тιga ρυℓυн тιgα

7.4K 324 22
                                    

Mikhail memundar mandir depan bilik emergency. Dia menarik nafas dan menghembusnya kasar. Jujur dia tidak pernah rasa begini. Terasa bagai mahu gantikan tempat Amelia dengan diri sendiri. Dia menyikat rambut ke belakang mengunakan jari-jemarinya.
Rienna menepuk bahu abangnya. Mikhail memaling ke arah adiknya.

" Apa dia? " keras suara Mikhail.

Rienna mengeluh. Dia memerhatikan abangnya yang kelihatan pucat. Dia terfikir sendiri. Pasti abangnya benar-benar sayang pada Amelia. Cuma Rienna risau andai Mikhail akan buat tindakan bodoh jika apa-apa buruk jadi pada Amelia.

Lagipun andai satu hari nanti Mikhail meluahkan perasaannya dengan ikhlas namun ditolak? Entah apa yang akan terjadi. Semestinya Mikhail akan hilang tentu arah.

" Abang, jangan kusut kusut boleh tak? Duduk diam-diam. Doakan dia okay. " pesan Rienna.

Mikhail memandang Rienna kosong.

" Hmm. "

Mikhail duduk di kerusi berdekatan dengan Ratna, dan ibu bapa Amelia. Mata mereka masing-masing berair. Mikhail memejamkan matanya. Betul juga kata Rienna dia tidak boleh terlalu kusut.

Tiba-tiba Mikhail membuka mata dan memandang ke arah Rienna yang menuju ke arahnya. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Rayyan. Paling kurang dia berhak untuk tahu.

" Hello? " suara garau itu menjawab panggilan.

" Hello.. "

Mikhail melepaskan nafas panjangnya.

" Ada apa-apa ke yang kau nak? " soal Rayyan.

Kedengaran seperti dia di luar dengan bunyi orang lalu lalang.

" Aku cuma nak bagitahu kau yang..
Amelia accident... langgar dengan lori. "

Rayyan hanya diam. Mungkin juga dia terkesima dengan berita itu.

" Hospital Kuala Lumpur. " kata Mikhail sebelum mematikan talian.

Rienna tersenyum pada abangnya.

" Bagus tahu pun nak bagitahu Rayyan. Pandai abang Rienna " puji Rienna atau lebih kepada perli.

Mikhail hanya menjeling malas. Dia penat sebenarnya. Mungkin dia patut pejamkan matanya seketika...

" Buat masa sekarang ni abang tenangkan fikiran dulu... "

Tombol bilik emergency dibuka membuatkan mata Mikhail terbuka luas. Kepalanya terus memaling ke arah doktor bagai mahu menerkam doktor itu.

Rienna mengeluh. Baru sahaja kata suruh tenangkan fikiran. Ratna dan lain-lain sudah bertanya soalan bagaikan peluru.

" Dia okay kan?! "
" Anak saya tak apa-apa kan doktor! "
" Boleh saya tengok dia?! "
" Doktor jangan main-main saya peguam! "

Doktor itu kelihatan terbeban dengan semua soalan itu. Rienna mengeluh perlahan. Kesian pula dia tengok dengan doktor tu.

" Puan, Tuan, Cik Ratna kita bagi doktor peluang untuk bercakap ya? "

Semua diam. Doktor itu mula bersuara.

" Keadaan pesakit sudah stabil dan pendarahan di kepala sudah pun berhenti. Kami akan pindahkan dia ke wad. Pesakit kemungkinan besar tidak akan sedar buat masa seminggu atau lebih. "

Semua mengangguk faham. Mikhail masih memandang doktor lelaki itu tajam.

" Saya nak dia dipindahkan ke bilik persendirian. " ujar Mikhail.

Doktor itu tersenyum walaupun Mikhail masih memerhatikannya sebegitu.

" Baiklah saya akan beritahu pada nurse. Kalau boleh saya ibubapa pesakit ikut saya. Saya ada beberapa soalan tentang pesakit. "

Puan Aisah menganggukkan kepala, dia menarik tangan suaminya dan mengikuti doktor itu.

Ratna dan Rienna memandang Mikhail semacam. Mikhail mengerutkan dahinya.

" Kenapa? " pelik Mikhail dibuatnya.

" Tak elok pandang doktor tu macam tu, dia tolong rawat Amelia tau! Kalau dia tak ada entah apa akan jadi. " ujar Rienna.

Ratna mengangguk setuju dengan kata-kata Rienna.

" Ada banyak lagi doktor lain... " belum sempat Mikhail menghabiskan ayatnya dia dipotong Ratna dan Rienna.

" Tak sama! " serentak gadis-gadis itu bersuara.

Mikhail mengeluh perlahan. Malas pula dia mahu layan. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat tengok Amelia.

" Yelah, yelah. "

Rienna dan Ratna tersenyum puas. Doktor yang comel seperti tadi itu tidak patut dipandang sebegitu. Ta..tapi diaorang bukannya marah Mikhail sebab paras rupa ke apa ya? Hee. Okay mungkin sikit lah. Erk apa-apa je lah baik mereka pergi tengok Amelia ke apa.

**********

Rayyan duduk di kerusi sambil merenung Amelia yang kelihatan seperti tidur. Gadis itu kelihatan tenang walaupun dia tidak menyedarkan diri.

Mukanya sedikit pucat. Dia dipakaikan alat untuk bernafas dan ditangannya terdapat wayar-wayar hospital untuk mengisi air dan darah merah. Kepalanya dibalut dengan kain namun tidak sepenuhnya. Rambut Amelia panjang ke siku.

Kalau Amelia sedar sekarang ni pasti dia akan kelam kabut mencari tudung. Rayyan tersenyum. Cantik sungguh cantik gadis itu. Mukanya tanpa sebarang alat solek kelihatan menawan. Mungkin kalau Amelia sedar dia patut beritahu?

Namun bila senyuman tidak tergaris di pipi, Rayyan terasa sedikit sunyi. Bila agaknya Rayyan akan melihat senyuman itu lagi? Mungkin kalau dia tidak menolak Amelia hari itu mungkin perkara ini tidak akan terjadi? Mungkin kalau dia lebih prihatin pada gadis itu...

Rayyan menggelengkan kepalanya. Tidak dia tidak boleh fikir begitu. Semua yang terjadi adalah kuasa takdir...

" Tapi kalau takdirnya macam ni. Saya tak sanggup tengok, Amelia. Saya tak sanggup. " perlahan sahaja suara itu menuturkan kata.

Rayyan mengengam tangan Amelia dan mendekatkan padanya. Sambil memejam mata dia mula bersuara.

" Amelia bangun cepat eh? Nanti kita boleh pergi naik kuda sama-sama. Ingat lagi? Amelia ada kata nak pergi Horse riding kan. Rayyan janji Rayyan bawa lepas ni. Apa-apa yang Amelia nak, Rayyan cuba buat okay? "

Tapi gadis itu masih lagi terbaring tanpa sebarang respon. Rayyan bagai mengharap mata itu dibuka. Sunyi, rindu itu apa yang dirasa Rayyan saat ini. Dia rindu dengar suara gadis itu. Dengar bebelan gadis itu tentang Mikhail. Semuanya, dia rindu. Kesal sungguh dia kesal.

Dia juga cemburu sebab bukan dia yang dipanggil saat Amelia kemalangan. Bukan dia tapi Mikhail. Rayyan menelan air liurnya yang terasa kelat. Gengaman tangannya makin erat. Seakan dia fikir kalau dia gengam kuat-kuat Amelia akan bangun. Tapi itu mustahil bukan?

Pintu bilik Amelia dibuka menunjukkan Mikhail dan Rhys.

" Oi, oi dah turn aku pula. Amboi kau sedap hati kau pegang tangan dia " marah Mikhail.

Rayyan membuat muka tenangnya dan memandang Mikhail.

" Oh really? Aku yakin dia lagi suka aku pegang tangan dia daripada kau. " balas Rayyan.

" Apa kau kat.." kata-kata Mikhail dipotong Rhys.

" Enough! Both of you are acting like children! Want to fight? Take it outside."

Serentak itu Mikhail dan Rayyan terdiam. Rhys menolak Mikhail perlahan dan masuk ke dalam bilik itu. Mikhail berdecit kecil sebelum memasuki bilik itu. Rayyan melepaskan tangan Amelia dan berbisik pada Amelia.

" Esok saya datang lagi .. " lembut sahaja suara Rayyan.

Rayyan memberi senyuman pada Rhys, Rhys hanya menganggukkan kepalanya. Dia berkelakuan sedikit pelik namun Rayyan hanya membiarkan.

Dia bangun dan keluar dari bilik itu. Sebenarnya kalau boleh dia tidak mahu pun pergi namun nak buat macam mana. Apa yang pasti esok dia akan datang semula untuk melawat gadis itu. Dia akan sentiasa melawat sehingga gadis itu sedar dan keluar dari hospital.

Bila Cinta Bersatu Where stories live. Discover now