ѕαтυ

27.9K 722 8
                                    


Suasana pagi yang sejuk itu membuatkan Amelia rasa bagai tidak mahu meninggalkan biliknya. Namun bila terfikirkan bossnya yang garang tak menentu itu membuatkan perutnya kecut untuk sambung tidur. Badannya masih terbaring diatas katil. Dia memejamkan mata sambil berfikir.

"Every second counts, Amelia! Lambat lima minit je bukan alasan untuk you senang-lenang angkat kaki! " Terimbas tengkingan Mr Lee pada Amelia ketika dia lambat ke tempat kerja. Amelia membuka matanya semula. Rasa tidak puas hati Amelia kembali menemaninya.

" Bukannya salah aku pun kalau jalan raya sesak dengan kereta. " ujar Amelia sendiri. Malu pun ada juga Amelia rasa apabila memikirkan suara kuat Mr Lee itu didengari pekerja lain diluar bilik ketika itu. Amelia menggelengkan kepalanya.

Amelia bangkit dan terus bergerak ke bilik air. Kalau dia asyik fikir apa yang sudah berlalu pun tak ada gunanya juga. Selepas 20 minit Amelia selesai mandi dan mengambil wudhu, Dia kembali ke biliknya dan tanpa melenggahkan lagi masa Amelia terus membentang sejadah. Solat subuh tak sampai lima minit pun tak akan lah itu pun mahu ditinggalkan? Astagfirullahaladzim! Segera Amelia mendirikan solat.

Amelia keluar dari biliknya. Di ruang tamu kelihatan Ratna Ayu, rakan serumah dan juga merupakan sahabat baiknya tersengih melihat Amelia. Dia sedang duduk di meja sambil menyapu jem ke atas roti bakar. Amelia melangkah merapati Ratna.

" Awal gerak.. Takutkan Lee Minho ke? " usik Ratna. Amelia mengerutkan dahinya.

" Tak ada makna dia Lee Minho lah weh, dengan muka berkedut, perut boroi tu kau nak samakan dengan Lee Minho? Please! " balas Amelia sambil membuat muka tak rela. Ratna hanya tergelak. Sekali-sekala mengusik Amelia ni pun best juga.

" Iyelah, dah lah pergilah kerja cepat Amelia oi. Nah amik ah roti aku ni. Kebulur pula kau nanti  " Ratna menghulurkan roti kepada Amelia.

"Terima kasih, sayang kau " kata Amelia.

Ratna hanya tersenyum kambing. Dia segera bingkas ke biliknya. Dia juga harus bersiap ke tempat kerjanya. Namun dia sedikit bersyukur bossnya tidak segarang boss Amelia.

**********

Amelia memakirkan kereta kancilnya. Sebaik sahaja keluar dari kereta itu dia menyedari kelibat seorang lelaki yang sentiasa menarik perhatiannya. Rayyan Haikal! Hati Amelia bersorak gembira. Dia merapati lelaki itu.

" Hey, Encik Rayyan! " tegur Amelia dengan senyuman. Lelaki itu mulanya kelihatan sedikit terkejut namun kemudian membalas senyuman Amelia. Kelihatan lesung pilit di pipinya.

" Hey, awalnya datang? " tegur Rayyan sekadar berbasa-basi. Dia menjatuhkan mata ke arah gadis yang menegurnya.

" Mr Lee tu lah semalam saya  5 minit je lewat dia dah angin. Tu yang datang awal sikit takut kalau jalan jam lagi " terangkan Amelia.

Mukanya sedikit mencuka bila teringatkan hal tersebut.

Rayyan tergelak kecil. Dia sudah faham sangat dengan perangai Mr Lee itu. Rasanya hampir satu syarikat tahu dengan perangai Mr Lee itu. Sifatnya itu membuatkan dirinya dikenali sebagai singa lapar.

" Biasa lah tu dia memang strict sikit. Just give him some time, InsyaAllah okay nanti. " kata Rayyan menyedapkan hati Amelia.

Amelia tersenyum mesra. Hatinya sudah berbunga bila dipujuk Rayyan.

" Encik Rayyan pula kenapa datang awal? " soal Amelia.

Dia menatap mata Rayyan yang sedang berdiri dihadapannya. Badan lelaki itu kelihatan tegap. Badannya boleh dikatakan agak sado.

" Ada masalah sikit pagi ni tu yang kena datang awal tu. By the way, tak perlu ber encik-encik dengan saya. Terasa tua pula " ujar Rayyan dengan senyuman menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Amelia membalas senyuman Rayyan sebelum mengajak Rayyan masuk ke arah bangunan tempat mereka berkerja. Rayyan tidak berkata banyak selain menggangukkan kepalanya.

Sebaik sahaja Amelia memasuki bangunan itu dia dapat rasakan mata-mata tertumpu ke arah mereka. Gadis-gadis yang berdiri di kaunter pertanyaan sudah berbisik-bisik. Amelia berasa kurang senang dengan bisikan mereka. Rayyan menyedari gadis disebelahnya yang kelihatan tidak selesa.

" Jangan peduli lah, dia orang memang macam tu. Ada sahaja benda yang ingin mereka mahu bualkan. Sampai hal orang pun menjadi bahan. " kata Rayyan.

Kadang-kadang inilah yang membuatkan Rayyan kelihatan menawan dimata Amelia. Dia sentiasa menyedapkan hati Amelia, ataupun mungkin itu hanya bayangan Amelia.

Rayyan sudah merasakan dia perlu menjaga Amelia, gadis itu terlalu naif kadang-kadang membuatkan dia rasa gadis itu bagai adiknya. Hm.. Adik angkat mungkin? Hubungan seperti ini tak perlu dinyatakan. Cukup dari tindakan yang membuktikan.

Namun tanpa Rayyan sedari gadis itu langsung tidak menganggap bagai abang malah bagi Amelia Rayyan adalah lelaki yang sesuai untuk menjadi pasangan hidupnya. Tapi Amelia tahu takdir bukan sesuatu yang kita tentukan. Tapi itu tidak bermakna kita langsung tiada kuasa untuk mengubahnya kan?

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Buku ini akan di update 2 kali atau lebih seminggu, InsyaAllah. Itu pun kalau tak busy. Anyway, thanks kerana meluangkan masa untuk memilih buku ini untuk jadi bahan bacaan.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now