Amelia terdiam seketika. Otaknya masih memprogress apa didengarinya. Haha mungkin dia salah dengar kot? Matanya kembali menatap wajah Rayyan.
" Rayyan ajak saya apa tadi? Saya tak dengar. " soal Amelia mengawal gugupnya.
Wajah Rayyan kelihatan tenang seperti biasa. Kadang-kadang Amelia rasa dia sahaja selalu kelihatan cemas. Orang disekelilingnya semua mampu mengawal reaksi muka mereka. Oh ya tidak ada seorang, Mikhail tidak peduli, ikut hati sahaja dia nak buat muka bagaimana pun.
" Saya kata, saya nak ajak awak tengok wayang dekat Pavilion Sabtu ni. "
Amelia tergelak kecil. Oh tengok wayang ingatkan apa la... Ehhh!
" Te..tengok wayang dengan Rayyan, macam da..date? " soal Amelia.
" Hmm.. Lebih kurang lah kot. Boleh pergi tak? " soal Rayyan.
Rayyan memerhatikan gadis dihadapannya. Pipi gadis itu sedikit merah. Mungkin juga kerana kulit Amelia putih. Bibir gadis itu terketar bagai mencari jawapan.
Dia tidak pelik jika Mikhail mengaku bahawa padanya dia suka Amelia. Gadis ini memang cantik dan tidak sama seperti orang lain. Cantiknya bagai ada tarikan. Sekali mata jatuh pada wajahnya bagai sukar untuk mengalihkan mata.
Amelia makin nervous dia nak pergi tapi tak tahu nak cakap apa. Hm. Fikir Amelia fikir!
" Saya suka popcorn sangat-sangat! Saya nak pergi! " ujar Amelia.
Amelia sudah menghantuk kepalanya pada dinding dalam fikirannya. Kenapa dia cakap macam tu? Kenapa dia malukan diri sendiri? Tanpa pipi sudah membahang.
Rayyan tergelak kecil.
" okay nanti saya belanja popcorn besar untuk Amelia, pukul 1.00 petang saya ambil awak okay? Saya pergi dulu. " Rayyan terua meninggalkan Amelia sendiri.
Amelia mengetap bibirnya. Malunya!
" Saya tak tahu awak suka popcorn sampai macam tu sekali " suatu suara menyapanya.
Amelia terkejut. Amelia melepaskan nafas perlahan. Semua orang memang nak dia kena serangan jantung le macam mana?
Amelia paling ke suara itu. Mikhail sedang tersengih ke arahnya.
" Biarlah sibuk je! " balas Amelia menutup malu.
Mikhail mengangkat bahu dan merenung Amelia tajam.
" Cat, awak kalau saya ajak keluar 1001 alasan. Saya tak puas hati. " jujur Mikhail sebelum masuk ke biliknya.
Amelia menelan air liurnya. Pasti Mikhail mahu buat sesuatu. Selalunya kalau Mikhail tidak puas hati dia akan suruh Amelia buat sesuatu dengan banyak ataupun susah. Amelia mengeluh. Memang nasibnya malang bertuankan boss seperti Mikhail.
Hari yang dinanti sudah tiba Amelia membetulkan reben pada pingangnya. Tudung yang dibetul- betul kan. Amelia tersenyum puas hati. Dia terus mengambil begnya dan keluar dari bilik." Amelia, Rayyan dah sampai " jerit Ratna dari ruang tamu.
Amelia tergesa-gesa keluar dan melihat Ratna yang sedang relaks di atas sofa. Bunyi kereta Rayyan membuatkannya sedikit berdebar.
" Aku pergi dulu, Assalamualaikum. "
Amelia terus keluar dan terus menuju ke kereta Rayyan. Amelia tersenyum ke arah Rayyan
Amelia membuka pintu kereta dan menegur Rayyan.
" Um hai! "
Rayyan membalas senyuman Amelia.
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomanceAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...