єριℓσgυє

21.1K 520 76
                                    

Empat tahun kemudian,

Pagi itu seperti biasa Amelia dengan rutin hariannya. Usai solat subuh dia terus membasuh baju, menjemur. Kemudian dia mengemas rumah sedikit demi sedikit. Penat? Mungkin bila dah biasa tidak terasa penat sangat kot?

Amelia bergerak ke dapur dan membuka peti sejuk untuk melihat apa yang patut dia masak.

' Hari ni masak bubur nasi ayam je lah ' bisik hati Amelia.

Amelia sudah mula mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat bubur.

" Mummy? " panggil suara anak kecil.

Amelia memaling dan tersenyum ke arah anaknya.

" Anak Mummy dah bangun? " soal Amelia dengan penuh kasih.

Budak kecil itu menganggukkan kepalanya.

" Mummy... lapar " rengek anaknya, manja.

Amelia tersenyum manis ke arah anak perempuan, Iris Qaisara.

" Iris makan buah dulu sambil Mummy masak okay? "

Iris menganggukkan kepalanya. Amelia mengeluarkan buah strawberries dan blueberries lalu membasuhkan buah-buah tersebut dan memasukkan dalam mangkuk. Amelia mengambil mangkuk lain dan meletakkan whip cream sebagai pencicah.

Iris bersorak gembira melihat whip cream bukan sebab dia suka makan tapi sebab dia suka main dengan whip cream. Iris memanjat kerusi dan duduk secara betul. Baru Iris mahu meletakkan tangan kecilnya di dalam mangkuk whip cream tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi.

Rhys berjalan perlahan ke rumah Amelia. Lelaki itu memerhatikan rumah teres itu. Matanya terhenti di kawasan pokok-pokok bunga yang kemungkinan besar ditanam oleh Amelia.

Rhys mendekati butang loceng diluar pagar. Dia menekan butang itu dan terus melangkah ke arah pintu.

Bunyi tombol pintu membuatkan Rhys terus fokus ke arah pintu. Setelah beberapa saat pintu itu masih belum dibuka.

" Iris, Mummy ajar kalau tak sampai guna apa? " suara itu kedengaran sayup-sayup.

Rhys terus mengenal suara itu.

" Kerwushi " suara budak yang tidak dikenali pula menyapa telinga Rhys.

Rhys menjadi sedikit ingin tahu siapa budak itu. Bunyi benda diseret membuatkan Rhys lebih pelik.

Tombol pintu itu akhirnya terbuka menunjukkan seorang budak perempuan dengan mata hazel. Wajah budak itu hampir sama dengan Amelia namun sedikit berbeza.

" Daddy! Hm....? Mummy bukan daddy... "

Baru Rhys mahu memberikan senyuman tiba-tiba budak kecil itu terus menutup pintu.

Rhys melepaskan tawa kecil. Setelah beberapa minit kedengaran seperti Amelia berkata sesuatu pada budak kecil itu.

" Hey! Kenapa tutup macam tu? Ada tetamu kan? "

Tombol pintu sekali lagi terbuka dan menunjukkan Amelia dan budak kecil yang kini memerhatikannya.

" Rhys? " panggil Amelia perlahan.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now