makanan free selalu. " kata Amelia berbual seorang diri.

" Oh saya nampak eh tadi tu " satu suara mengejutkan Amelia.

Amelia memaling ke arah suara itu.

" Ish Rayyan ni terkejut saya. Rayyan buat apa kat sini? " soal Amelia.

Rayyan hanya tersenyum menunjukkan lesung pipitnya.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now