Sebaik sahaja Rayyan masuk ke dalam keretanya dia bersandar. Jantungnya berdegup laju. Wajah Amelia, gaya Amelia dan aura gadis itu. Semua tentangnya berubah. Namun dia masih ada lagi Amelia yang dikenali Rayyan. Gadis itu menpunyai sesuatu untuk menariknya.Dia mengengam tangannya kuat. Tidak dia yang membuat pilihan untuk melepaskan Amelia pada Mikhail. Dia tidak boleh menjadi selfish. Sudah terlambat baginya untuk merebut Amelia. Sekarang ni dia cuma perlu pandang ke hadapan dan teruskan hidupnya.
Dia ada Adresia yang menunggu. Adresia, gadis itu juga baik, cantik. Dia tidak sanggup menyakitkan hati gadis itu. Dia tak mahu gadis itu sedih.
Sebaik sahaja Rayyan menghidupkan enjin kereta, telefon pintarnya Rayyan sudah berbunyi. Nama Adresia terpampang di screen. Rayyan terus menekan lambang call berwarna hijau.
" Hello Rayy! " keriangan suara gadis itu memberi senyuman kepada Rayyan.
" Hello Adresia. Awak sihat? " soal Rayyan.
Kedengaran gadis itu tergelak kecil. Rayyan menekan butang air con.
" Mestilah saya sihat. Kalau saya tak sihat saya tak boleh call awak punya. "
Sambil mendengar suara Adresia, Rayyan teringat apa yang berlaku dua tahun lepas.
Imbasan dua tahun lepas,
Rayyan keluar dari bilik Amelia. Muka tenangnya sudah berubah mengikut hatinya yang berdebar-debar.
" Ap..apa maksud Rayyan? " suara Amelia kedengaran perlahan.
Rayyan mengerutkan dahinya lalu bersandar di dinding luar bilik Amelia. Betul kah tindakannya? Dia mengetap bibirnya kuat. Setelah beberapa minit, tiba tiba.
Thud!
Rayyan terkejut. Bunyi itu kuat dari bilik Amelia. Dia terus laju masuk ke bilik Amelia. Kelihatan Amelia yang tidak bermaya dan darah sudah membasahi tudung sarungnya. Tangan Rayyan mengigil. Jika apa-apa terjadi pada Amelia. Adakah dia penyebab kepada semua ni?
Tanpa membuang masa dia mendukung Amelia dan meletakkan gadis itu ke atas katilnya.
" Saya minta maaf " kata Rayyan sebelum dia berlari keluar.
Dia berlari mencari nurse atau doktor yang boleh dijumpai.
Rayyan termenung memikirkan apa yang terjadi. Suara Adresia masih rancak lagi bercerita membuatkan Rayyan tersenyum.
Bila fikir balik dua tahun lepas juga dia berjumpa dengan Adresia. Saat dia masuk ke dalam office ayahnya di LA. Dia disapa oleh Adresia.
" Encik ni Rayyan Haikal kan? " soal gadis itu memandangkan dia seorang yang menpunyai rupa melayu yang masuk ke dalam syarikat itu.
Rayyan menganggukkan kepalanya. Dia membetulkan suitnya. Adresia tersenyum mesra kepadanya.
" Saya Nur Adresia. Rayy ingat saya lagi? " soal Adresia tiba-tiba.
Rayyan terkebil-kebil. Rayy? Ingat?
" Ah Dato Fuad ada bagitahu Cik Adresia pembantu saya sepanjang di LA. Saya tak lupa lagi. " senyum Rayyan professional.
Adresia mengeluh kecil membuatkan Rayyan sedikit pelik. Ada lagi yang sepatutnya dia ingat ke?
" Alah saya Adresia! Dulu saya selalu main dengan awak masih kita kecil-kecil dulu. " terang Adresia.
Rayyan mengerutkan dahi. Adresia... Adre.. Adre!
" Adre?! " soal Rayyan terkejut.
YOU ARE READING
Bila Cinta Bersatu
RomantizmAmelia Katrina, kehidupan tenangnya tidak kekal lama setelah dia bertemu dua orang manusia yang membolak-balikkan hidupnya. Rayyan Haikal, lelaki yang agak misteri, cool, hensem dan baik hati. Sentiasa memberikan senyuman manis ala putera. Mikhail Q...