ємραт ρυℓυн тυʝυн

7.5K 259 18
                                    

Cemburu menghadkan banyak perkara dan salah satunya ialah persahabatan. Tapi mungkin dalam kes Amelia persahabatan yang terselit perasaan sayang? Dia pun tidak pasti. Sukar itu menjelaskan apa yang dirasanya kepada orang yang tidak berada dalam situasi dia. Bukannya dia tidak suka langsung pada si Mikhail cuma dia ada rasa rindu kepada Rayyan. Entahlah perasaan dihatinya membara untuk Rayyan.

Ah dia kelihatan seperti budak remaja sekolah yang baru belajar bercinta tapi hakikat nya begitu. Dia bagaikan bodoh dalam percintaan. Betul ramai yang kata pilih orang yang cintakan kita bukan kita cinta tapi apa yang mereka tahu tentang mencintai seseorang dengan dalam? Dan jika dia memilih orang mencintainya bukankah dia bagai menidakkan perasaannya sendiri? Dua tahun dia anggap dia sudah tiada perasaan buat Rayyan dan poof! Bila Rayyan kembali, perasaan itu turut sama kembali. Bagaikan magis jatuh cinta dengannya. Oh ya sehari telah berlalu maknanya... Esok Rayyan akan pergi ke LA. Argh! Kenapa dia tidak boleh henti fikir pasal itu?

Amelia cuba membayangkan Mikhail. Perlakuan Mikhail, gelak tawa Mikhail. Amelia mengeluh kenapa semua itu keluar menjadi tawar? Jika dia cuba gantikan dengan err tahulah siapa kan? Malas pula nak sebut nama. Jantung Amelia berdegup laju!

Dup dap dup dap.
Entah-entah dia sudah tidak betul patutlah jadi begitu. Kalau dia mental problem dia tak payah kahwin? Kalau tak payah kahwin tak payah bercinta ha kan senang anak dara jadi mental... Amelia mengelengkan kepalanya tidak Amelia jangan fikir benda bukan-bukan.

Dia dengan malasnya bangun daripada katil bersinar-sinarnya itu. Ergh bersinar dengan air liur adalah. Sudah Period pain membuatkan dia berfikiran kalut! Semuanya jadi tak betul. Nasib dia bukannya jenis perempuan yang tidak boleh gerak langsung sebab sakit perut. Kalau tidak mahunya dia fikir lagi teruk.

Malas lah dia nak fikir pasal Rayyan ke apa. Baik dia fikir breakfast pagi ni dia mahu makan apa.

Tuk! Tuk!

" Weh Amelia! Cocopuff dah habis. Aku makan last. Sedih jadi kau takde cereal hahahahahaha " gelak Ratna dengan suara tidak bersalah.

Amelia menjeling macam lah Ratna nampak. Dia merapati rak bajunya dan mengeluar plastik dalam suatu bekas. Dah agak Ratna akan habiskan nasib dia sorokkan satu kotak lagi.

" Bising lah kau pergi kerja lah peguam oi! " tegas Amelia.

********

Mikhail yang sudah pun lengkap berpakaian suit membetulkan jam tangannya. Dia memegang briefcasenya erat sebelum namanya dipanggil.

" Tuan Mikhail, saya dapat panggilan dari butik pengantin katanya Tuan kena hadir esok dengan Cik Amelia. Lagi satu Dato ajak sepupu Tuan Mikhail untuk dinner malam ni. " terang seorang maid.

Mikhail menganggukkan kepalanya. Pasti ada lagi perkara perlu diubah suai semua. Perempuan suka lah mengubah design baju menjadi lebih cantik semua ni. Baginya dia lebih suka mengikut design asal.

" Okay, saya mungkin balik lambat tolong pesan dekat Dato jangan tunggu saya. Kirim salam dekat sepupu saya tu. " kata Mikhail dan keluar daripada rumah itu.

Dia menuju ke arah kereta sport berwarna hitam itu. Dia masuk ke dalam kereta dan sempat lagi membetulkan tie nya yang berwarna merah itu sebelum menghidup kan enjin.

Nampak gaya hari ni dia akan seharian di tempat kerja berbincang dengan pekerja yang over time tentang project terbaru ini. Ternyata berbaloi mereka diajar di sekolah menengah tentang bekerja berkumpulan.

********

Rhys menghirup air black coffee itu tanpa membuat reaksi walaupun rasa kopi itu yang pahit. Dia kelihatan tenang tidak terganggu dengan suasana luar kedai yang bising. Ah mungkin dia sudah terbiasa dengan gaya hidup begitu. Sekali pandang tertanya juga berapa agaknya umur lelaki itu? Tidak mungkin dia terlalu tua sangat daripada umur Mikhail dan Rayyan tapi pastinya mereka tidak sebaya. Ah lelaki itu penuh dengan misteri.

Jika ditanya tentang paras rupa Rhys. Sejujurnya dia seorang yang kacak dan menpunyai facial yang sangat menunjukkan dia adalah orang luar negara. Kulitnya putih pucat dan sedikit merah. Mata dan rambut hitamnya sahaja yang membuatkan dia kelihatan hampir dengan melayu. Itupun dari segi warna sahaja. Adakah lelaki itu campuran melayu-inggeris? Tiada tanda bagai dia campuran melayu-inggeris tapi kefasihannya bercakap bahasa melayu agak mencurigakan.

Sekali pandang, perempuan bangsa apa pun akan terpegun. Lelaki itu jarang kelihatan dengan perempuan walaupun Mikhail sering melabel Rhys lebih playboy berbanding dia. Tapi ada juga dia dengan beberapa orang perempuan yang berbeza setiap kali. Ketinggiannya? Kalau Amelia yang tingginya 156 cm itu kelihatan seperti anak kecil yang hilang ibu bapa pastinya tinggi Rhys dalam anggaran 190 cm kebawah atau keatas.

Rhys yang sedari tadi diam mengerling ke arah telefon pintarnya bergetar. Tangannya mencapai telefon itu dan menekap pada telinganya.

" Hello "

" Hello, Rhys. You're going to follow us back to LA right? "

Rhys mengukir senyuman misteri.

" It's not a surprise anymore? Aw I'm hurts. " gurau Rhys.

Rayyan mengeluh di talian.

" Kau pergi ke tak ni? " soal Rayyan mulai penat.

" We'll see. " balas Rhys pendek.

Rhys mematikan talian itu mengetahui Rayyan akan berbuat perkara yang sama. Lebih baik matikan daripada dimatikan. Ergh betul lah tu.

*******

Rayyan mengeluh dengan reaksi Rhys. Lelaki itu terlalu bebas dan tidak dijangka membuatkan dia rasa penat. Sebagai seorang yang sentiasa tenang namun berbisa, lelaki seperti Rhys ialah 1 dalam 1000 yang mampu membuatkan dia mengeluh memikirkan.

Adresia pula masih tidak membalas mesejnya atau menjawab panggilan telefonnya. Ya Rayyan tahu Adresia salah faham tapi agak menyakitkan hati bila dia langsung tidak memberikan kesempatan untuk menjelaskan apa yang terjadi.

Lagipun dia hanya menpunyai masa yang singkat untuk menguruskan pertukarannya semula LA jadi setelah dia berada di LA baru dia ingat betul-betul memberitahu dan menguruskan siapa yang akan mengikutnya ke LA. Buat masa ini biarlah dia pergi ke LA terlebih dahulu.

Jika dia pernah kata Amelia ialah seperti adik maka Adresia kemungkinan lebih adik dari Amelia. Dia tidak lah kebudak-budakan cuma dia begitu keras kepala. Dia suka membuat keputusannya. Adresia juga berani dan tidak gentar menyuakan pendapatnya. Mungkin itu yang membuatkan Rayyan meletakkan matanya pada Adresia. Tapi cara Rayyan melihat Adresia dan Amelia sangat berbeza. Entah apa yang beza dia tidak pasti. Jika difikirkan bukannya rajuk Adresia sahaja yang membuatkan dia terus menerus ingin pergi ke LA cuma dia tidak mahu mendengar atau melihat kemesraan Amelia dan Mikhail. Peluang yang dia sendiri lepas kan dua tahun lepas. Tindakan yang dia merasakan lebih baik dan elok buat Amelia dan Mikhail. Tapi entah kenapa dia benar-benar kelihatan seperti pengecut. Apa yang dia buat tidak lain hanya lari dari masalah. Bagaikan budak yang takut untuk pergi ke tadika dan duduk di rumah. Ah bercakap tentang budak dia hampir terlupa dia masih perlu berjumpa dengan Aariz. Dia pasti akan rindu Aariz bila pergi nanti.

✿✿✿✿✿
Hey! Terima kasih membaca. InsyaAllah saya akan update secepat yang boleh. Mesti ramai tak sabar nak tahu apa jadi lepas ni kan? Hee sabar ya? Orang yang sabar sentiasa happy. ( ˘ ³˘)❤ Jangan lupa vote, komen dan.... ??? Apa-apa je yang awak nak ♡'・ᴗ・'♡

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now