ѕeвeℓaѕ

9.8K 398 7
                                    

Seminggu sudah berlalu dan Amelia sudah kembali berkerja. Bila sudah lama tidak kerja malas pun ada bagi Amelia. Mujur sahaja tiada kerja yang tertunggak. Kerja yang diberi Mikhail hari ini pun hanya lah menyemak kertas-kertas proposal dan menyusun jadual Mikhail. Apa yang mengejutkannya ialah Mikhail tidak menghidupkan kamera yang dipasang untuk memerhatikannya kerana selalunya kamera itu akan bergerak-gerak seperti kipas.

Amelia dapat rasakan perasaan bosan sedang menyelebungi dirinya. Bukannya dia suka sangat dengan kerja cuma dia sedang bosan. Rasa bagai mahu menaip sesuatu dengan jari-jemarinya.

Baru sahaja dia mahu membuka google tiba-tiba ada seorang perempuan yang memakai seluar ketat dan baju blouse seksi berwarna merah entah dari mana muncul di hadapannya.

" Mikhail ada tak? I nak jumpa dia. " tanya perempuan itu dengan nak tak nak.

Amelia mengerut dahinya. Rasanya petang ini Mikhail tiada appointment dengan sesiapa.

" Cik nama apa ya? Ada buat appointment tak sebelum ni? " soal Amelia sopan.

Perempuan itu tergelak kecil bagai tidak sangka disoal begitu.

" Listen here honey, I Erika Irmina dan I'm Mikhail's girlfriend alright? I don't need any appointment untuk jumpa Mikhail. Faham?!"

Amelia tidak langsung menahan diri dari membuat dari membuat muka jijiknya dihadapan 'girlfriend Mikhail'

" Baiklah Cik Erika, I'll remember that. "

Tangan Amelia pantas ke arah telefon syarikat dan menghubungi Mikhail.

" Hello Encik Mikhail, Cik Erika aka GIRLFRIEND encik nak jumpa dengan Encik. Boleh dia masuk" kata Amelia menekankan perkataan girlfriend memerhatikan Erika.

Mikhail mengeluh di talian. Mungkin menyedari betapa annoying perempuan yang perlu dijumpa itu.

" It's okay, Bagi dia masuk. " ujar Mikhail sebelum mematikan talian.

Amelia meletakkan gagang telefon sebelum tersenyum dengan palsu ke arah Erika.

" Baiklah Cik Erika, Cik boleh masuk. Eh takut tak faham bahasa melayu pula kan you can go to Mr Mikhail now. " perli Amelia dengan senyuman yang paling manisnya.

Erika menjelingnya tajam.

" I faham bahasa melayu okay?! Erghhh! " Erika terus masuk bilik Mikhail.

Amelia tergelak kecil.

' Aku dah kata dah semua perempuan yang minat Mikhail tu buta. Buta dengan duit! ' bisik hati Amelia.


Erika masuk ke bilik Mikhail dan menghempaskan diri di sofa tanpa menunggu Mikhail menjemputnya.

" Baby! You sangatlah patut pecat je assistant you tu. Kurang ajar!! "

Mikhail mengangkat keningnya sebelah.

" Biarlah dia tak ganggu hidup you pun " tegur Mikhail.

Erika memuncung bibirnya. Tangannya dicekak ke pingang. Merajuk lah kot.

" Bagus, you duduk macam sampai bila-bila bertambah koleksi itik I " perli Mikhail.

Muka Erika semakin masam. Namun dia cepat-cepat buang espresi mukanya itu.

" You... Kita dah lama tak jumpa. Mesej I pun tak reply I rindu tau "
kata Erika manja.

Mikhail tergelak kecil. Agaknya lah lelaki mana yang nak layan perempuan macam ni?

Erika bangun dan menghampiri Mikhail. Dia terus mendekati kerusi yang diduduki Mikhail dan duduk di pangkuan Mikhail. Dia menyentuh dada Mikhail dengan manja.

Mikhail menolak Erika dari pangkuannya dan mengenggam tangan Erika.

" I tengah kerja dan stop acting like my girlfriend. You bukan girlfriend I please by the way you tak mengoda pun tak yah susah-susah goda I. Ergh. "

Erika membuat muka terkejut.

" You memang.. "

Krik.. Pintu Mikhail terbuka. Amelia yang sedang memegang tray minuman bagaikan terkejut.
" Erm.. Maaf menganggu tapi err Encik perlukan atau tidak air ni? " soal Amelia.

Pandangan Erika bagai mampu mencekiknya dari jauh. Amelia menelan air liurnya. Dia ganggu babak penting ke?

Erika kembali memandang Mikhail dengan tajam. Dia menarik tangannya dari gengaman Mikhail dan menghayunkan tangannya ke pipi Mikhail. Kuat bunyi tamparan Erika itu.

" You memang lelaki tak guna!! Eh ramai lagi lah lelaki yang nak dengan I!! " kata Erika sebelum melangkah ke pintu.

" Oh okay harap you tak datang balik dah. Jangan lupa delete nombor I! BYE!! " kata Mikhail sedikit menjerit memandangkan bayang Erika sudah tiada dibiliknya.

Namun Amelia yakin bahawa Erika dapat dengar setiap patah perkataan Mikhail. Mata Amelia beralih ke pipi Mikhail yang sudah kelihatan merah. Ouch mesti sakit.

" Amelia bawa air tu ke sini "

Amelia hanya menurut arahan Mikhail tanpa membantah. Sejujurnya dia masih terkejut dengan apa yang jadi.

" Duduk " Mikhail menunjuk ke arah kerusi dihadapannya.

Amelia dengan blurnya hanya menurut arahan Mikhail. Mikhail mengambil gelas air milo daripada Amelia.

" Err Encik nak saya buat apa ni? " soal Amelia.

Mikhail hanya menghirup air milo itu tanpa mempedulikan Amelia. Matanya kini beralih ke arah mata gadis itu. Perlahan-lahan pandangan jatuh pada bibir yang merah tanpa sebarang make-up. Tanpa sedar pipi Mikhail merah.

" Encik pipi encik makin merah encik baik pergi letak ais nanti bengkak kesan kena tampar. " kata Amelia dengan naif.

Mikhail mengalihkan pandangannya. Dia playboy terkenal tau! Asal dia blushing dengan Amelia? Sepatutnya Amelia yang malu dengannya.

" Amelia.. Awak boleh keluar sekarang .. Um ha "

Amelia mengerut dahinya. Tadi suruh duduk sekarang kena halau. Amelia mengangkat tray minuman sebelum beredar dari situ.

Mikhail meletakkan tangannya ke pipinya. Dia ni dah kenapa? Erika yang seksi tu mengada-ngada dengan dia sikit pun dia tak peduli. Tapi dengan Amelia.. Mungkin dia demam ataupun sudah sewel.

*******

Mikhail keluar dari biliknya. Bukan apa dia cuma nak pastikan tadi bukannya kesilapan. Hm. Matanya terlekat pada lantai.

" Encik Mikhail nak apa apa ke? " suara Amelia membuatkan jantung Mikhail berdegup laju.

Mikhail memandang Amelia dengan rasa malu. Malu? Amelia memandangnya dengan prihatin. Dia dapat rasakan pipinya panas sekali lagi.

" Saya rasa macam saya demam saya um " kata Mikhail.

Amelia merapati Mikhail. Tangannya ditekap ke dahi Mikhail. Panas tapi rasanya tak teruk sangat. Mungkin baru nak demam kot.

" Panas juga , saya ada ubat demam Encik nak? "

Mikhail hanya mengeleng kepalanya dan terus masuk ke dalam biliknya dengan laju.

Amelia mengerut dahinya. Mikhail ni dah kenapa pelik semacam sahaja hari ni. Ni pasti kerana dia sedih di reject Erika. Huhu playboy malaya kena tampar. Eh malaya ke da kan campuran em playboy melayu palsu ditampar ha baru betul.

Amelia kembali ke tempat duduknya. Bila fikir balik pagi tadi Rayyan tegur dia. Rayyan tanya kalau dia sudah sihat belum. Gembira je Amelia rasa. Bukan selalu Rayyan risau pasalnya bila dia risau bahagia lah. Tanpa Amelia sedar kamera yang dipasang untuk memerhatikannya sudah mula bergerak seperti biasa.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
Itulah dia bab sebelas. Ada orang tu blushing lah haha. Okay vote dan komen okay?

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now